passer by since 1st feb 2010

Wednesday, April 14, 2010

sementara tunggu syg balik.





"Love knows not distance; it hath no continent; its eyes are for the stars."
- Gilbert Parker




assalamualaikum, hai semua :)



hujan tengah lebat gila dekat luar. aku baru je lepas tidur-kan bby aina. sejuk-sejuk macam ni aku bedung-kan bby aina tak nak bagi dia sejuk. yelah, sekarang kan bby aina konon-konon nya sudah macho, tak mau lagi dah nak pakai mittens and booties. lagi-lagi sekarang ni tangan dia dah mula menggapai-gapai. kalau tak dinyonyot-nya sampai lencun, habis dia cabut semua. tinggal sekejap, datang balik dah togel dah tangan dengan kaki dia. tapi tak kesah sangat lah sebab ma dah ketip kuku kaki tangan dia masa dekat kluang itu hari. kalau nak harap-kan aku yang ketip memang takde harapan lah. sedikit seram ye.


**yelah kau, bila anak kau je serammm, bila anak orang lain takde pulak nak seram-seram ek.** HAHAHA :D









BACK TO BASIC. bedung-bedung macam masa baru lahir dulu. rindu-nya masa tu :)
(gambar memang blurr ye sebab bby aina gerak-bebas dan aku snap pakai HTC je)




oncall aku semalam SUPER-relax okey. hahahahahahhah (gelak puas hati sekejap). sudah sangat lama aku tak merasa oncall yang rilek macam semalam. sejak dua tiga menjak ni kan manjang je oncall aku kelam kelibut. kalau takde tiga csect dan ke atas dalam satu malam memang tak sah. tapi semalam, suprisingly (alhamdulillah!) TAKDE CSECT LANGSUNGGG!! can you believe that? after aku belogging yang cinonet semalam tu, memang aku rest dekat oncall room, dan terus tidur sampai pagi tanpa sebarang gangguan.



**kalau lah aku tahu, baikk lah aku balik tidurr kat rumah je camtu kan.at least dapat berpeluk-peluk**




isk, gila kau, masa oncall nak balik tidur kat rumah. jangan nak berangan okey. kalau ada pape emergency siapa nak jawab babe. aku jugakkk. tapi aku sempat jugak lah balik tapau-kan makan untuk syg yang dah berusaha keras babysit bby aina. dan sempat lah jugak aku menggomol bby aina secara ekspres. hehehehe. so bila oncall dah super-syiok, mood semasa post-call pun best lah. aku pergi ke klinik pun dengan perasaan yang ber-bunga-bunga :) cukup tidur, cukup makan. what did you expect? i could not ask for more. patient refused masuk wad pun, aku ceramah dengan senyuman je. patient refused VBAC pun aku explain dengan penuh berhemah. takde nak stress-stress tak tentu pasal. heheheh.



dan agaknya mungkin sebab mood aku yang terr-EXTRA baikk ni, aku punya nafsu untuk ber-shopping tiba-tiba melonjak lah pulak. so habiss je klinik belah petang, aku dengan jaya-nya telah membawa diri aku ke jusco. dan aku telah merembat empat pasang baju, satu pants, dan satu set baju untuk bby aina. yang konon-kononnya nak "window shopping" akhirnya telah TERRmenjadi "psycho-shopping". adehhh. kalau oncall aku selalu tenang je macam ni, boleh bankcrupt babe. HAHAHA.



dan sekali lagi, please. please. INI ADALAH RAHSIA okey. jangan kasi si 'dia' tahu. hehe :*)




lepas tu kan, sekarang kann, aku kannn tiba-tiba kannnn macam ada ter-pasang niat pulak nak singgah ke Ariani esok nak beli tudung, sebab nak match-match kan dengan baju-baju yang aku beli tadi. ewahh, ewahhh. ada hati lagi tu. *DUSH*DUSH* whoahahahah.



okey, okey. cukup dengan cerita berbentuk pembaziran yang sungguh tidak mendatangkan manfaat ni.




hurm, kesian syg, tadi masa main bola kat padang depan ni, dia boleh pulak terpelecok. dah bengkak sikit left ankle dia. jalan pun dah terhencut-hencut sikit. risau jugak aku. syg pun muka dah tensi-tensi sikit. mungkin risau kot kalau tak boleh nak perform masa sukan KKM nanti. tapi tu lama lagi, bulan may, so hopefully by then dah okey lah, dan dah fit balik. ini pun mahu ambik masa 2weeks nak resolved bengkak tu.


**aku ingat nak snap gambar ankle syg yang dah ber-bandage tu. tapi syg macam tgh sedikit terrtekan je, so macam sungguh tak perihatin la pulak nak snap-snap gambar kan. hehe**


so aku snap benda lain,



video





jangan risau. aku sempat sambut bby aina masa dia tumbang tu. nampak macam suspen je kan tiba-tiba camera jadi macam tunggang langgang. HAHAHA. no worries okey, semua orang selamat. :) dan sila abai-kan suara aku yang sedikit mengada tu. biasalah, excited terlebih dengan anak sendiri. :Pp



iskk, mana pulak syg ni tak balik lagi. tadi syg pergi tengok member-member dia main futsal. nak join dah tak boleh lah, kaki dah terpeleot. kalau dah kaki bola tu, tak dapat nak main, tengokk pun jadi lah. hehe.



okey lah. nak tidur-tiduran dah. baby sleeps, mama sleeps.



ehhh ehhh lupa! esok melaka cuti lah babe. sempena hari melaka bersejarahh.



YEYYY!!! hehehehe :)



**btw, aku dah jumpa bateri camera aku. lepas ni banyak lah balik gambar kat dalam belog ni :)**




Blogger Templates

6 comments:

  1. kat KL ada satu lagi butik tudung baru - HAJRA, harga 1/2 dari ARIANI... kualiti, bole tahan, bole beli la...

    ReplyDelete
  2. aina memang dah lain sket rupanya. muka makin panjang. :)

    tapi maintain cute! ;)

    ReplyDelete
  3. kak ejamaria : oh ye ke? nanti boleh lah nak pergi usya :)


    puterikurekure : aina sekarang dah matang sikit rupa dia. dah ada dagu! hehehhe :)

    ReplyDelete
  4. dokter faryn,
    why aaa...my csect pnye luke rase pedih2?kdg2 bile try tarik/tahan nafas dlm2,rase ngilu2 kt tempat tu..takde darah/nanah yg keluar.csect itu baru berusia 3bulan.luaran sudah kering,dalaman tatau la..oh tp sgt seriau skrg..

    ReplyDelete
  5. hi rara,


    ada byk sebab. satu mungkin sebab jahitan kat belah-belah dalam tu. sebab memang amik masa benang jahitan tu nak dissolved. itu yang ngilu-ngilu.

    lagipun kat dalam tu kan dah tak macam kedudukan anatomi yang asal. dah digodek-gidek masa operation, memang ambik masa utk fully recovered.

    jgn risau. kalau luar nampak okey, insya ALLAH dlm okey. perut takde kembung ke apa kan? cuba ambik ubat tahan sakit. kalau sakit tu persistent, consult lah ur gynae kay :)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...