passer by since 1st feb 2010

Thursday, January 14, 2010

save the best for last.



yer okay, aku tipu. beriya je konon aku ckp aku nak cerita pengalaman bersalin malam tadi kan, tapi baru hari ni aku tulis. hehehe.


*mintak ampun*



bukan apa, malam tadi agak mencabar sungguh nak menidurkan bby aina. bukan main buntang lagi mata dia terkebil-kebil. macam tau-tau je mama dia nak ngumpat pasal dia kat blog. tak bagi can langsung. huhu. sampai dekat pukul 2am pon still terkebil-kebil lagi sambil meng-ek,ek,ek. ehhehe. hasilnya, after last feeding lepas subuh tadi, bby aina terus flat (tidur nyenyak) sampai ke tgh hari. bkn bby aina saje yer, mama nye skali flat kat sebelah. harus lah macam tu kan, bak kata pepatah aku sendiri, bby sleeps, mama sleeps. HAHA.


sekadar gambar hiasan; bby aina tgh lalok

okay, okay, let's get back to the original story sebelum mukadimah aku jadi lebih panjang. ada plak yg tensen tunggu cerita aku kang. hehe :) em,aku buat macam diari style la ek, biar nampak lebih dramatik. ewah. *sila meluat* :Pp




entry kali ni mungkin ada terselit part-part yg agak geli yer, kata nak DETAIL kan. so bear with me :)


18th DEC 2009 (kluang)

cuti awal muharram. aku dgn syg balik kluang hari tu. memula macam payah gila nak decide nak balik mana, kluang ke kepong. sampai merajuk-merajuk ok. huhu. tapi disebabkan aku punye due date yg tinggal lagi 2 hari, we finally decided untuk balik kluang. yelah, just in case aku terbersalin awal. malam tu, sebelum tido, aku igt lg syg tanya aku bila la bby aina ni nak keluar. sbb syg punye abg punye wife (wah, faham ke?) dah deliver 2weeks before that. baby qaireen sgt comel okay. aku dgn kak iza pregnant macam saing-saing gitu, so syg and me were like very anxious + very excited to have the first look of our very own baby aina :)




19th DEC 2009 (kluang)

pagi, tgh hari berlalu macam biasa. dalam around 4pm camtu, aku dgn syg macam tgh melepak kat bilik kami sambil bergurau-senda cakap-cakap pasal bby aina (yg mase tu still dlm perut yer). tetiba aku rasa macam ada 'benda' keluar. macam rasa period keluar camtu. bila aku berdiri, lagi la rasa mengalir-ngalir. aku tgk benda mengalir tu, takda kaler, takda bau. huh, confirm leaking ni. aku pon bgtau syg. kelam kabut dia. tau terkejut, memula nak sgt bby aina cpt keluar. ehhe. so, aku suruh la syg buat VE (vaginal examination) utk confirm-kan leaking and check-kan pintu rahim dah bukak berapa cm. nasib baik syg mmg dah stand-by bwk balik segala perkakas; sterile glove, gel dan sebagainye. kami dokter-dokter mmg dah di-trained utk buat VE. tulah untungnya hubby seorg dokter yer, he gets the first touch. *ouch,geli* HAHA jgn muntah okay.
syg check, jalan tak bukak lagi. bagus, ada masa lagi nak bersiap. oh, dan setelah di-VE-kan baru lah aku tau betapa tak selesa nya perasaan itu. dan SGT sakit okay. lagi plak syg ckp aku punye cervix very posterior (jauh ke belakang). so aktiviti seluk-menyeluk tu sungguh lah aku tak suka. padahal selama ni aku la yang dok 'menyeluk' org. Dr faryn kena lebih prihatin lepas ni yer.


masa dah leaking tu, aku blum rasa apa-apa contraction pain lagi. so dgn muka rilek nya, aku and syg pon bgtau la kat parents aku. dah parents aku plak kalut. tapi sambil kalut, muka maintain senyum-senyum. tak sabar nak timang cucu punya muka. sungguh manis. hehhe. my mum tanya aku nak deliver kat mana. nak balik melaka ke (sbb plan awal kan nak bersalin sana), or nak pergi Pantai Hosp kat BP ke nak pegi JB? sbb syg's sis, kak yati keje anaesthetist (pakar bius) kat HSAJB, so kalau pape, especially kalau nak amik epidural ke senang. finally aku decided nak pegi HSAJB sbb segan nak bersalin hospital sendiri. dipendekkan cerita, ayah, ma, aku dan syg pon bergerak la ke JB.



19th Dec 2009 (HSAJB)


sampai HSAJB around 630pm++. terus pergi ke observation room, kamar bersalin. bila tunggu kat situ, mmg terasa diri macam pesakit sgt-sgt. padahal tak sakit pape pon lagi time tu. aku tak pernah pegi klinik atau pon masuk hospital yer, harap maklom. hehe. nurse-nurse kat kaunter mmg dah tau kitorg dokter sbb kat antenatal book (buku merah) yg aku bawak tu ada tulis kan. so bila, nurse tu panggil aku utk masuk jumpa dokter, dia awal-awal dah sound dokter tu yang aku ni dokter. aku mmg dah faham sgt dgn prosedur-prosedur hosp ni. biasanya dokter yang tukang tanye-tanye soalan ni Houseman/HO (dokter pelatih@dokter kecik) lagi. dia pon muka seram-seram je nak interview aku. igt aku ganas kot sbb aku dah Medical Officer (MO), kira pangkat besar lg dari dia. hehe. tapi aku tak susahkan dia la, aku siap tolong dia lagi. dia belum tanya, aku dah bagi semua jawapan. cepat keje dia :). tapi aku igt lagi masa HO ni tgh entertain aku, ada satu patient masuk dgn trolley, dah mengeluh kesah macam nak beranak. HO ni bleh plak tgk-tgk dr jauh je, punye la macam respect ke takut ke nak tinggalkan aku. sampai aku yg suruh dia pegi check VE patient tu. nasib baik gak, sbb rupenye jalan dah bukak penuh. mau nya bersalin kat tgh-tgh laman tu kalau HO tu tak attend. ehheh.


dipendekkan cerita lagi, HO tadi panggil MO dia utk buat speculum examination ( guna alat yg bentuk mulut itek tu) and check VE aku. waaa, VE lagi. tak suka. masa tu dah mula rasa contraction, tapi tak regular lg. kejap-kejap je. speculum examination tu lagi la SUPER sakit. huhu. MO tu check, dah bukak 2cm. jenuh gak menahan perasaan kena VE. baru aku tau perasaan patient-patient aku. *muhasabah diri jap*
so, aku kena masuk wad dulu. dalam pada aku n syg tgh tunggu dorg nak settlekan daftar masuk wad tu, bleh plak aku ternampak batchmate aku mase kat medical college dulu, Dr Teow. and secara kebetulan plak, dia MO oncall hari tu. dia siap dah offer nak deliverkan bby aku. tanak aku. dia seorg lelaki yer, harap maklom. hehehe.


aku didaftar masuk ke wad first class sbb ada GL. tp disebabkan ini adalah goverment hosp dan aku duduk bilik yg muatkan 2 patient (bilik sorg-sorg full), by right syg tak bleh tunggu kat dlm teman aku. tapi disebabkan adanye pangkal nama Dr hasil titik-peluh study lima taun tu, nurse-nurse ngelat gak la bg syg masuk. so most of the time, syg ada teman aku :). dekat wad, buat CTG, jantung bby nampak ok. syg nak tunggu, tapi aku suh syg balik dlm kul 10pm camtu, kesian syg pon macam dah keletihan, blum makan solat semua. masa syg dah takde di sisi tu, aku dah mula rasa contraction pain, this time the pain was stronger and becoming more and more regular. but it was still tolerable. nyesal plak suruh syg balik. aku ber-sms je dgn syg masa tu.



20th Dec 2009 (HSAJB)


dalam pukul 12am, sakit contraction dah makin menjadi-jadi. perit nya menahan sakit. kalau ikut timing aku, mmg dah dua kali dlm sepluh minit. tapi aku maintain macho lagi, sbb taknak kena VE byk kali punye pasal. kononnye aku nak tunggu sampai dah nak rase meneran baru nak bgtau nurse. dgn harapan, bleh pegi kamar bersalin and beranak terus, takde nak VE dua-tiga-empat kali. patient katil sebelah pulak yg concern nak panggil kan nurse utk aku. masa ni aku dah merengek-rengek sms suruh syg dtg. teman aku. aku berjaya gak la menahan sakit, tapi tak lama. pukul 230am aku mmg dah tak leh tahan dah. aku panggil nurse, nurse panggil MO. VE lagi. *tak suka*tak suka* huhu. kali ni dah 5cm. MO tu buat ARM (artificial membrane rupture) ataupon bahasa senangnye, pecahkan air ketuban. pastu aku terus dihantar ke kamar bersalin. perasaan sungguh yey masa tu tapi takut sungguh.


pukul 3am, aku dgn syg dah selamat kat kamar bersalin. lg skali, patutnye syg takleh masuk, tapi sbb syg dokter, dia dpt green light la :) kalau tak, maunye aku yg mengamuk bertukar menjadi green macam incredible hulk tu. hehe. memula sampai kat kamar bersalin tu aku pelik gak tgk katil dia, macam pendek gile. biar betul. aku dah la agak panjang kan. so mmg kejap-kejap kena adjust posisi sbb aku punye kaki akan terjulur keluar drpd katil. tak ke huduh tu?. masa tu plak, sakit contraction nye mmg tak payah cakap la. dahla aku ni kononnye sgt lah macho tak nak epidural kan. padahal time tu mmg dah nyesal gila tak amik. SGT-SGT sakit okay. tak tipu. habis berbirat-birat tgn syg aku genggam. yang segala analgesic (pain-killer) dan entonox (gas sedut tu) yg aku dok offer kat patient masa kat labour room tu takde nye jalan. buat kepala aku lg weng ada la. yang pernah mengalami jela yang tau camne sakit dia.

*masa dalam sakit-sakit tu, aku sempat tanya kat syg, aku ada buat salah kat dia ke, kenapa sakit sampai macam ni skali. aku asyik ulang-ulang mintak maap je. syg ckp takde, die ckp die slalu maapkan aku kalau pape. byk kali dia kiss-kiss dahi aku and tolong urut belakang aku* serius, bila pk balik, macam drama swasta je. *blush*blush* :)



next VE review pukul 630am, jalan dah bukak 7cm. masa ni dah tak rase sakit di-VE sbb sakit contraction lagi sakit. so, aku akan di-review lagi pukul 930am. lambatnye aku rasa masa berjalan. dah la jam tu bukan main besar terpampang. aku dah resah gila. mmg berzikir jela. sesekali terlelap sbb dah lalok asyik sedut gas. tapi bila sakit contraction dtg, sakit nye la amat. syg tak berhenti-henti urut aku and baca mcm-mcm doa.



dalam pukul 8am, aku tetiba ada rasa macam nak berak. macam ada benda nak keluar. aku suruh syg panggil nurse. nurse tu check, dah bukak 9cm. aku mmg kalau boleh nak teran kan je kasi beranak. nurse kata tunggu anak first selalu makan masa. aku faham la, aku pon akan buat benda yang sama kat patient aku. tapi bila sendiri jadi patient, aduh mencabarnya. rasa macam tak sabar dah.



pukul 830am camtu, aku rasa macam nak berak lagi. this time, urge nak berak mmg terasa sgt and mmg sakit sgt-sgt sbb kepala baby mmg dah kat bawah. bila contraction dtg, aduh sakitnya. *aku tgh type ni pon rase seram sejuk bila teringat* aku panggil nurse lagi. kali ni dia dtg dgn dokter skali sbb nak prepare utk delivery. check jalan dah bukak 10cm, dah full. so dorg pon bersedia la dgn delivery set semua tu. dan bermula lah episode meng-encourage aku utk meneran. aku tgk muka syg pon dah pucat lesi. aku mmg dah set dalam kepala aku; teran jangan angkat punggung, teran jgn angkat punggung, teran jgn angkat punggung. aku siap practice lagi dgn syg masa pregnant dulu okay. tapi tolong jgn imagine kan keadaan tu okay. HAHAHA.


so bermula lah episod teran-meneran aku. dan rupa-rupanya susah gak nak meneran ni despite of dah practice byk kali kan. hahah. teran punye teran tak keluar-keluar gak. agak frustrated jugak aku masa tu. tapi bila tgk muka syg kat sebelah yg bersungguh-sungguh bg aku semangat, aku teran-kan jugak. tapi still tak keluar jugak. kalau aku ada patient macam ni, aku dah tensen dah. huhu. sampai la satu tahap tu, CTG dah tunjukkan fetal bradycardia (jantung bby lemah), so dokter tu dah takut nak tunggu lama. so dia kata dia nak bantu pakai vacuum. dalam hati aku fikir, kecewa nya aku dgn diri aku sendiri. kalau boleh aku taknak instrumental delivery ni. kesian bby aina. but at that time, i dun really hav a choice kan :(



tapi tak lama pon sesi vacuum tu, teran tak sampai 5min pun, sbb kepala bby aina mmg dah kat bawah sgt. tapi mmg terpaksa buat vacuum sbb jantung bby dah lemah kan. kena keluarkan bby cpt-cpt. bila kepala bby aina dah tersengkang kat bawah, dokter tu pon buat la episiotomy (potong kat bawah tu, utk bagi ruang kat baby). masa potong tu mmg terasa, tapi dah tak heran dah sakit nye. sbb tak ter-compare dgn contraction pain tadi tu.


pukul 854am, bby aina pon selamat dilahirkan. dan secara automatik, lenyap lah segala kesakitan. alhamdulillah, bby aina okay. macam tak tergambar perasaan lega masa tu, tapi aku rasa macam kosong gila. macam lopong. agaknya sbb extra weight 3.3kg hilang sekelip mata :) tapi bila nurse tu letak baby atas perut aku, my first impression was, btul ke anak aku ni? apsal putih sgt. ehehhe. syg plak dah syahdu mengalir air mata dari masa aku dok meneran sampai la bby aina selamat dilahirkan dan diazankan. sgt lah indah moment tu okay :)


eh, blum habis lagi yer. lepas dah keluarkan uri, aku di-seluk lagi sbb nak kluarkan darah beku and check kalau-kalau ade saki baki uri tertinggal. lepas tu, kena jahit pulak. time tu tak rasa sakit dah, except masa nak jahit kulit ada la pedih sikit. sikit je, ive been thru worst :)



dah selesai semua tu, mmg tak lekang-lekang mulut aku cakap thanks. siap dah plan nak bagi KFC kat kakitangan labour room tu. aku bagi 8 bintang out of 10 utk staff-staff labour room HSAJB. thanks sbb layan kami dgn sgt baik. bersyukur sgt-sgt semuanya selamat dan bby aina dilahirkan sempurna sihat walafiat :)



begitulah kesahnye bersalinkan bby aina. perit, tapi indah :) mmg berbaloi sgt sakit-sakit macam tu. bila tgk bby aina, terubat terus. best kan perasaan tu.

*happy moment* :))

bila cerita-cerita dgn syg, dia kata, boleh la tambah bby boy pulak next year. ewah. hahah



wah, panjang btul entry kali ni. jenuh menaip. mesti jenuh gak nak baca. hehehhe. kepada bakal-bakal ibu, kesimpulan yg aku dpt masa bersalin hari tu ialah, dokter ke tak dokter ke, sakit bersalin tu mmg sakit okay. trust me.



dan ambil lah epidural. hehhe. :P
.
*anyway, best kan tajuk entry aku :)*





16 comments:

  1. weeeeeeeeeeeeeee..sungguh taching pengalaman bersalin ko puan dr..

    tau takpaaaaaa..aku benci gile kena seluk tu,die rodok2 nye tut haku,sakit gileee tau.tu yg seluk dr pompuan kat private tuu.dush! ko untungla eh hubby sendiri seluk..wakakakkaa.

    mmg pon farynnn,sakit contraction tu x tau nak explain camana sakitnyeee..gile babsss la sakit,aku masetu mengucap jela ngan papa Qies.ngan die2 tangkap leleh oke meneman aku kat LR,dahla sudahnye lalu tgkap jugak coz bb heart beart dah drop.

    tula sakit contraction tu,bile dah amik epi pon ttp rase sakit gakk..tula agaknye penghapusan dosa2 kite selama ni :)
    aku sama cam ko 1000 kali do mintak maaf kat ekhram sbb sakit sgt time tu kan.tapi yg klako tu smpt agi aku reply2 sms owang dok tye dah bersalin ke blum.haha.

    btw,bile nampak muke anak rase berbaloi2 sgt kan :)

    ReplyDelete
  2. btul yatt. sgt berbaloi-baloi bile tgk bby kan.hehhe.member dokter bius aku ckp, kalo dokter slalu dos epidural dia kasi tinggi sket,so memang takkan rasa sgt pon la sakit contraction tu. ehehehe. tp taktau la kalo die buat lawak ke ape :)

    ReplyDelete
  3. oh ade eyh epi yg agi kuat??

    aku dah dapat dos plg high tu..pakar bius aku Dr Ikram yg femes masuk PA&MA tuu.maybe aku dah lama sgt sakit tuuu,kot yg tak brp nak work agaknyeee.tapi betullah after epi 1 ke 2jam aku bole rehat tak rase sakit mende..pastu dah bukak bercm sakitttttttttttt amat.haha.
    sweet kan memory bersalin..

    aku rase tak serik sakit bersalin tp cam takot nak preggy lagi bcoz of mabokkk aku sgt terukkk tu.ko imagine trn 10 kg,taleh makan apa2.untung btl ko tak mabok..thn depan leh bagi aina adik dah ni =P

    ReplyDelete
  4. best nye jadi doktorkan. tapi faryn, ada aku terbaca VE tu hak patient kan?tak tahu la betul ke tak.. aku tak de amik epidural kot, gas tu pun mmg dia kasi sedut tapi masa tu gas dah habis, so aku tak amik apa2 la..tapi epidural ni kalau amik, tak rasa sakit, camana nak teran??anyway, best experience..thanx for sharing..nnti aku request pengalaman lain plak..hihi

    ReplyDelete
  5. huhu..VE mmg SAKIT GILE!! ko bayangkanla aku yg kena masuk ubat ni lagila..nak cek jalan, seluk, masuk ubat seluk, pas masuk ubat.. brape jam lagi kena seluk..smpai leleh2 air mata aku mengadu kat hubby tau..dan disebabkan akt seluk menyeluk tula aku mcm fobia nk beranak lagi..hehehhee..

    p/s: aku meneran angkat punggung..tk pasal2 abeh koyak tk pyh potong pon..huhu

    ReplyDelete
  6. yatt : aku mmg cam agak trauma gak bersalin ni sbenanye. tapi nak lagi bby. ehehehhe :) weh, ssh gak tak mabuk, sbb aku jadi gumuks gilerrr. dah payah nak turunkan balik nih, huhuh.

    su : selalunye bila dah sampai mase utk teran, dorg akan off kan epidural tu. sbb nak kasi rasa contraction kan. tu kalo kat hosp aku la. after dah deliver, baru sambung balik epidural sbb nak jahit kan.
    bleh2, sila lah request pape pengalaman lagi yer, aku tgh takde keje ni. haha

    lily : tapi kan lily, ade certain patient aku dia macam rilek je bila di-VE. kalau yg dah byk kali bersalin tu lain cite la kan, ni yg baru first bby pon macam rilek je bila kena VE. hehehheh. ntah la, lain org lain kot. tapi aku mmg tak suka la. :P

    ReplyDelete
  7. hehe,aku pn xsuke kna VE,tp still buat muke macho,xnk tnjuk reaksi dpn dr. farhana, pasni ko dh leh la lebih memahami patient ko wktu bsalin kn,sbb ko sndiri dh melaluinye...:)

    ReplyDelete
  8. wawa : btul tu wa, serius aku insaf gile. lagi bile igt camtu la mak kite rase dulu. eeehehhe.

    ReplyDelete
  9. tula farynnnnn aku saspek tahap denggi tul mak aku bole kuar 6 anak,siap beranak kat uma lagi tuuuuuuuuuu..mana ade epi2 ni seme.perggh!

    weh mase kena gunting tut tak sakit keeee?
    kena jahit byk tak?
    ko jalan mmg kontrol abes la ni yek?

    ReplyDelete
  10. oh.. aku smpi dh x igt brp kali kena seluk.. sblm induce kena seluk.. lepas induce kena seluk lagi.. dah leaking seluk lagi.. contraction dah kuat seluk lg nk rasa brp cm... masuk lr seluk lagi.. seluk dan seluk dan seluk... last2 cser.. huhu...

    *kira brp byk perkataan seluk kat atas.. haha!

    ReplyDelete
  11. yatt : alah yatt, kalo ko dah rase sakit contraction tu, potong ke jahit ke dah takde effect pape pon. SGT-lah tak sakit weh kalo compare ngn contraction pain tu. hehehe. aku tanye gak kat dokter tu, koyak teruk tak sbb aku vacuum kan. dia kata luka dlm sikit je, tapi ok. aku after 2wks camtu dah ok. by now mmg rase dah sihat. hubby aku pon check kan dia kata ok je luka tu. alhamdulillah :)

    syima : kalo ko induce mmg lagi byk kali la kena seluk. ehehhe. aku lepas dah rase kena seluk aku mmg TAK SUKA gile. tu yg aku memachokan diri aku tahan sakit. kalau tak, mau nye 2-3 kali kena seluk masa kat wad tu. heheh

    ReplyDelete
  12. wah..baru nak selongkar blog u ni dr..ada yg ai komen ada yg tak..tp part ni memang bes la..dulu selalu terpikir,kalau doktor yg bersalin mesti tak sakit..hiks..apa punya pikir daaa..dah namanya perempuan kan..semua nya sama.

    ReplyDelete
  13. wow what a great experience. tambah2 utk mommy to be mcm i ni.hehe.anyway, u have a really cute daughter la :D comel sgt :)

    ReplyDelete
  14. salam maam - like this word " Dokter ke tak Dokter sakit ttp sama ..Trust Me) anyway congratulation ya..
    wish you all the best and lots of love to the princess. Now get ready to enjoy parenthood and new phase of your life.

    ReplyDelete
  15. salam..menyampok disini...hehehe

    waaah syokkan ade title DR tuh...

    kalo org biase....haihhh...mmg tak dapekla layanan spt dr faryn nih dapat...naseb2 baek aje yg leh dpt nurse yang superb layanan dia..

    begitu juge dgn doktor...woohooo...berpkir beribu riban kali mau beranak kt HSA tuh...

    =)

    ReplyDelete

THANKS for dropping by. feel free to visit again ya :)

these might be interesting too.

Related Posts with Thumbnails