passer by since 1st feb 2010

Friday, February 19, 2010

NIKMAT-nya tidur bertiga :)




"to laugh often and much, to appreciate beauty, to find the best in others, to leave the world a bit better, to know even one life breathed easier because you have lived, this is to have succeeded."
- Ralph Waldo Emerson




assalamualaikum, hai semua :)


hari ni dah hari jumaat 19hb februari. esok, 20hb februari, bby aina dah genap dua bulan. cepat nya masa berlalu kan. sedar-tak-sedar dah nak habis dah cuti 'pantang' aku. dan sedar-tak-sedar jugak aku akan start balik kerja next monday. phewh!
*semangat-semangat* jgn mengeluh, wahai dokter faryn!


sekarang aku dekat rumah melaka dah. encik afiq yang hantarkan tadi. bertolak dalam 8pm something, sampai kul 10pm. terima kasih ye, walaupun kau tapau aku habis-habisan lepas tu. hhahaha. okey, okey. dengan adik sendiri aku tak berkira lah. tapi yang paling tak tahan tu, aku dah bagi duit belanja, boleh pulak demand nak lagi. lepas tu siap buat muka sayu dengan mata bersinar-sinar macam pussy cat dlm cerita SHREK tu. mau nya aku tak bagi lagi. HAHAH. haihh, adik-adik ku yang bagi betis ayam nak peha ayam ni. mana lah tak gagah perkasa semua anak-anak dokter ali dgn dokter jamaliah ni. tak paham? takpe. abaikan. hehe. :)



bby aina ikut aku balik melaka dulu. sbb ma dengan ayah dengan cik husna (kut?) akan datang sini esok. ma ada appointment kat tempat rahsia (tak boleh bagitau kat sini; bak kata cik husna) pukul 7pm. so after that baru dorg akan amik bby aina bawak balik ke kluang semula. huwaa!



belah siang nye tadi, bby aina buat check up and dapat jap untuk 2nd month punya vaccination. kami tak keluar pergi klinik jamaliah pun. malas nak bergerak sbb kluang takde air, nak mandi pun kena jimat-jimat. lagipun sebab dokter jamaliah sendiri yang datang rumah bawak segala peralatan untuk timbang, inject dan sebagainya. kenapa dokter jamaliah datang rumah? sebab dia mak aku. dan juga nenek bby aina. jadi kami amik kesempatan di situ. HAHAHA.




weight : 5.35kg, length : 59cm, head circumference : 39.3cm



wahhh, dua bulan length 59cm dah. panjang betul anak mama ni. bagus, bagus. nanti dah besar boleh jadi tinggi macam mama, ayah, atuk, nenek, ayah afiq, ayah kho ngan auntie husna kay. *cik tika tak termasuk sebab dia kategori bawah 160cm* HAHA.



sesi injection pulak.



ye, yang hitam montel tu tangan saya. yang putih kurus tu tangan dokter jamaliah. obviously. persoalannya, kenapa saya tak cucuk anak sendiri? kan saya pun dokter. saya tak cucuk sendiri sebab saya TAKUT. baru kau tau. anak orang lain sedap je kau cucuk eh. HAHAH.



bukan main besar mulut bby aina nangis. jarang-jarang dengar dia nangis sampai camni.



plaster dulu.



kejap je bby aina nangis. by the time nak pakai balik seluar, dia dah jadik budak baik balik. :)
abaikan persekitaran yang bersepah tu. boleh kena tangkap dengan pegawai kesihatan ni. haha.


gambar kenangan dengan vaccine. perlu ke? *DUSH sekali* haha :P



plan nak gerak balik ke melaka pukul 6pm actually. tapi after dah itu ini, last-last after maghrib baru gerak. biasalah janji melayu. itupun dekat 8pm lebih baru nak terhegeh-hegeh sumbat barang dalam kereta. nasib baik ada encik afiq merangkap 'porter alaf baru' tolong angkat. maklum lah kan, sejak ada bby aina, nak berjalan jauh, bawak barang dah mengalahkan orang baru balik haji. hah, apa kaitan? okey takpe. lupakan ayat tu. heh ;)




lambat sgt gerak, bby aina sampai dah tertidur balik.



dan bila dah bangun balik, masih tak gerak lagi. tu yang muka bad mood je amik gambar dengan atuk dia. dalam hati bby aina : tension betul lah gua, kata nak pergi jalan. tak jalan-jalan pun lagi. (dah start dah penyakit 'gua' aku.HAHAHA)



gambar ni my mum yang suruh amik. ayat dia : "cepat long, cepat long. amik gambar aina. dia tengah duk dendiam ni." dan aku pun lintang pukang cari camera yang tengah charge masa tu. bila aku lambat beberapa saat, "cepatt lonngggggg!! dia tengah comel niiii!!!". boleh pulak. nak jugakk gambar pipi dia melekat dgn pipi bby aina. camne-camne pun, lubang hidung my mum tetap menjadi pojaan hatiku. heheh.

*jgn marah ye ma* :P



perjalanan ke melaka took about 1 and half hours. bby aina si budak baik slept thru out the journey. sedap tengok dia tidur :) selesa kot sebab rasa 'warm' walaupun aircon sejuk gila. yelah, mana tak warm-nye. my mum dah bedung-kan (bungkus?) bby aina dengan bersungguh-sungguh. dah macam nak bungkus hadiah je aku tengok. haha.

(NOTIS : aku tau bedung ye, my mum saje-saje tolong bedungkan sebab aku tgh sebok angkat barang. harap maklum. ini adalah statement takut kena cop taktau bedung bby eh. HAHA)



dan sampai-sampai ke depan pagar rumah melaka, syg dah siap-siap tunggu. rupa-rupanya memang syg tak tipu bila dia kata dia nak botak gak sempena bby aina botak.



ye, dia telah BOTAK LICINNNNN! hehehhe.

sila scroll untuk tengok gambar syg botak.



.


.


.


.


.


.


.


okey aku tipu. ada yang kena hempap aku ni. takde gambar syg botak lah. dan aku tipu lagi. sebab syg bukan botak licin, dia botak yang ada rambut sikit-sikit lagi tu. botak nombor satu kot orang panggil. eh entah. betul ke syg? entah. ye kot. haha.


okey lah. okey lah.


sebab aku rasa bersalah aku tipu tadi, kali ni aku tipu lagi.

aik, berani kau??


kan aku kata takde gambar syg botak tadi. sebenarnya ada. dan sebab kamu, kamu yang membaca masih lagi terus membaca,


saya bagi kamu bukan satu, tetapi DUA orang budak botakk.


suka tak? suka tak? janji aku suka dah. hehe.












aduh, bahagia nya perasaan tengok dua orang budak botak kesayangan saya ni berjumpa. lagi bahagia daripada masa bercinta. sebab dulu bercinta dengan sorang je. sekarang angau dengan dua orang :)


(NOTIS : sorry lah pengcahayaan tak berapa nak cun. maklom lah rumah kami pakai lampu neon murahan sahaja.dah lah DSLR takde.huhu :P)



malam-malam nya tu, lepas dah susukan dan tidurkan bby aina, aku layan dvd movie dengan syg.
*best*best*
yelah, takkan nak tengok midnite movie lagi bila dah anak sorg kan. itu boleh mengdatangkan marah tu. hehe. dan yang paling-paling best,


malam ni kami tidur bertiga lagi. YEY!


*suka*suka*


Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH di atas nikmat ini.


dan semoga kami sekeluarga terus dilimpahi dengan nikmat-nikmat lagi di masa-masa yang mendatang. dan semoga hidup kami diberkati ke akhir hayat.


ameen.




Blogger Templates

Blogger Templates

4 comments:

  1. wah2x..bahagianya dokter faryn ngan 2 botak kesayangan die..hehe..nway, betul2 hubby ko botakkan kepala ek..mesti dh nazar dh nih..

    lg satu, suka sgt gmbar bby aina ngan atuk die tuh..cumei!!=D

    ReplyDelete
  2. baru dua bulan dah 5 kg..ee sihatnya dia..:)
    baby pun kena ukur panjang jugak ke?
    hehe..baru tau.. nanti kalau dah ada baby sendiri, nak jugak lah ukur.:)

    ReplyDelete
  3. haha anak bapak botak. mak nye pon kena lah botak. HAHA.

    ReplyDelete
  4. lily : hubby tak bernazar pun.aku buat lawak je, bila aku ckp kat dia botaklah macam bby aina.sekali tu dia macam semngat gila nak botak gak :))

    felicia : bby memang selalu check up kena ukur length jugak dear :) bila dah besar nanti baru leh ukur tinggi lak.

    husna : aku dah botak gak lah. kau je taktau :Pp

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...