passer by since 1st feb 2010

Wednesday, December 30, 2009

yey,sok syg balik :)

tak sabarnya nak tunggu esok. esok syg balik. yey! hehehe. rase macam dah lame gile je. padahal baru bape hari je. huhu. tak best la syg takde, rasa mcm depress je. taktau la kalau sbb postpartum blues ke kan. ;) takla, rasanye sbb mmg dah lama gile tak berjauhan macam ni. rasa macam balik ke zaman-zaman bercinta pulak. *blush*blush*

tapi ade hikmahnya jugak kan. lama-lama tak jumpa, bila sesekali jumpa bleh la lepaskan rindu dendam semua. ewah. hahahha. tapi tgh berpantang ni, kena la ala-kadar ek :Pp bestnye, tak sabar gile dah nak jumpa syg sok :))

malam ni syg buat locum. tadi syg call masa tgh buat locum. elok gak la since syg pon sure boring kalau duk kat umah sengsorg. life jadik dokter memember semua pon majoriti kalangan dokter gak, so bila kite free, dorg busy. dorg free kite busy. huhu. bosan kan? tuh yang masa pregnant after 34weeks, bila aku dah tak payah kena oncall lagi, bila syg oncall je aku follow gi Jasin. siap amik MC lagi kengkdg tu. satu, sbb syg takut pape jadik kat aku masa dia oncall, 2nd; aku mmg tanak duk umah masa syg takde, and 3rd; sbb aku mmg tak larat nak duduk kat clinic je. kdg2 patient ramai gila sampai aku bleh cramp kaki and sket2 dpt contraction. huhu.

pernah sekali masa aku tgh oncall jaga labour room, time tu dah dalam 28wks kot. aku terpaksa buat vacuum dkt one patient ni. masa buat tu, kan staff semua encourage2 patient utk meneran utk bantu proses vacuum tu, aku pon terasa macam nak teran. last-last end up aku punye perut plak yg macam mengeras-mengeras. uish, scary. buatnye dpt contraction pain, end up premature delivery tak ke naya. seram, seram. luckily nothing happened. dia resolved macam tu je. mama tau baby aina baik-baik je duduk dlm perut mama kan sayang :)

tapi alhamdullilah, memang sepanjang mengandungkan bby aina, aku tak byk masalah. em, bukan nak riak ke, tapi mmg alhamdulillah sgt takda masalah. awal mengandung pon takde muntah-muntah (hyperemesis gravidarum) ,tak lalu makan ke, ataupon mengidam yang bukan-bukan. yelah, ada org sampai nak makan besi la, kayu la, nak buah yg tak pnh dgr nama la, kuih yg susah nak jumpe la etc etc. alhamdulillah, aku takda semua tu. syg pon penah ckp, syukur aku takda masalah masa mengandung, dia pon senang hati :)

tapi bila takde masalah muntah-muntah, loya-loya dan sebagainya tu pon bleh jadi masalah gak. masalahnya; berat badan aku naik gila-gila. yela, makan ok, hati happy. hehe. believe it or not, through out this pregnancy i gained almost 20kilos. i ended up with 84.5kg in my thrid trimester. dah kira macam maternal obesity pulak. aku pon macam tak percaya. nasib baik, ujian MGTT (minum air gula) normal. and nasib baik aku tinggi, so takde la obvious sgt kemontelan aku yang teramat sgt tu. hehhe. tu yang sekarang, kena fokus-kan dan muhasabah-kan diri untuk menjadi slim semula. ewah. bleh berjaya ke? em, let's just wait and see. huhu. kena slim balik utk diri sendiri, and utk suami :) semalam syg ckp tak sabar nak tgk aku kurus balik. huhu. *semangat*semangat*

**mission aku : nak kena slim balik by nisa (syg's younger sis) punya wedding maybe mid next year kot. ataupon lebih awal dari tu**

so, tgk la ye. masa cuti berpantang yang 2bulan ni kena la aku aplikasikan betul-betul. sbb lepas tu, taktau la ada peluang lagi ke tak. at least kena turun kan kilos dulu. then dah naik keje bleh start aktiviti jogging balik, or start pegi gym ke? wah gym ke? if i have to, i will. gym pon gym la. huhu. skang ni, aku just buat senaman-senaman ringan yg syg ajar je. senaman tangan and muka. heheheheh~

yang paling penting, nak kena kurus lik, kena kuat semangat. huhu. takpe, skang yang lebih penting, syg balik esok. yey! :)

3 comments:

  1. weeeeeeeeee beshnye papa aina nak balek..

    aku pulak yg tgh amik semangat ni Qies bakal berpisah ngan papanyeee..3 bulan tuu.
    *sob sob*

    dahla tadi Qies cranky nak titon,die bole tanak aku dodoi.tapi bile ngan papa je teros zzzzzz..die mcm tau2 papa nak tinggalkan die berbulan2 pasni.demi work..

    ko bertuah ade hasben sentiasa dcc & aina pon sama..

    ko doakan aku mudah jaga Qies sengsorg yea..

    ReplyDelete
  2. faryn, aku pon gain 20kg mase mengandung.. huhuuuu.. cam x caye je.. tu pon last time timbang mase admit hospital, sehari bfore deliver.. bile tgk gambo mase nk masuk labor room, mak aiiii.. mmg bagai dipam2 rupenye aku.. wakakaka!

    so faryn.. berusahala mase berpantang nih.. kalo bf mmg cepat turun walaupon nafsu makan gler2.. best of luck yeh..

    ReplyDelete
  3. yatt : takpe yatt.aku tau ko tabah gile.kalo aku,mmg taktau la camne kalo aku kat tmpt ko :)

    ninie : tula,scary kan.ehehhe.aku tgh berusaha nih. aku cuba BF gak.tp tu la kngkdg payah sket susu aku ni. takde disiplin.huhu

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...