passer by since 1st feb 2010

Thursday, May 6, 2010

should i?




"There are people who make things happen, there are people who watch things happen, and there are people who wonder what happened. To be successful, you need to be a person who makes things happen."
- Jim Lovell




assalamualaikum, hai semua :)



walaupun aku senyum dekat atas, aku sebenarnya tengah mood suam-suam je ni sebab bby aina baru je berlepas ikut atuk and nenek kluang balik kluang lah of course. tak best nya. tak best nya. tapi aku dengan syg takde pilihan, sebab kami oncall back-to-back dan syg punya jadual next week akan pack dengan football training dia. so setelah dipikir-pikirkan, takpe lah bby aina lepak dekat kluang buat sementara waktu ni. lagipun recently bby aina pun asyik on and off demam je pulak. maybe staying in kluang will do her some goods.



anyway, aku takde lah meraung-raung ataupun menggelupur (macam dulu-dulu) masa nak serah bby aina tadi. i was suprisingly very calm. betul, tak tipu. emm tapi lepas kereta ayah dah hilang dari pandangan mata, aku call syg (syg kena buat locum dekat jasin 8pm-12am), aku termenangis pulak. so i guess i MEMANG seorang yang semulajadi 'cengeng' and there's nothing much i can do about it. huhu.







GOD, i missed her already :(



sygg, cepat lah balik.
tiba-tiba rasa rasa macam sangat sunyi pulak. dan rasa sunyi yang TERrlampau ni kadang-kadang boleh buat aku sesak nafas. korang pernah? nanti tak semena-mena akan TERRrmenangis sorang-sorang. okey, sah masalah mental aku ni.



okey takpe, abaikan. kalau asyik difikirkan, boleh jadik bengong.



aku oncall esok. lusa syg pulak oncall. tapi tadi syg ajak tengok Iron Man 2 midnight movie sebab kononnya tak nak depress dekat rumah bby aina takde. ye, kami memang sudah ketinggalan zaman tak tengok lagi Iron Man 2. yelah, sejak dah ber-tiga ni, dah tak sesuai lah nak berpoya-poya tengok movie kat cinema kan. kalau dulu memang hari tu keluar, hari tu jugak dah pergi tengok :) sekarang tidak lagi, kami memang dah obsessed dengan DVD je. hehehe.



tapi memandangkan bby aina takde ni, syg ajak tengok movie. midnight lagi tu. dan aku oncall esok.



eRRrr, should i go?







urgh, tempting. VERY TEMPTING.




Blogger Templates
Blogger Templates

14 comments:

  1. Go!Go!Go!..ale..ale..ale..
    heheh...
    pegi jekla..
    at least xteringat sgt kat aina..huhuhu..
    (nurul pon cengeng+gembeng gak..)ekekekekkk

    ReplyDelete
  2. pegi je la... bukan slalu dapat kuar tengok wayang midnight... nnt klu dah ade 2-3 lagi tak keluar...

    ReplyDelete
  3. laki aku pun ajak tgk cite tu.. dah 2 tahun tak gi wayang..huhu

    ReplyDelete
  4. aina takde? alololo...jangan sedih2 ek. nak wat camne. tuntutan kerja perlu dibuat juga.

    ReplyDelete
  5. takpe2..baby aina g kejap je la mama..hehehe.bg time utk mama honeymon jap..hehehe

    ReplyDelete
  6. tak sangka jugak jumpe ko faryn... huhuhu kawan lama...

    comelnye baby aina... :D

    aku skang tgh nervous yet excited menunggu saat kelahiran baby dlm perut nie... doakan yer...

    ReplyDelete
  7. kak doc... iron man 2? ermmm... i was sleeping all the way (tipu la all the way. 1/3 of the movie kot)...

    bukan tak best, cuma maybe kepenatan. otak penat sebab baru pas abes exam. tapi muvie ni best...

    ReplyDelete
  8. u should go faryn, at least u get urself bz so that takla windu-winduan sgt...bagus u tabah sgt:D

    ReplyDelete
  9. harusssss pegi.
    best!2 jam la tapi.

    ReplyDelete
  10. kawan-kawan sekelian alam.
    saya tak pergi pun tengok movie tu. hehehe. maybe esok kot. tengok dekat kluang je lah. kalau sempat. huhu.

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...