passer by since 1st feb 2010

Saturday, July 31, 2010

dokter farhana, dokter farhana :)





"The truth is more important than the facts."
- Frank Lloyd Wright




assalamualaikum, hai semua :)



it is getting more difficult for me to blog on daily basis nowadays. sungguh lah terasa busy kehidupan ku di saat-saat ini. satu, sebab aku in charge gynae
ward yang macam takde kesudahan je tu. second, sebab aku oncall back to back dengan syg.



anybody wanna trade one day of life with me? satu hari je plis. haihs.



teringat pulak aku pasal semalam. semalam aku oncall. so kami dokter-dokter yang oncall pakat-pakat dengan staff nurses untuk order makan daripada satu restoran ni. memang selalu lah kami order dari mereka ni. bila makanan dah sampai, mamat yang tukang deliver tu boleh lah pulak ber-lawak dengan aku masa aku nak bayar tu.



"alah dokter, takkan 3ringgit je. patut dokter kena bayar double lah"


sambil sengih-sengih mamat ni melawak. mee goreng tu memang 3ringgit je. aku pulak memang ada cukup-cukup 3ringgit dalam poket masa tu. bukan sebab aku kedekut okeh.


"la patutnya dokter lah awak kena bagi diskaun. sebab dokter penat kerja. layan patient semua"


"dokter mana penat kerja. kalau dokter nak banding saye kerja sapu sampah, dengan kerja dokter, mana lagi penat?"


"dokter lagi penat."


straight forward aku jawab. malas nak bermesra-mesra alam.


"mana dokter lagi sanggup? kerja sapu sampah ke kerja dokter?"


mamat ni mengumpan lagi. sengih-sengih lagik. tapi simple je aku jawab.


"saya lagi sanggup kerja sapu sampah."


terkedu terus mamat tu. tahu pun kau diam. jahat tak aku? HAHAHHAHA.


tapi tipu lah kan jawapan tu. takkan lah nak kerja sapu sampah. macam mana nak shopping handbags tolong support family, bayar segala hutang, dan sebagainya. kerja dokter memang busy. kena kuat dari segi mental dan fizikal. kena banyak bersabar, kena pandai mengambil hati, pandai susun ayat, kena alert, kena ada perasaan empathy+sympathy yang SUNNGGUUHHH mendalam, kena jadik seorang yang memahami, kena jadik seorang pendengar yang setia, kena kuat tahan mengantuk, kena kuat tahan lapar dan semestinya kena kuat lari jugak especially bila ada kes emergency. penting tu. lagi kuat lari, lagi bagus. hehhheh.



ingat senang jadik dokter?
sebab tu jangan sumpah seranah dokter. dokter yang tak effisen tu selalunya mesti ada masalah dalaman. *tiba-tiba*



okeh, apasal aku nak emosi tiba-tiba ni? HAHA.



ohh mungkin sebab pasal satu patient semalam ni. patient ni beranak secara normal. baby keluar semua okey takde masalah. tapi uri pulak lambat nak keluar. so dorang panggil aku untuk assess. dipendekkan cerita, eventually the placenta was expelled after i did some maneuvre to hasten the process. tapi nak dijadikan cerita, rahim pulak lambat kecut. so memang oozing je lah bleeding daripada rahim. kira uterine atony lah dalam bahasa medical nya.



aku pun buat lah segala yang patut. up-kan ubat untuk bantu kecutkan rahim. periksa pangkal rahim semua lah. pangkal rahim dia pulak adeih... memang dah macam tau-fu-fah. takde koyak besar ke apa, tapi banyak sangat raw areas dekat cervix (pangkal rahim). itu yang oozing daripada situ. banyak jugak blood loss, adalah dekat 650ml jugak. kira banyak lah tu kalau untuk patient yang bersalin normal. standard dalam 300ml je.



lepas dah jahit dan pack-kan pangkal rahim, bleeding nampak dah stop. patient pun stabil. patient ni memang sangat-sangat cooperative. senang je aku nak jahit. senang je aku nak check rahim dia. sebab patient ni SANGAT BERKERJASAMA. dan yang paling buat hati aku berbunga-bunga, patient ni tak habis-habis cakap terima kasih dekat aku. dan yang lagi buat aku sayang sama ini patient ialah, dia address aku dengan nama aku. entah bila masa dia tahu nama aku, aku pun tak tahu. hehehhe.



"dokter farhana, dokter farhana"



wahhh, angau. HAHAHHAHHA.



best tau perasaan bila patient ingat nama kau. tahu tak ada patient yang namakan anak dia "farhana" sebab aku yang csect-kan dia. terasa diri begitu di-appreciate sekali. sampai sekarang angau tak hilang-hilang. hehe. terus hilang segala perasaan yang boleh mendatangkan tensen sebab kena menjahit/meng-operate pagi-pagi buta di saat-saat manusia lain sedang nyenyak dibuai mimpi. ewahh. hehehhe.



but seriously, it matters. mungkin bukan untuk dokter lain. tapi untuk aku, it does :)



anyway, syg pun post-call. dah selamat memberadukan diri pun. aku je yang entah pehal bersemangat gila nak kemas rumah, mop satu rumah, kemas dapur, kemas fridge. serabut lah mata kepala tengok rumah berselirat. lagipun cik puan mem besar yang cerdik tu dah di-courier-kan ke kluang kelmarin. itu yang aku membazir masa mengsusun-atur rumah.



rindu pulak dekat cik puan. emmm.



cik puan dapat hadiah daripada anutie shifa (adik syg) hari tu. dia kan baru balik bercuti dari mesir. bertambah lah koleksi haiwan peliharaan cik puan.













nampak tak cik puan macam sudah sedikit slim, muka dah semakin bujur sireh. ni semua sebab cik puan tak sihat hari tu. nampak susut dah sikit. kesian anak mama. hopefully, nenek kluang dah montel-kan balik anak mama :)



okeh kawan-kawan sekelian alam, my syg sudah bangun. nak pergi bermesra-alam pulak.



so till then, ciao :P





13 comments:

  1. hehe..faryn.
    kalu aku,nak keje sapu sampah,gaji dokter,blehhh?keke.

    ReplyDelete
  2. dokter farhana, wlaupon sy xtau secara details keje dokter, tapi mcm faham la sbb ade mmbe yang staff nurse, slalu dgr dia citer psl keje dia...siannn gak r dengar...

    apepon dokter farhana, ketahuilah pasti ramai yang sangat berterima kasih pada mu, mungki ada yang tak terzahir yer...jgn kecik ati...yer

    ok daaa

    ReplyDelete
  3. nak melasak, tu yg kena ringnkan badan tu..hehe sian ko penat, tak pe.. aku rasa la sume org mmg igt nama doktor. aku nama jururawat yg sambut aqil pun aku igt.. terima kasih kat korang :-)

    ReplyDelete
  4. aaa aina da besar! ;) da nk jadi wanita membujur muka nya! btw, syabas la doktor. kerja anda sangat mulia. :)

    ReplyDelete
  5. ashra,
    aku pun kalau boleh nak yang macam tu. hehehhe :)

    ReplyDelete
  6. hany,
    terima kasih yang tidak terhingga kerana memahami :)

    ReplyDelete
  7. sue,
    itu lah. aina sekarang memang nak melasak habis. memanjat situ sini. nak try berdiri sendiri semua. tapi risau jugak aku tengok badan dia susut macam tu. huhu.

    ReplyDelete
  8. nooreen!
    wah dah boleh komen ek :) aina dah lonjong sikit. tak se-chubby dulu dah. huhu. hopefully nanti dah sihat dia montel sikit. hehe.

    ReplyDelete
  9. betul la faryn. memang keje dokter ni busy teramat. masa kita beranakkan khalish tahun lepas, dahla raya first. dah tentu2 dokter2 dan nurse2 yang adayang itu2 jugak la. kesian tau faryn tgk diorang berkejar sana sini dalam labour room. tapi ajaib eh. time raya, tak ramai dalam ward. semua pakat sehat je time raya. haha.

    ReplyDelete
  10. aku ada sorang.. namakan anak dia..sebijik nama aku...siap datang tunjuk surat beranak anak dia lagi...
    :)
    berair mata aku...

    ReplyDelete
  11. eh... kite pun ingat lagi la nama doktor yg sambut baby masa bersalin -doktor ppuan tu lawa... sekali ngan nama doktor pelatih yg hensem... masa tu tak tau bb yg nak keluar boy ke girl... so target 2 nama tu nak letak pangkal nama anak... hehehe

    ReplyDelete
  12. Saya pon masih ingat nama dr yang sambut Azra. Rasa tak patut sangatlah kalau tak ingat sebab dari awal peknen sampai deliver memang dr tu yang assist. Dr tu rupanya dah sebaya mak saya tapi masih gagah perkasa. Cayalah dr Siti. Saya memang respek giler kat dr.

    Faryn, pinnafour Aina sangatlah cute. Dah banyak kali mama Azra berkira-kira nak belikan yang macam tu tapi tak terbeli lagi. Last-last beli mende lain. Hihi.

    ReplyDelete
  13. faryn, yup da bole komen momen dah. ;) im back to blog. btw camana nk buat mcm ur blog ni? before masuk tu ada cakap cakap suh org tekan enter klau setuju masuk blog kita. hehe. omg the way i word it bunyi so skema!

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...