passer by since 1st feb 2010

Thursday, January 21, 2010

one wonderful month.

NOTE : entri ini adalah bertarikh 20hb dec 2009





sekadar gambar hiasan; YER, yg montel itu adalah tgn aku.

YEY!
hari ini my beloved bby aina dah genap sebulan. wah, dah sebulan dah! can you believe it? rasa macam baru semalam je aktiviti teran-meneran aku. huhu. cepatnya masa berlalu kan. tup-tup nanti dah tiba masa nak kahwin-kan dia pulak. okay, STOP. that is wayyy too much. HAHAH.

*LOL*

so, today after mandi-kan bby aina, kitorg (aku dan cik husna) dah siap-siapkan baju cantik utk bby aina. siap berlaku pertelingkahan okay nak pilih baju mana. sorang kata yg ni, sorang nak yg tu. TAK TAHAN btul. hehehhe.


finally, baju ni yang jadik pilihan. baju Anakku yg ditaja oleh cik tika dan seluar Anakku oleh aku sendiri. mix and match je ni. eehehhe.














tgk tu, bby aina muka tak ceria je kan. mana tak-nya bby aina tgh sedap nak tidur, mama dia kacau nak ambik gambar. hehehhe. tu yang muke ala-ala macam nak marah je. :) tapi mmg susah betul nak ambik gambar dia hari ni, sbb dia ASYIK tidur je. maybe sbb cuaca pon tgh sepoi-sepoi bahasa je, tu yang dia syiok tu. plus malam tadi bby aina main lawan-lawan mata dgn mama dia. huhuh :Pp


so, dah umur sebulan ni, kena la buat apa yang patut. dan hari ini jugak aku dapat keluar berjalan-jalan lagi sekaligus dpt mengeluarkan diri aku dari belenggu ke-pantang-an ni. YEY!

*best*best*


alah, tapi bukan keluar ke mana pon. keluar pergi ke klinik my mum je (klinik jamaliah kat jln kurnia tu) hehehhee. cik husna pon bukan main excited lagi dpt keluar. dia pon dah ala-ala berpantang je mcm aku, buhsan takde aktiviti. tapi kitorg keluar pon bkn apa, utk check-up bby aina je. timbang berat, sunat etc, etc.



sebelum tu, kita posing dulu.







itu adalah aku, si ibu pantang yang PANTANG dpt keluar berjalan. HAHAHAH


(tgk, bby aina tgh syiok tidur)







sayang anak mama :) bby aina maintain tidur je. huhuh. hidung kami sama kan!


(mesti ikut aku tang hidung tu. sbb hidung syg man-cung :P)







dalam estima sebelum bertolak. ayah yang drive-kan. cik husna jadik photographer tak berlesen. dan aku, si ibu pantang yang sungguh ceria nak berjalan. heheheheh.





aku dgn bby aina sayang. lihat pipiku. whoa! serius, scary.







dan tgnku, whoa! double scary!


*tensi*tensi* :Pp



semua gambar kami berdua je yer, sbb syg takde. syg tgh keje kat jasin. harap maklum. syg dpt wish pakai video call dgn sms je la. *sigh* huhu. tapi takpe, weekend ni syg balik lg. tak sabarnya. YEY! :))

*suke*suke*



sampai-sampai kat klinik my mum, kemunculan kami mmg dah dinanti-nanti-kan la. yelah, janji nak dtg kul 3 lebih, last-last sampai kul 5 camtu. janji melayu biasa lah kan. tunggu ayah solat lg. nak make-up lagi. haha. masa dtg tu, patient lain pon dah takda. bagus gak lah, so takde la mengganggu my mum kan. ALASAN. hahah.



dan masuk-masuk je bilik my mum, kitorg posing lagi. bby aina still maintain tidur nyenyak okay :)





cik husna dan si ibu pantang :) masa ni, senyum dah tak berapa ikhlas sbb dah kena kacau dgn ayah & ma yg dah tensen kitorg sik bergambar je. HAHA.




dan lepas tu, tibalah masa yang di-tunggu-tunggu. first thing first, kita timbang berat bby aina dulu.












tgk tu, boleh dia maintain kusyuk tidur dlm penimbang tu. berat bby aina skrg 4.75kg. wah, boleh tahan semangat budak ni. nasib baik muat lagi nak duduk dlm tu. hahahha.






dan bby aina telah memanjang menjadi 56cm, head circumference pulak dah 38cm. YEY! bby aina membesar dengan sihat *good girl*

(measurement ni aku yg ukur sendiri kat rumah yer lepas dah balik tu)





okay, lepas timbang berat, ayah aku sunatkan bby aina pulak. aku tak pernah tgk sebelum ni, so aku mmg tak boleh imagine-kan macam mana nak sunat budak perempuan. dulu aku igt sunat perempuan ni hanyalah mitos semata-mata. HAHA. aku siap tanya ayah aku lagi,



"betul ke ayah pernah buat ni? cam seram je"



ayah jawab sambil memberikan jelingan maut kat aku,



" laa, ayah dah byk kali buat lah. potong sikit kat sini (sambil demonstrate). kejap je ni. tak sempat nak rasa sakit pon"




dan lepas tu, buat pertama kali nya aku telah menyaksikan budak perempuan di-sunatkan. tak susah pon rupanya, lepas ni aku boleh buat sendiri kot. hehehhe. tapi agak ngeri yer. maybe sbb tgk anak sendiri kot, so ngeri dia macam ter-over sikit. :Pp bby aina masa ni mmg dah bukak luas la mata dia. yelah, tgk syiok tidur, tetiba *toot* kena sunat pulak.



next, masa untuk bertindik. hehehheh. aku tak berapa pasti sebenarnye nak tindik sekarang or later. ayah and my mum mmg dah semangat habis nak tindik kan bby aina. last-last aku call syg tanya and mintak izin dia. syg kata okay je. siap ckp nanti dia belikan earrings. HEHEH.


so, finally tindik time. sian bby aina, dia igt kesengsaraan kena sunat je, rupa-rupanya ada lagi.

bby aina after kena tindik. sampai sedu-sedan lentok-lentok bby aina nangis. masa kena tindik tu lagi la, tak pernah aku dgr jeritan bby aina yang sekuat tu okay. terus ter-buntang abis mata. tak jadik nak tidur dah. hehehe. sian anak mama.
*meh peluk kiss-kiss*

bby aina muka suspen je. kot-kot la ada lagi kan. HAHA.


sebelum balik, kitorg bergambar lagi :)

bergambar dgn staff-staff klinik my mum :)

yes, that's my mum's clinic. dari kecik sampai aku besar, ni jela satu-satu nya klinik yg aku pnah pergi. eh, jap. aku pernah pergi ayah punya klinik dua kali kot. ehehe.


whoa, masa berjalan sudah tamat. ibu pantang masih tak sedar diri lagi tu. HAHA. aku dgn bby aina on the way balik dlm keta my mum. tgk, bby aina stare je kat mama dia. takut kena tindik lagi kot :) aku pon takut tgk pipi aku yg maha tembam tu. ERGH.




sampai rumah,





yer, bergambar lagik. haha. kali ni photographer; cik husna tak bagi can dah. so my mum pulak take over snap-kan gambar. boleh tahan jugak eh my mum ambik :Pp


then, me and bby aina lagi.






lurveeeee this picture so much! *credit to cik husna*
but something is missing. whoa, syg i wish you're here :(





malam nya pulak, celebrate bby aina 1mth old (yg tgh syiok sambung tidur balik) with a lovely bday cake that ayah bought from milky milk. thanks ayah!







fuh, it has been a truly wonderful month for me. the last time i checked, i was just a wife. but now, im a mother to a very beautiful daughter. i am deeply grateful and feel truly truly blessed. whoa, rasa nak nangis pulak. okay, STOP.

*emo*emo*





to my beloved bby aina (yg still tidur tu) ;



happy one month old dear! mama doakan aina akan membesar jadik anak yg solehah, taat dan berjaya di dunia dan akhirat. mama dgn ayah sayang sgt-sgt dkt aina.





and..



we love you because you've given us some of the sweetest moments our heart have ever known :)



love you so much!







9 comments:

  1. happy 1 mth old aina laling!

    mamanye pon dah nak abes hazab "pantang" kan.padahal dah langgar pantang sesiap =P

    aina muke die dah lain lah,dah bam bam.jap agi mcm peha kfc la tuuu.untungnye atok n nenek dokter,derang je bole buat seme & sehabis baik sbb aina cucu kesayangan kan :)

    sgt santekkkkkkkkk jugakk gegambo korg.
    simpan smpi bile2,u will mish all those babyhood moment.aku pon cam aihhhhhhh dah 4 bln masuk 5 bln Qies? mama rase cam semalam lahirkan sakit2..hihi.

    ReplyDelete
  2. faryn.. gambo last tu sgt2 sesuai untuk contest sweet picture anak bersama ibu.. mmg sweeeeeettt sgt gambo tu..

    http://eiyakiesah.blogspot.com/2010/01/contest-sweet-picture-anak-bersama-ibu.html

    ReplyDelete
  3. gi klinik pun pakai baju kurung??ni mesti nak bergmbr ni pkai lawa2..hihi..klinik jamaliah dari dulu sampai skrg mantain je..tu juga klinik family aku dari dulu sampai skrg..hihi untung aina, 1 bulan 1 celebration.upss..hari lahir yg sama ngan aqil bulan je lain..huhu

    ReplyDelete
  4. masuk pertandingan tu cpat faryn

    ReplyDelete
  5. yatt : itulah, cepat gile masa berlalu kan. huhuh.tapi bagus gak, aku dah bleh jalan-jalan sesuka hati pas pantang kang. bleh la rasmikan stroller.hahaha :)

    nini : thanx ninie! nanti aku join :D (tapi aku sgt montel la) HAHA

    sue : pakai baju kurung tu bukan apa. sbb baju lain dah tak muat. hhahahha. plus, aku tak bawak balik byk baju pon. baju tu dh mmg kat umah :)

    nadh : okies... :))

    ReplyDelete
  6. bestnya bby aina..baru 1mth dah dapat bday kek yek..=D

    ReplyDelete
  7. lily : itula. tak sangka gak. atuk dia lah semangat terlebih :) almaklum lah first grandchild kan. hehehe

    ReplyDelete
  8. k.farhana...gmbr yg k.farhana kiss baby aina dpn rumah tuuu very sweet au..dat one shud really enter the contest au..very sweeeet :)

    ReplyDelete
  9. nisaa : nanti kalo ade contest lagi, akak hantar yg tu plak k nisa :)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...