passer by since 1st feb 2010

Monday, February 15, 2010

aku, dia dan si botak.




" the greatest lesson in life is to know that even fools are right sometimes "




sekarang aku kan dah macam kerja part time blogger je kan. yelah, sikit-sikit blogging, sikit-sikit blogging. lagi-lagi bila tgk nuffnang ada naik, lagi menjadi-jadi semangat aku. pantang ada benda jadi, semua nak cerita. kadang-kadang sampai bila tak menyempat-nyempat nak blogging, aku dah karang siap-siap dalam kepala aku apa yang nak di-blog-kan nanti. melampau tak kemaruk aku?


ewah, gelak besar nampak. aku tau korang pun dua kali lima sepuluh je macam aku kan. atau mungkin tidak. HAHAHA.


itu yang tetiba syg tegur semalam.


" korang ni (merujuk kepada aku dan cik husna) asyik kerja blogging je. ape la yang best sgt blogging ni... "


" eh boleh buat duit la "
(ada pulak suara halus menjawab)


" la yeke. macam tu i pun nak buat blog lah. blog pasal aku, dia dan si botak "



aku dengan cik husna gelak terkekeh-kekeh lepas tu. kelakar sgt-SGT bila syg sebut "aku, dia dan si botak" tu. HAHAHAHAHA.


okey, SORRY. SORRY. lupa daratan sekejap. korang tak paham ek?


takde lah, yang kelakar tu bukan apa. tapi sebab bby aina baru je lepas kena cukur rambut masa tu. so bila syg ckp "aku, dia dan si botak" tu memang sgt sgt la kelakar bunyi nya.
HAHAHAHA.


get it?


kalau tak faham jugak takpe la. mungkin itu hanya sekadar family joke. hanya kami-kami dan yang seangkatan je yang faham kut :))


okey, mari bercerita pasal si botak. hehehe.


anak kesayangan mama dan ayah, Nur 'Aina Hana telah selamat dicukur rambut nya dan dibotak-licin kan semalam. siapa tukang cukur nya? ohh, boleh dikatakan seisi keluarga sama-sama bergotong-royong cukurkan rambut bby aina :)


kami tak tunggu nak cukur masa aqiqah sbb plan nak buat aqiqah lama lagi. mungkin saing-saing dengan masa nak melangkah masuk ke rumah baru nanti :) so kami cukur dulu kasi licin. byk jugak argument pasal cukur ni. nak licin ke, atau cukur jambul je. finally, kami decide botak-licin kan saje lah. lagipun hukum-nya Sunat kan. nanti dapat lah sipi-sipi pahala bersedekah dgn hasil timbangan berat rambut bby aina nanti. baik juga dari segi kesihatan. insya ALLAH :)





bergambar depan rumah sebelum gerak.



aktiviti cukur-mencukur rambut bby aina ni kami buat dekat rumah atuk kat kg sri tambak, jalan mersing sana. kebetulan famili ayah chik and mak itam ada balik cuti CNY, so dapatlah sama-sama memeriahkan agenda kitorg ni :)


sampai-sampai MAKAN dulu. biasa lah famili kami kalau pape, mesti lah dimulakan dgn makan dulu. pecah rahsia kenapa si montel ni tak kurus-kurus. HAHAHA. macam-macam hidangan pulak tu. dahlah dokter ali tapau 3 kotak large pizza hut. tambah lagi dgn segala macam jenis makanan yang ada. wah, memang heaven! habis punah ranah niat suci aku nak ber-diet. ehehhe.



lepas makan, baru cukur. bby aina elok pulak dah lelap tidur masa mula-mula nak gunting-gunting tu (gunting utk nipiskan rambut dulu). dengan lafaz Bismillah, dan diselangi dgn marhaban, rambut bby aina pun digunting helai demi helai.


truthfully, sayu jugak rasa hati ini. entah kenapa. memang macam tu kut ek.












boleh dikatakan each and every one yang ada dapat gunting helaian rambut bby aina. ambik berkat :)


tak ketinggalan,







cik husna, the youngest of all yang tolong gunting-kan rambut bby aina :)





and last but not least, ayah teh yang baru je lepas eksiden 10hari lepas. alhamdulillah okey. tapi kaki ber-simen lah.





ini lah hasil pendapatan kami pada malam tu. wahh, berat ni kalau timbang. ehehe :)




lepas tu, mula lah sesi nak kasi botak licin pulak. masa ni bby aina dah jaga. tapi baik je anak mama duduk dendiam. macam REDHA je dibotak-kan. agaknya dia syiok kot rasa macam ada org garu-garu kepala dia. hehhe.





dimulakan dengan ayah.




then my mum.



argh, tak boleh tahan. mari sini mama dia pulak nak tunjuk bakat terpendam.

(mula-mula aku jual mahal sbb gerun tgk razor elektrik tu. bunyi dia je aku dah seram. tapi bila my mum test kat tgn aku, memang selamat lah razor tu, tak me-luka-kan. soft je)














macam PRO tak? hahaha. mana boleh melepaskan peluang cukur kepala anak sendiri kan :) lepas ni, anak-anak mama semua mama cukur dan sunat-kan sendiri je lah :))






bergambar dengan si botak yang comel. baik je bby aina. dia tak nangis LANGSUNG okey. sayang budak baik ni.
*muahs*muahs*






eh, belum cukup licin lagi ni.
(dalam hati bby aina : ewah, sedap memperkotak-katikkan kepala ku yer)






ayah belum puas hati lagi dengan tahap kelicinan kepala bby aina. ehehe.





final touch-up by my mum :)




haihh. tak puas hati lagi tu. HAHA.




Alhamdulillah akhirnya, botak licin lah kepala bby aina. syg (yg takde masa sesi botak licin sbb ada janji main futsal) pun kagum tgk tahap kelicinan kepala bby aina yang sudah botak. ehehhe.



dan empunya diri pulak macam mana?






WHOA! mana pergi rambut saya??




emmmmm, boleh tahan. not bad. not bad at all.




kalau buat muka macho macam ni matching tak dgn kepala botak saya?




DUSH! saya tengah mimpi ke mama?




saya memang dah botak licin lah!! huhu.



HAHAHA. suka usap-usap kepala bby aina yang dah botak tu. bby aina pun macam syiok je org usap-usap kepala dia. muka anak mama dah macam shaolin girl je. ehehhe.


terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga yer :)



ni pulak gambar-gambar bby aina tidur yang aku sempat snap pagi tadi. geramnya!

*picit*picit*










suci kan?

rindunye lah nanti mama dekat bby aina.


**syg dah gerak ke jasin awal-awal pagi tadi. syg kata, dia pun nak cukur botak. nak sama dengan bby aina. betul ke? (tgh imagine how he will look like) ala, aku pun botak lah camtu, boleh jadik 3 budak botak :)**





3 comments:

  1. ngeeeeeeeeeeee motak dah baby aina :)

    takpe nanti lagi lebat tumbuh tuu,tapi Qies cukur bantal ckit.yg belakang tak tumbuh ngan lebat..ko tgkla seminggu 2 je dah tumbuh tuuu..kalo nak kasi cpt lebat cam Qies sapu minyak baby johson tu hari2..

    br teringat rambut Qies pon aku tak g timbang lagi.adoyaiii.

    ReplyDelete
  2. ahahhahaha baru tau gile blogging kan?

    aku mule u papa Qies bising la aku dok ngadap blog je,tapi now kalo aku tak update gambo anak kesayangan die,dok tye plak.hahaha.die pon pemintat no 1 blog aku daa.ggegeggge

    ReplyDelete
  3. hahahahha. itu lah. aku ni dah macam addicted je. hahha. alah, tapi sekarang memang lah, sbb tgh takde kerja kan. nanti dah naik kerja harap-harap boleh lah curi masa nak ber-blogging :)


    aku harap rambut bby aina tumbuh cepat lah. kalau dia ikut macam aku, sampai dekat umo 2tahun pun rambut still nipis-nipis je. ayah aku dah riso. hahaha :D

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...