passer by since 1st feb 2010

Tuesday, January 26, 2010

takde tajuk.

aduh, tinggal lagi beberapa hari je lagi aku nak balik bekerja. sungguh MALAS-nye perasaan ni. lagi-lagi bila memikirkan nak kena start doing calls, in- charge labour room and everything. aku dah stop oncalls and in-charge labour room daripada aku 34wks pregnant hari tu. harap-harap tangan-tangan ini still belum lupa macam mana nak buat C-sect la. ergh, malasnye. HUHU.
.
.
*astaghfirullah al'azim*
.
.
bukan ke azam aku untuk tahun 2010 ni aku nak bekerja dgn lebih ikhlas? ni tak sampai sebulan tahun 2010, aku dah mula cakap malas. padahal kerja pon belum mula lagi. huhu. tapi penangan nak mula balik bekerja selepas dah bergoyang kaki for like 2months (plus a month and half of light duties prior to that), aku macam rasa M*L*S GILA. okey, perkataan tu di-censored-kan sbb aku taknak asyik sebut perkataan tu, nanti jadi macam doa pulak. huhu.
.
.
the other thing is, bila aku dah mula bekerja nanti, tak dpt lah aku nak gomol bby aina hari-hari. (for the time being, it has been decided that bby aina will stay at my mum's until futher notice) itu yang lagi memening-kan dan menambahkan perasaan M*L*S nak bekerja tu. WHOA! rindu macam nak mati la aku dekat bby aina nanti. yelah, aku for sure tak boleh balik every day kan walopon niat tu ada. gila bangkrup la kitorg kalau macam tu. then, nak balik every weekend pon belum tentu lagi. sbb, aku sure akan kena on-call at least dua kali weekend. syg pon sama. kalo kitorg on-call on the same weekend okeylah. tapi kalau this weekend ni aku on-call, then next weekend syg oncall, then the next-next weekend aku, lepas tu syg pulak, tak ke boleh mengdatangkan marah tu. whoa!
.
.
okey, skrg aku dah bad mood.

5 comments:

  1. hahahahaha kelako la ko nie doc!
    jgn time ko bedah perot owang ko buat lawak camni sudahh.hahaha.

    ye tau takpeeeeeeee..mmg sgt bercinta oke nak naik keja lepas 2 bulan bergomol2 ngan baby.dahtu nak tggl dia jauh pulak..kalo aku harus banjir putrajaya ni.tapi takpe ko laki ko ade dcc..but ttp tak sama bonding anak ngan kite lainnnnnnnn woiy.kalo laki aku tak heran sgt nak rindu separuh mati,tapi kalo anak huisssss meleleh beb.

    tapi takpe ko keja & demi kebaikan aina.
    kang dah oke seme ko amikla dia dok ngan ko :)

    ReplyDelete
  2. takpe, auntie husna kan ade. biar auntie husna gomolkan aina sampai berjerawat ye? ye? HAHAHAHA

    ReplyDelete
  3. good luck!1selamat berjuang..kerja tu ibadah, think positive, lagi la ko seorang doctor, mulianya keje doctor ni.aku bangga ada kawan aku doctor. nnti cite pasal keje ko sbgai doc plak ek camana, cabarannya sekali..hihi

    ReplyDelete
  4. beb, itu lah cabaran utk ko sbg seorang wanita berkerjaya..(cewah ayat aku cam pakar motivasi, x boleh blah..) tuhan nak uji ketabahan hati ko ms ni lah..so kuatkan semangat..pk kerja tu utk baby aina jugak kan..kan..

    ReplyDelete
  5. terima kasih kawan-kawan bg semangat :)

    yatt : itulah, aku dah tensi pk ni.tak best la jauh.huhu

    husna : ko jgn!!!hehhe

    sue : nanti la bila dah naik keje mesti ade byk cerita.cuma taktau la sempat ke nak update,ntah-ntah berhabuk blog ni.ehehhe

    mariin : mmg mencabar weh! tapi terpaksa la kan :)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...