passer by since 1st feb 2010

Wednesday, January 13, 2010

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

wah, tajuk entry bukan main. aku pon actually tak berapa pasti kalau tajuk entry aku tu sesuai ke dgn entry aku kali ni. takpe lah, janji ada tajuk. haha.
.
.
*suspen*suspen*
.
.
sori lah yer, sbb aku nampak nye macam dah terjangkit penyakit kemaruk sakan ber-blog. maklum-lah aku kat rumah ni bukannya ade aktiviti lain kan. macam ni la agaknya perasaan jadi penganggur terhormat ek. bila bby aina dah tido, mati kutu aku. so ni je la kerja aku selain drpd meng-blog hopping, dah macam stalker je plak rasenye. hahah. alah, tapi masa tgh free-free ni je la aku ade can bleh ber-blog sakan kan, dah naik keje nanti mesti busy manjang. dalam pada itu, makin menjadi-jadi pulak bakat terpendam untuk menulis ni.
berbakat ke? haha.
.
.
eh, tapi aku (sebenarnye) mmg suka menulis ni. pada zaman dahulu kala (when i was young) aku mmg sgt suka tulis journal. agak berlambak jugak lah diari aku. berkoyan-koyan jugak la aku punye buku kecik. oh, dan aku juga seorg yang sgt sgt sgt sentimentalist ok. em, ujud ke term tu? aku simpan elok-elok semua diari dan buku kecik ku itu. dan rupa-rupanya my mum cakap aku dari kecik mmg dah menunjukkan ciri-ciri ke-sentimentalist-an aku. sbb masa kecik aku kalau koyak kertas yang aku main pon aku akan kutip satu-satu simpan dalam kotak. wah sampai macam tu skali. aku pon tak sangka. tapi aku taktau la kesahihan nya cerita tu kan, my mum pon terer gak meng-upgrade cerita kdg-kdg utk nampak lebih dramatik. hahah
.
.
bila cakap pasal ke-sentimentalist-an aku tu, so mmg logik la kan bila aku ckp aku simpan semua surat-surat cinta, sampul coklat, kuntum-kuntum bunga, tiket-tiket movie dan sebagainya la yang berkenaan dgn org-org yang aku syg (pada masa itu). kalau bukan sbb my mum tuh seorg yang sgt "pengemas" mesti semua khazanah-khazanah silam tu still tersimpan baik dlm kotak-kotak kesumat aku. but now, thanks to my mum, they're all gone. ok la fine, kalau yg di'kemas'kannya tu barang-barang dgn kekasih lama kan(ewah), ini *cerpen azimat yg menyatukan cinta aku dgn syg pon abis di'kemas'kannya. huhu.
.
.
*cerpen bukan sebarang cerpen yer, cerpen tu syg karang khusus utk aku. ala-ala surat cinta versi pemalu gitu*
.
.
lepas tu, bila aku tanya, boleh pulak my mum ckp dgn selambanye (nak cover rase guilty la tu) ;
.
.
" alah, buat apa nak simpan lagi semua-semua tu. kan dah kawen dah. dah dpt dah pon. "
.
.
waaa, my mum ni tak tau yg aku slalu berangan pada zaman dahulu nak tunjuk anak-anak aku betapa agung nya kasih sayang, kisah cinta mak-ayah dia ni. huhu. frustated sungguh aku masa tu. siap aku merajuk lama dgn my mum. tapi time dinner, aku makan skali la. bak kata ayah aku, merajuk merajuk jugak, makan mesti makan. haha. alah, merajuk dgn emak sendiri, tak ke mana pon :)
.
.
tapi sebenarnye, bukan tu yg aku nak cerita. aku nak cerita pasal pengalaman masa bersalin kan bby aina the other day. sbb dah ada yg tanye and nak tau camne pengalaman dokter bersalin kan. tu yang tajuk entry bukan main. kononnye nak menggambarkan perasaan masa tu la. HEHEH. tapi dah terbukak cerita pasal lain plak. :P
.
.
*wink*wink*
.
.
nanti la, kalau ada semangat nak meng-blog lagi utk hari ni, malam nanti aku tulis pasal peristiwa itu. :)

5 comments:

  1. saspen je..igt kan nak stat cite dah..tup tup dah habis..hihi

    ReplyDelete
  2. hehhe. aku nak cite sebenanye. tapi dah kedengaran bby aina ,eng-ek,ek,ek. nanti la malam kot sambung :)

    ReplyDelete
  3. tahnyeeeeeeeeeeee cepatlaaaaaaa citer.

    aku nak gak tau camana doctor yg moke cam kewl gile babas time handle owang bersalin tu beranak..

    haha.

    ReplyDelete
  4. aisey.. pjg mukadimah ko.. tp baru nak excited bace isi, dh bersambung citer nyer.. xpe, aku tggu.. nak tau gak pengalaman ko..

    faryn, ko letak aa gambo last b4 bsalin kat blog ko nih.. bukan ape, td tertgk gambo aku, cam x caye tuh aku.. ingat badak sumbu mane la.. gemuks!

    ReplyDelete
  5. yatt : tungguuuuu...nanti aku cerite kay :)

    nini : aku tak sanggup weh nak letak.hahahha.horror beb.ko tau sepanjang aku mengandung, mmg asik dok ngelak amik gambo. sbb tak sanggup.nanti depress.haha.nanti dh kurus lik, baru aku letak kot. HAHA

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...