passer by since 1st feb 2010

Thursday, March 4, 2010

kuatkan semangat! jangan takut untuk normal :)




"Nobody has ever measured, not even poets, how much the heart can hold."
- Zelda Fitzgerald




assalamualaikum, hai semua :)



aku tak sangka ramai rupa-nya yang interested dengan entri-entri yang aku cerita pasal c-section tu. actually, boleh dikatakan entri berkenaan dgn c-sect itu aku tulis secara tak sengaja je. aku sebenarnya just nak meluahkan perasaan aku meng-operate patient-patient yang dah ada previous scar ni. tup-tup dah TER-jadik macam counselling session pulak. hehehe. but im still glad that some of you who read my blog can get some info and becoming more aware of this issue.



tapi sebelum tu, kamu-kamu-kamu semua kena faham, (wah, dah macam cikgu-cikgu je ayat aku lately ni) the purpose of me telling you all these is not to scare you off. aku bukan lah dokter sakit puan bertopengkan jembalang yang saje-saje nak takutkan korang. walaupun aku ni nama-nya dokter bahagian sakit puan, tugas aku bukan lah untuk sakit-kan hati dan perasaan puan-puan sekalian ye. okey, ayat nak berlawak tapi tak jadi. abaikan okey. *tiba-tiba* HAHA.



okey, okey, what i'm trying to say is,



janganlah pulak kamu-kamu-kamu yang sebelum ni bersalin secara c-sect dah takut nak bersalin lagi. takut nak cuba normal. phobia, traumatized dan sebagai-nya. takut nak ramai-ramai anak. ataupun mungkin, takut nak bagi persetujuan untuk di-c-sect kan lagi (for certain absolute indications) bila dokter counsel untuk c-sect atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. bermati-matian nak cuba normal jugak walaupun dokter kata kena c-sect. semata-mata sebab dah terlampau gerun dgn cerita-cerita aku. JANGAN macam tu okey.



korang ni dah membuatkan aku pulak yang takut.



takut nak cerita-cerita lagi pasal benda-benda ni. ehehhe. tapi serius, do not worry so much. do not be afraid of getting pregnant again. especially kepada mereka-mereka yang sebelum ni bersalin secara c-sect. the massage that i want to convey is,



AIM for NORMAL DELIVERY. i repeat, AIM for NORMAL DELIVERY.



means, kalau dokter kata takda masalah untuk bersalin normal, teruskan dengan usaha murni untuk bersalin normal. niat dan tanam dalam-dalam dekat hati sanubari tu. terutama-nya kepada ibu-ibu yang bersalin secara c-sect utk previous baby. jangan bila dah dapat sakit contraction dekat dalam kamar bersalin, meraung-raung mintak nak operate. JANGAN okey.



eh jap. sebelum korang makin confuse, biar aku explain balik semula.



kalau pernah sekali c-sect, selalu-nya kite akan counsel patient regarding options of mode of delivery of the current pregnancy. either you want a trial of vaginal delivery, we called it as VBAC (Vaginal Delivery After Caesarian) or you want a c-sect. makna-nya c-sect untuk kali kedua. dan selalu-nya jugak, kalau takde apa-apa masalah dengan current pregnancy, kite akan advise patient untuk try VBAC. cuba untuk bersalin normal. but still we have to explain regarding all the risks lah. the pros and cons of both options.



this is when the patient's decision plays an important role. ini yang aku maksudkan. kalau dokter kata takda masalah untuk cuba normal, sila lah cuba untuk normal. sebab wujud sebilangan patient yang bersalin secara c-sect untuk previous baby, mereka terus request untuk c-sect kali kedua. tak nak langsung cuba untuk normal. padahal, takde reason yang kukuh pun untuk mereka di-c-sect kan lagi. alasan yang paling common, tak nak sakit dua kali.



every delivery is different. kalau delivery yang dulu ada masalah, tak semestinya yang this time pun masalah. unless kalau kes macam Cephalo-pelvic Disporpotion (rangka rahim kecik, kepala bby tak muat nak turun) ke, atau pun kes-kes yang mana normal delivery is not the best solution, buat apa nak risk-kan diri dengan risiko operation kali kedua kan?



tapi tu lah, sometimes lain orang, lain cara pemikiran dorg.



cuma sekarang aku notice, pakar-pakar dah tak berapa nak entertain kalau patient request untuk c-sect kali kedua unless there is a valid reason to do so. even kes anak songsang (breech presentation) pun, kalau takde contraindications, kite akan counsel patient untuk cuba pusingkan baby (External Cephalic Version-ECV) dulu, dan aim untuk normal. tak berjaya baru c-sect.



tengok betapa semangat-nya pakar-pakar ni nak reduce kan c-sect punye rate.



tapi kadang-kadang patient tak faham. ingat kita saje-saje tak nak bagi dorg operation. malas nak buat operation. nak jimat alat-alat operation. jimat kos perbelanjaan untuk operation. saje-saje dengki tak nak operate.


**okey, tu aku buat cerita je. melampau lah kalau ada yang fikir sampai ke tahap macam tu kan**




tapi alasan tak nak sakit dua kali tu memang aku tak boleh terima. skrg kan ada kemudahan epidural, kenapa nak risau. tak gerun ke nak operation, semata-mata nak skip sakit bersalin? bukan ke proses nak bersalin tu seolah-olah seperti jihad?



so in the end of the day, tepuk dada tanya selera lah ek.



owh, sebelum tu. kepada ibu-ibu yang bersalin secara c-sect tolonglah rancang kandungan kamu yang seterus-nya ye. kalau boleh biar gap tu jauh sikit. make it 2-3years macam tu. bagi masa untuk rahim rehat dan sembuh dulu baru plan untuk kandungan seterus-nya okey.



hurm, mungkin aku boleh cerita pasal contraceptions pulak lain kali. oopss, that reminds me, soalan puan yatt pun aku tak jawab lagi. err. hehe.



maybe next time. nak tidur awal lah. letih lah oncall semalam.



jom cuci mata before tidur,



:)


video




Blogger Templates

Blogger Templates

13 comments:

  1. aku rase tak lame lagi pembaca blog ni akan bertambah sbb masing2 nk mintak pndangan dr pn dokter ttg isu sakit puan..hehehe..tp okla kan, selain bace ttg perkembangan bby aina, dpt jugak sikit sebnyak info ttg dunia perubatan (wlupon ade certain word 'canggih2' aku tk berapa nk paham..=p )

    ReplyDelete
  2. aku pun bukan lah pakar sgt. mana yang aku boleh jawab, aku jawab lah. yang taktau, mungkin boleh consult pakar aku.hehehe.

    tapi bagus jugak, kira ramai sebenarnye yg aware :)

    ReplyDelete
  3. salam kenal dr faryn..

    saya sgt tertarik dgn entry2 dr mengenai bersalin csect ni.. sebab sy sendiri mengalaminya.. nti kalau ada kelapangan boleh tak cerita sikit mengenai kandungan tranverse lie.. sebab sy mengalami kandungan melintang yg meyebabkan kena c-sect.. thanx ya dr.. teruskan menulis mgenai skt puan dsb.. kami sgt minat membacanya... :)

    ReplyDelete
  4. bagus info ni dokter, sbb akak tengok skrg ni ramai ibu muda yg tak nak @ tak bole normal deliver... nak share sikit psl pantang larang, akak ni dah duk bandar tapi sbb mak masih lg org kampungkan, so klu ape2 pantang mak@mak mertua ckp, dengar je la walau pun kita rasa cam tak logik... reason dia sbb, bila kita kata 'alah ngarut la mak' nnt banyak plak benda yg tak elok jadinye... nak normal pun bole jd c-sect... kebanyakan org dulu2 sume bsalin ngan bidan je kan... hormatilah ckp2 org tua...

    ReplyDelete
  5. tula farynn aku takot gak bile baca citer ko tuu.huhu seriau sehhh nak beranak lagi =P

    tapi tula bak kata ko aku nak lagi baby,tapi tggula Qies dah 3 yrs ke nanti.aku nak try for normal gakk sbb aku dah rase dah hazan kontrakction arituuu tp takdelah sampai nak mati.bleh je tahan.hahaha.

    btw betul farynnn..tak lama lagi ramai suke jengah blog ko pasai ade dokter sakit puann.pape soklan bleh tye ye doc =P

    ** aina makin bijakkk lah :)

    ReplyDelete
  6. sgt tepat entry ini untuk diri aku.time kasih my dokter friend,hehe. i'm planning for VBAC utk 'adik' faheem. aminn

    ReplyDelete
  7. Cephalo-pelvic Disporpotion (rangka rahim kecik, kepala bby tak muat nak turun)

    adekah aku kes begini? hohohoh...

    coz kepala baby aku x engaged pd waktunya ye.. tp time aku msuk hosp doc kata dh engaged.. tp staff nurse check still goyang.. apekah???

    ReplyDelete
  8. e_da: salam kenal gak.thnx jengah ke sini. insya ALLAH saye akan terus update dgn info-info pasal sakit puan ni :)


    kak ejamaria : betul tu, kdg-kdg pendapat orang tua-tua ni kita kena respect. sebab dorg lagi dah makan garam dulu dari kita. (kan dah keluar bahasa istana) hehhe


    yatt : btul, baik ko rancang betul-betul.at least gap-kan dua tahun macam tu. maklumlah kite umur pun bkn muda sgt kan.kang jauh-jauh sgt takut tak lekat dah pulak. actually, apa-apa methods utk contraception pun bagus cuma ikut mana yang ko selesa n senang lah. maybe nnti ada masa aku cerita kay :)


    wawa : bagus wa. aim for normal okey. chaiyokk!!

    ReplyDelete
  9. syima : selalu nye CPD tu terjadi kepada mereka-mereka yang short stature. maksudnye height less than 145cm. kira ibu kecik lah, so takut kalau bby besar and tak progress nanti masa labour. but still the best way to know wether kecik ke besar ke, muat ke tak muat ke, ialah bila ko dah pernah deliver bby secara normal. kalau tak, memang susah nak diagnose. dan ada cara jugak nak assess whether pelvic ko cukup ke tak.

    panjang cerita nya. hehe

    ReplyDelete
  10. keep up dr!
    i really like ur every entry.

    ceritalah byk2 about ur experience dgn patient.. teheeehee.

    ReplyDelete
  11. hi syera. insya Allah lebih byk entri mengenai patient akan muncul :)

    ReplyDelete
  12. wah..bestnyer dh jumpe doktor sakit puan kat cni..leh ler nk tnya2 ape2 yg patut..

    ReplyDelete
  13. :) mane yang boleh jawab, saye jawabkan lah :))

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...