passer by since 1st feb 2010

Wednesday, May 20, 2015

5years 5 months & 2years 2months 2weeks 2days



Age is just a number.


assalamualaikum, hai semua :)


sebab baru terperasan masa tengah syok-syok sendiri (kantoi) mengusha kisah-kisah lama bebelan aku sebelum ni, aku dengan kelam kabut nak jugak buat entri ni. hehehe. 


hari ni my cik puans, the kerintings, ada tarikh yang cantik. mama pun baru perasan tau :)







Nur 'Aina Hana is 5 years, 5 months old today.

Nur Azalea Hana is 2 years, 2 months, 2 weeks and 2 days old today.


love you both soooo much much much much sayangs!


writing at 1616hrs


Tuesday, May 19, 2015

Pembedahan Ghaib?


As with eggs, there is no such thing as a poor doctor. Doctors are either good or bad.


assalamualaikum, hai semua :)


ni cerita the other day. first of all, aku share sebab aku concern. bukan nak mengaibkan mana-mana pihak. I will leave to you all to judge. 
secondly, sebab aku rinduuuu nau nau nak bercerita dengan korang pasal kedokteran stuffs. hihi.
thirdly, this is gonna be quite a lengthy entry, kalau berminat baca lah samai habis ye. kalau tak better dont start reading. sebab dokterfaryn kalau dah mula membebel, memang tak berkesudahan ye. *peace*


kisahnya macam ni. 


I had this one patient yang memang aku follow-up dia since November last year (2014). budak perempuan muda lagi la... dalam late twenties camtu la. dah berkahwin, tapi belum ada anak. adik ni dah pernah buat Laparotomy Ovarian Cystectomy (operation buang ketumbuhan pada kilang telur) dalam few years back. dua kali. and unfortunately, the cyst has recurred. memang dia agak stress la sebab dia takut betul nak kena operate lagi.


(read : ENDOMETRIOSIS credits to wikipedia)


yang lagi tak berapa seronok tu, bukan setakat cyst tu dah datang balik. kali ni cyst tu lebih besar. dalam lebih kurang 8cm x 7cm macam tu. kalau kita check kat perut tu, size dia dah lebih kurang macam orang mengandung 16wk which is about 4 bln pregnant camtu. so i was worried. aku advise dia untuk di-refer ke hospital for futher management la. iaitu untuk check balik and monitor tumour markers plus KIV operation balik. sebab cyst besar-besar ni ada risk untuk twisted/ruptured or dalam kes dia mungkin hemorrhagic cyst. 


endometriosis/endometriotic cyst ni memang susah sikit tak tackle. sebab risk of recurrence is always there. selagi dalam badan kau, still ada uterus and still ada ovaries producing hormones, selagi tu risk of recurrence tu akan menghantui kau (and doctors). sebab tu counselling sebelum operation tu sangatlah penting. ada patient ingat, lepas operate cyst (cystectomy) masalah dia selesai. memang tak lah, sebab ovaries/uterus semua still ada. kalau tak berulang, alhamdulillah. kalau berulang, itu memang tak mustahil. sebab dokter bukan tuhan.


so memang ada je, patient yang banyak kali kena undergo multiple operations because of the recurrence. especially young patient yang belum kawen, or patient yang still belum ada anak. kesian kan. kalau patient yang dah completed family, or yang dah over 45yrs of age, or patient yang memang super teruk symtoms dia (bleeding yang sampai dah makan ubat pun tak ok and kena transfuse darah banyak kali, atau sakit senggugut yang subhanallah hanya tuhan yang tahu, asyik kena ambik painkiller injection setiap kali period, kurus kering tak lalu makan sebab menanggung kesakitan yang berterusan) then memang kita akan offer pelvic clearance. meaning, kita akan remove semua ; uterus dengan ovaries.


nampak macam sadistik kan. tapi tu lah realiti nye. sebab tu kawan-kawan sekelian alam, bersyukur lah kita-kita yang kadang-kadang merungut tak kena tempat bila kita datang haid. bayangkan keadaan perempuan-perempuan lain yang jauh lagi sengsara bila dorang datang haid. 


ok back to cerita adik tadi. dah tersasar jauh plak dokterfaryn. haha.


well, she refused a referral to hospital. aku tak terkejut la. mungkin adik ni dah trauma. huhu. aku cakap jelas-jelas, aku memang strongly advise untuk pergi hospital, explained the risks and all. but in view of patient was asymtomatic, aku cakap, kalau dia memang sangat sangat sangat sangat sangat tak nak jugak pergi hospital, at least datang la monthly jumpa aku untuk aku repeat scan and monitor the size of the cyst. and at any time, kalau dia ada sakit perut mesti terus ke hospital. dia angguk je. mak and husband yang ada sekali masa tu pun angguk je. ok fine, aku assumed dorang faham. ni cerita bulan November ye kawan-kawan.


dan of course dia tak datang. sampai lah last month (April) dia datang. this time, aku repeat scan. macam yang aku dah jangka kan, cyst tu dah getting bigger. kali ni, size dah 12cm x 9cm macam tu. lebih kurang size perut mengandung dalam 18wk (dekat-dekat 5bln ngandung) gitu. so, back to square one. aku explained and this time aku memang tekan kan kaw kaw pasal follow up rawatan dekat hospital. dont want to take risk anymore. lagipun kalau cyst tu makin membesar, ada small risk of malignancy (bertukar jadi cancer) unless proven otherwise. patient, mak patient dan husband patient angguk dan faham la kut.


guess what. still tak pergi hospital. baru-baru ni, datang jumpa aku balik. muka berseri-seri kali ni nak mintak aku tolong repeat scan. 


"macam mana? dah pergi hospital tak?"
"belum doc. tapi saya baru lepas buat 'pembedahan ghaib'"


hah? pembedahan ghaib kejadah pulak ni. first time aku dengar ni. biar betul. ok curious.


"buat kat mana?"
"dengan sorang ni. kat taman ***"
"ooo ye ke? berapa awak kena tu.."


alamak. dekat kawasan perumahan aku je. erk. masa ni aku dah mula baringkan patient nak scan. kebiasaan, meman aku akan palpate dulu perut patient sebelum scan. emmm, still macam orang pregnant 18-20wk ni. aku tengok mak patient and husband patient muka macam tengah suspen.


"boleh la doc. tapi takde lah semahal operation kat hospital."
"oo ok. berapa tu?"
"4ribu doc"


perghhhhhhhh!!! kepala *otakkkk! aku cuba buat muka cool lagi. masa ni aku dah mula perasan ada kesan macam garikan kat perut dia belah kanan. ada dua line garikan panjang macam tu. just superficial abrasions je, but i guess it must have been quite painful jugak.


"dia ada tunjuk ke benda yang dia bedah tu, sakit tak masa tu?"
"takde doc. ni kan dia buat pembedahan ghaib. sakit masa buat tu.. memang sakit jugak la."


there, she confirmed it.


"tempat yang awak buat 'pembedahan' ni, ada macam centre ke, pusat rawatan ke?"
"takde la doc. dia buat dekat rumah dia je."


mak datukkk aii. kau biar betul dik. nasib baik aku dah tak sampai hati nak tanya soalan-soalan seterusnya sebab aku dah mula scan. dan memang la cyst tu ada lagi. besarrrrrrrr pulak tu. adoi. aku explained dah tunjuk kat semua. muka mak dengan husband memang dah berubah habis. aku taktau nak label macam mana, mungkin frustration, dissappointment, anger? tapi patient muka macam nak nangis. tak sanggup aku.


4ribu banyak tu kawan-kawan sekelian. siapa lah manusia yang sanggup aniaya orang sampai macam ni. aku faham patient memang tengah vulnerable, desperately hoping for some miracles to happen. tapi tak baik lah kalau sesetengah orang amik kesempatan kut lagu ni. i really dont have the words for this.


ok jangan salah anggap dengan entry ni ok. walaupon aku dokter, i never reject the possibilities of what alternative medicines can offer. but having said this, tak bermakna, korang boleh take things for granted. tak salah cuba rawatan alternatif tapi biarlah berpada-pada dan tidak memudaratkan. dan biarlah yang syariah-compliance. even aku pun ada suggest dekat patient. and itu pun selepas dah di-rule-out segala medical diagnosis. contoh, 


perut tetiba kembung tak bersebab. dah check merata dekat hospital goc dan swasta, dah ambik darah segala bagai, buat CT scan, MRI bagai. dah amik air dalam perut (peritoneal tapping) check untuk rule out cancer/TB?whatever. tapi semua result balik normal. basically, there is nothing wrong (medically) with this guy except for perut kembung tak normal yang tak surut-surut. so kes macam ni? no harm la try rawatan alternatif kan. i prefer perubatan islam. dengan izin Allah sembuh, siapa tahu? kita ikhtiar kan.


tapi untuk kes adik ni. memang totally a NO. memang totally unacceptable. aku terkilan sebab aku jumpa dia dari november last year kut. dia boleh pulak pergi buat 'pembedahan ghaib'. yang aku nampak ghaib, satu benda je.


DUIT 4 RIBU dia!


*pic credit to google


4k tu boleh top up duit untuk dia buat IVF (in vitro fertilization) kut kalau-kalau lah still tak pregnant in the future. sebab endometriosis memang a known case associated with infertility. adoi adik.


ok dokterfaryn dah emo. bye.


writing @ 1116hrs


Friday, May 15, 2015

AZALEA : rambut dah panjang!



You and I are sisters. Always remember that if you fall, i will pick you up as soon as i finish laughing.


assalamualaikum, hai semua :)


nak cerita pasal cik puan azalea si genit. hehe. cik puan azalea ni aku tak tau ikut perangai siapa. garang betul (hihi). pastu kerja asyik bergaduh je dua ketul kerintings aku ni. pening kepala mama. maybe sebab kakak aina selalu jeles kalau mama terover layan adik. lepas tu adik plak jenis yang tak boleh tengok kakak aina senang. ada je yang dia nak rebutkan dengan kakak aina. sabo je lah aku.


pastu nak jadi cerita, hari tu aku tengok rambut cik puan azalea dah serabut macam sarang tebuan, aku cuba-cuba la nak "jalin" rambut dia. saje je lah kan. tak pernah try.





sekali tu boleh dah kau. dah panjang jugak rupanya rambut baby mama ni. huhu. sedihh pulak. emo ok. aku memang tak reti la nak melilit bagai yang macam lipan dari atas kepala tu. memang tak lulus-lulus dari dulu hahaha.





lepas dah ikat tu, cik puan azalea asyik pegang-pegang ekor rambut dia. dia memang tak suka ikat rambut. tapi bila mama cakap dia dah jadi macam queen elsa, terus asyik angauuuuuu je dah pulak. hahahha. perasan betul!





tengok tuuu. muka bangga tak menahaaaaaaannnnn!



dan lagiiii. dah macam gambar kompilasi album je. kuikui. nampak macam so sweeeeeeet and harmless je kan cik puan azalea ni. padahal, hanya mama dan ayah je yang tau. hehehhe.


lepas tu seperti biasa, semasa seorang budak tengah berangan jadik queen elsa main pintal-pintal rambut, seorang lagi budak dah menyorok belakang pintu merajuk. hihi. jeles sebab mama asyik ambik gambar adik je. 


"kite pun nak jugak!"





baru lahhhh manissss muka tu. hai lah anak. hehehhe. pastu bergado dengan adik, sebab adik stress kenapa rambut kakak lagi panjang. pulakkkk. hahahha. cik puan aina ni senang je nak pujuk dia bila dia ingat aku selalu sayang adik je, aku terus peluk dia, pipi ke pipi pastu bawak gi tengok cermin, pastu cakap;

"tengok ni. muka kita sama tak? sama kannnnn. sebab tu mama sayang kakak ainaaaa"


terus gelak-gelak suka. modal pujuk cik puan aina dari dulu. hihihih. tapi pastu dia pulak guna modal tu kat adik bila gaduh.

"muka kakak sama macam mama. muka adik tak sama. muka adik sama dengan ayahhh."


aaaaaahhhh sudah. memang never ending tau budak budak ni. hahahaha.



no matter what, i love u both my cik puan kerintings! 


hari ni kita pergi jalan-jalan mandi kolam ok :)





Wednesday, May 13, 2015

BONIA Sling Bag For SALE!!


PRELOVED. RELOVED


assalamualaikum, hai semua :)


hari ini kita buat jualan lelong ye kawan-kawan sekelian alam. hihi. almaklom lah kan, dokterfaryn kan baru berhijrah rumah. so macam-macam kejadah yang aku jumpa ada dalam koleksi peribadi yang aku sendiri pun dah tak ingat akan kewujudan nya. hihi.


so aku nak let go my once-very-much-in-love-with sling bag


jemput tengok ye. and kalau berkenan tu cepat-cepat zass de zuss gua ok. ni memang barang baik punye, authentic ye. kalau lah kan korang meragui ketulenan dan keaslian ini bag. sedih aku kalau ada yang bersangkaan begitu. hehehhe. say no to fake ok. :)


BONIA SLING BAG
RM 100





BONIA Sling Bag. 
super gorgeous i must say. Preloved excellent condition tau. plis la tengok lah siapa yang jaga. hehhe.
size 23cm x 23cm plus minus lah. 
comes with detachable leather long shoulder strap 114cm (adjustable ikut citarasa)






ni logo belah poket depan. tak ke nampak masih berkilauan di situ. takde 360 ke apa ok.






detachable key chain at the side. masih bersinaran bak mentari juge. kalau tak mau key chain tu, boleh detach and jadikan anting-anting. ok aku gurau di situ. hahahha.





top zipper. ada 3 compartment. satu ade zip. dua lagi tu open. boleh letak handphone.





zip masih ketat macam anak dara hihiih. oopss.





ni pandangan belakang. ade compartment dengan zip jugak.


 kesimpulan bag ni cun. sebab tu aku rasa tak sampai nau hati nak biar dia melepek kat dalam closet sebab dah tak pakai sebab selalu guna bag-bag yang lain. oops. so siapa nak ambik berkat dokterfaryn, tolong lah beli beg ni ok. hehehhe. 





ni contoh dokterfaryn menggayakan sling bag ni satu ketika dahulu. jangan siapa siapa berani tanya kenapa aku kurus (sikit) masa tu sebab nanti aku emo. hahahha. 


kawan-kawan sekelian alam kalau berminat, roger-roger la gua ok.

whatsapp : +60127002164
FB msg : faryn farhana
email : faryn_farhana@yahoo.com

boleh jugak cuci-cuci mata dekat instagram jualan langsung barang-barang preloved aku dekat ;

@shop.mywardrobe

tolong war-war kan jugak ek. please please. boleh nego for serious buyer. sebab aku sayang bag ni. hopefully she can find her sweet future owner anytime soon :)






Wednesday, May 6, 2015

Happy Birthday Syg 25.4.2015




Your birthday gives me another chance to tell you that you mean more to me than anything else in the world. I love you, and i know i will always will.



assalamualaikum, hai semua :)


boleh pulak aku lupa nak shout out birthday syg dekat belog ni. huhu. so entri flashback la jawabnya. this year, takde surprise-surprise or big celebration pun. sebab syg cakap jangan membazir. okey, kena sebijik kat muka gua. *dush* tu lah. masalah jugak bila memang dah perangai semulajadi suka bagi itu ini dekat orang. pastu nak yang best jeeeee. erkkk. adui. 


ok fine. jangan membazir ialah moto kehidupan untuk tahun 2015 ni. 


tapi taraaaaa! syg ajak gi JPO masa birthday dia. hahha. apakah? takde lah. sebenarnya saje jenjalan nak bawak adik syg, shifa jenjalan. kesian dia asyik terkepam duduk dekat rumah kitorang yang masih kurang serba serbi. dah lah takde wifi. pergh. memang sila faham lah perasaan kekepaman itu ye kawan-kawan sekelian alam. kawasan baru, streamyx ke unifi ke high-five ke semua yilekkk. grr.


so ke JPO lah kami. well, dah duduk dekat kluang ni, JPO tu macam sebelah rumah je. hihi. 















syg dengan cik puans. aku suka each and every gambar so aku tepekkan semua. nampak sama tapi tidak. sebab ada yang cik puan aina tengah senyummmmmmm, cik puan azalea mashemmmm. ada yang dua-dua ok, cik abg syg muka macam tengah meneran. so nak jugak aku letak je semua. hihi.









ni pun sama. sila fokus dekat syg dengan cik puan azalea di kedua-dua gambar ye. hahaha. 









well...do i need to say more? :)


for the first time ever dalam sejarah, kitorang dapat menyewa benda alah trolley berkembar ni. mana tak nya, pukul 10 dah terpacak dekat JPO. siap berderet lagi trolley ni. bahagia cik puans. takde lah menjerit sana sini. nasib cik puan aina muat lagi. lagi sekali datang dah tak muat dah ni kut. sempat lah kau merasa nak. hahahha.






okey, banyak gambar kitorang je sebab tak sempat nak snap gambar shifa dengan MIL yang ikut sekali. semua dengan pantas melayan perasaan di JPO. kuikuikui. aku dengan syg takde beli apa sangat pun untuk diri sendiri. kitorang berjaya mengekalkan moto "jangan membazir". tapi yang banyak di borong ialah baju bajan cik puans. sebab memang murahhhhhhh huhu.





25 April 2015

tambah setahun lagi usia syg. happy birthday syg. i doakan semoga dipanjangkan umur dalam iman, dimurahkan dan diberi kenikmatan rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. we love u so much! 

hadiah nanti tuntut later ye :)



writing @ 1703hrs.


Tuesday, May 5, 2015

Home Sweet Home



A house is made of walls and beams, a home is made of love and dreams.


assalamualaikum, hai semua :)


okey sebulan aku berhibernasi tak jenguk belog. hahha. ape kes ni? bukan ke azam baru nak selalu selalu meng-update walaupun seciput. huhuh. janji tinggal janji ni. hehehhe.


few things happened last month. 


first of all, kitorang dah selamat pindah masuk ke rumah baru. alhamdulillah. setelah makan berbulan-bulan nak menyetelkan (ada ke perkataan ni) itu ini, finally kitorang berjaya memasukkan diri ke dalam rumah baru. hehehhe. sebenarnya banyak lagi benda nak buat untuk rumah. but we are doing it slowly lah. one step at a time. boleh bankrupt aku dengan syg kalau semua nak pulun sekali. ;)


aku memang dah tak kuasa nak susun atur gambar. layan kan je lah ek. hihi. tak ikut atur cara ni hahahha. bedal je lah labu.







ni masa FIL and MIL datang melawat kawasan. shifa (adik syg) melepak rumah kitorang for few days. kesian shifa sebab dia datang memang on the day yang kitorang pindah tu. so memang tak dapat nak meng-entertain sangat. fridge pun kosong sekosong-kosongnya. huhu. siap kipas kat main hall and dining hall pun tak siap pasang lagi. 







ni bilik "girls-only dream came true". hehhe. ni masa awal-awal. macam-macam aku nak sumbat kat bilik cik puans ni. ni pun tak habis deko deko lagi. aku rasa nak menyiapkan bilik dorang yang paling best. hahaha. sebab nak buat se-colour-ful yang boleh. cik puan aina memang dah rasa bilik ni bilik dia. siap suruh mama cepat-cepat keluar bila dorang ada agenda dalam bilik. which is a good thing, sebab misi mama berjaya pujuk cik puans tidur bilik sendiri, so that senang mama dengan ayah nak ber-agenda jugak. ehhh? hahahahha.
nanti later aku update gambar bilik cik puans yang latest :)








okey ni masa perasmian rumah baru oleh dokter ali. hehhe. kelakar pulak sebab kitorang siap suruh ayah dengan ma datang untuk acara bukak plastik sofa and furnitures sempena merasmikan rumah baru. siap pegang gunting bagai okey. hahha. idea syg la ni. comel je. hihi.





muka happy syg. yang belah kanan tu, book cabinet aku. aku letak dekat family hall atas. nanti aku cerita lagi pasal book cabinet ni. omg, i miss reading. ada sofa sebelah rak buku tu. memang "my zone" lah kononnya. hehe. bila lah lagi dapat nak ber-zone bagai tu. 







sekitar majlis perasmian. ecewahhh. hahahha. nampak tak semua beriya mengcabut plastik di situ. termasuklah si kenit cik puan azalea. huhu.




thank youuu ma dengan ayah yang banyak sangat berjasa and tolong kitorang merealisasikan rumah impian. *muahs impian lah sangat kan. takpe sikit-sikit. :)

  


special thanks jugak untuk my brother, afiq yang selalu available kan diri untuk tolong standby tanpa lelah bila aku tiba-tiba call bagitau "nanti ada orang nak datang pasang air-con tau", "nanti ada orang nak hantar katil tau", "nanti ada orang nak pasang wallpaper tau" dan sebagainya. hehhe. memang boleh diharap adik aku ni. masih single ye kawan-kawan sekelian. yang berkenan boleh emailkan resume beserta gambar berukuran pasport kepada saya. hehehhe.





sneak preview rumah sebelum kejadian. nak tengok semua kena datang rumah lah beb. hahah. nanti lah ada masa aku update lagi pasal rumah. nak kena tulis jugak kenangan manis meng-deko rumah yang tak berpenghujung ni. baaaaaaaaanyaaakkk sangat idea tapi tunggu ongkosnya la dong. huhu. 


okey till then. ciao guys :)



writing at 1108hrs


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...