passer by since 1st feb 2010

Sunday, July 4, 2010

kalau dia mati, aku pun mati.

"I don't measure a man's success by how high he climbs but how high he bounces when he hits bottom."
- General George S. Patton



assalamualaikum, hai semua :)



ber-belogging daripada kluang, johor. kejap je ni. kejap-kejap lagik nak bergerak ke melaka balik dah. memang balik kluang semata-mata nak menjemput cik puan mem besar tetapi kenit ni je.


semalam, oncall aku memang amat lah meletihkan. actually labour room aku takde lah full sangat pun. tapi dua-tiga kerat patient yang ada tu, semuanya BER-MASALAH! aduih, aku memang menunggu masa je untuk meng-csect-kan diorang. dan semalam ada EMPAT CSECT okehh. memang takde rezeki untuk mereka bersalin secara normal.


dan memang dugaan betul lah untuk aku semalam. csect-csect yang aku buat semalam semuanya sungguh lah mencabar.


especially this one case.


jantung baby memang dah lemah gila-gila (fetal bradycardia). so memang emergency habis lah csect dia. memang aku terus pushed ke ot even without informing my specialist oncall first. punya lah gila kau nak mengejar masa. kau bayangkan lah jantung baby dia dah drop sampai ke 50-60 beats per minute (normal is around 120-160). hah, tak ke nak tercabut jantung aku dibuatnya. lama pulak tu, jantung baby dia tak pick-up pick-up. adalah nak dekat lima minit. aku dah memang seriau gila kalau baby tak dapat diselamatkan (IUD).


memang semua orang berlari-lari lah ke OT. patient terpaksa dibius penuh (under general anaesthesia) sebab nak mulakan operation cepat. dan bila aku dah bukak abdomen dia, MASYA ALLAH lekat-lekat dekat rahim sangat-sangat teruk. dah takde rupa kau. ohh lupa nak bagitahu. PATIENT ADA PREVIOUS CSECT SCAR okehh. aku masa tu dah memang no choice aku memang potong je lah apa yang aku nampak, as long as aku dapat deliverkan baby cepat. nasib baik aku dapat identify bladder dia. so aku tak berapa risau sangat pasal bladder injury. berhempas pulas jugak nak mencari ruang untuk keluarkan baby. lepas sepuluh minit macam tu (lepas aku dah potong segala lekat-lekat yang menghalang lalu-lintas) baru lah nampak rupa bentuk rahim. buat incision dekat rahim dan cepat-cepat deliver-kan baby.


NASIB BAIK BABY OKEY kau. alhamdulillah. alhamdulillah.


tapi lepas tu, berhempas pulas jugak lah aku nak meng-repair balik segala macam yang aku "godek-kan" masa dalam usaha nak keluarkan baby tu. tapi adhesions (lekat-lekat) dia memang dasyat. tawakkal je lah aku masa tu. dan nasib baik aku takde injured pundi kencing ke, usus ke. kalau tak...haihs.


dugaan, dugaan.


tapi aku memang sangat sangat lah seriau semalam. kalau lah, kalau lah, KALAU LAH baby dia tak dapat diselamatkan, memang aku lah yang kena menjawab. imagine all the distressful events that i would probably face later on. nauzubillah. mulut aku memang tak henti-henti baca ayat kursy mintak dipermudahkan segala-nya.


dan alhamdulillah, semua okey.


dan aku macam dah kurus sikit sebab asyik berlari-lari je semalam.


ewaahh!


taklah, tipu je. masih montel seperti dulu. heehhheheh :)
*tiba-tiba*



okehh, itu pasal oncall. rasa penat lah kepala *otak bila cerita pasal oncall ni. nak selit cerita lain lah pulak. tapi secara pantomim je lah ek. aku letak gambar, korang buat lah ayat sendiri. kui, kui, kui.


*orang letih post-call lah. bagi can okehh :)*


ni masa bawak bibik keluar jalan-jalan dekat jusco besar gedabak.

























tengok cik puan. muka ketat je malam tu. entah kenapa. nampak macam baby boy je dah pulak kan bila dressing macam tu. tu baju souvenir dari aussie. tiba-tiba mama dia semangat nak pakaikan masa tu. hehehhe. dan sila abaikan wajahku yang sungguh montel itu yer.


*ada perubahan ke after seminggu ber-ESteeLauder? HAHAHA*


okeh lah kawan-kawan sekelian alam, kami nak dinner dan bergerak balik ke melaka.


esok (sampai entah bila) aku kena in-charge gynae ward. doakan semua okey ekk.


tata!





21 comments:

  1. huhu ngerinye citer emergency c-sect tu..macam situation aku aritu kelamkabut dokter siapkan aku sbb dah lama sgt aku try push tak kuar.hihi ngeri siottt.syukurlaa selamat & bam bam nakal kemain..827727$$%%%^&!~$FVR qies yang taip ni.aku malas delete.ekekeke.

    moke aina pesal ketat tu yanggggggg?
    aina pon cukur bantal cam qies ek?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah semuanya selamat
    tahniah puan dokter!

    ReplyDelete
  3. alahai geramlah tgk aina!!
    rs nk cubit2 jerk...!!

    ReplyDelete
  4. ALhamdulillah n tahniah pd ko sbb berjaya selamatkan sume baby2 comel tuh..bangga ade kawan yg berkhidmat dgn jayanye utk masyarakat nih..=D

    nway, kem cium kat aina montel yek..

    ReplyDelete
  5. faryn,kalu tetiba baby nye heart beat tu da rendah,pesal ek? sbb ibu or baby tu sendiri ek? seriau gak aku baca..aku plak yang berdebar.hehe.dugaan lain org,lain ek bersalin ni.yang senang,senang btul.

    ReplyDelete
  6. ape pasal kecik2 dah muka ketat? dia dapat rasakan tension mak dia kot.

    ReplyDelete
  7. dr..nk tanya sikit apa yg dimaksudkan lekat-lekat tuh..atau patient tu pernah csert sebelum ni menyebabkan scar dan lekat. tlg citer sikit sebabnya saya dh dua kali csert ni..dan untuk yg ketiga mmg doc suruh jarak at least 2 atau 3 thn agaknya sebab tak nak lekat2 gitu kot..cewahhh sila jawab hehhehe

    ReplyDelete
  8. eh eh... bb Aina dah tak kecit la... nampak mcm budak besar bila dressing mcm tuh :)

    ReplyDelete
  9. Perh..sgt mencabar kan..klo kt pn da seriau sgt2 tu..huhu

    ReplyDelete
  10. aku yg baca ni pun rasa letih .. hehe.. alhmdlh, sume ok kan.. comel aina.. moody nampak?? ehehe..

    mama qies, abis la pas ni qies mengacau.. tak pe, ada assistant tukang taip blog..ehehe

    ReplyDelete
  11. ngeri tul aku baca ko nyer experience tu, patutla aku x dianugerahkan untuk jd doktor, kalau x sure aku da seriau +cuak2 giler..baca ko nyer experiance baru aku tau, kenapa aku kene c-sect ari tu, and da paham la..maklumla aku ni main2 dgn simen, pasir, mana la tau pasal fetal distress ke ape2..huhuh...

    baby aina, mana g rambut belakang tu..
    sama jek macam fatin ari tu, masuk 7 months, baru rambut kat belakang tu tumbuh sepenuhnya...

    ReplyDelete
  12. wow. hebat cerita kali ni. mcm cita ER zaman dolu2. memang angau habis kat george clooney. btw, congratz di atas kejayaan cerita itu..

    oh ya penyokong argentina sure suka quote itu.. muah aha ha ha..

    last but not least congratz (again) on ur new ride dan baby aina, u were so charming!

    ReplyDelete
  13. thanks semua. alhamdulillah patient okey dan dah discharged hari ni :)


    ashra,
    kalau jantung baby drop tu ada banyak sebab. mungkin sebab tali pusat terbelit dekat leher, ataupun sebab baby's head dah decsent, mungkin jugak sebab baby dah berak dalam perut, mungkin sebab baby tak tahan dengan labour stress. ada banyak sebab. dan sometimes, taktau pun sebab nya. lepas csect, baby keluar okey je takde problem. susah nak cakap. ikut nasib-nasib la :) sebab tu kena explain betul-betul dekat patient pasal all the risk if she has to go for emergency csect.

    ReplyDelete
  14. hai rynas,
    salam kenal :) actually lekat-lekat (adhesions tu common untuk patient yang dah pernah csect. cuma teruk tak teruk je. ada yang dah sampai dah dua tiga kali operation pun takde banyak lekat-lekat pun. tapi ada patient yang baru sekali operation tapi lekat dasyat gila. basically, it is all depending upon how soon the healing process started. adalah physiological explaination behind it, tapi macam panjang sangat lah pulak nak cerita. hehehhe.


    either way, kita still akan explain kaw-kaw dekat patient pasal risiko-risiko operation. tak kesah operation kali ke berapa pun. cuma kita expect lebih banyak operation yang dah pernah buat, lebih tinggi lah kan risiko dia. ikut logik lah kan :)but still, you couldnt really confirmed how is it going to be when you oen u the abdomen. bila bukak baru tahu, teruk ke tidak.


    wahh, terpanjang pulak. hehehhhehe.

    ReplyDelete
  15. ooo faryn, aku pon rase seriau bc entry ko nih.. alhamdulillah sumernyer ok.. *bersyukur dgn tiba2 aku x jd doktor, blh x?* bukan senang!

    ReplyDelete
  16. Salam perkenalan Dr
    Saya berumur 35 tahun, saya x leh bersalin normal kerana tulang pinggul kecil (xray), 2 kali saya csect - (first masa umur saya 29, second umur saya 32)saya plan utk pregnant next year - bila saya baca blog Dr pasal patient + lekat2 tu saya jadi takut. Before nie, x pernah tahu pasal lekat2 nie. Apa cadangan/nasihat Dr untuk saya?

    Saya memang teringin sangat nak bersalin normal, sungguh!..
    Thanks Dr.

    ReplyDelete
  17. Salam.. Doc, i'm gald to read ur story about all this delivery process.. sangat2 suka. i believe miracles do happened but not yet to me.. married almost 2 years and i think it is the most perfect time to get baby. tapi tak da rezeki.. banyak kali dah jumpa gynea and diorg kata i xdak prob tp just bagi provera je..sedikit tekanan di situ.. hmm, sekarang nie dh buntu, xtau nak buat apa dah.. teramat2 tension kalo tgk org di sekeliling dah ada baby.. waiting for miracles...

    ReplyDelete
  18. aik mane pegi komen-komen lain?

    ReplyDelete
  19. aku teringat masa kene ceaser aritu...doktor comel je yg wat kat aku..masa dia kuarkan anak aku..semput dia cakap..nampak je 3.5 tapi leh tahan semangat..dia cakap la..hihi yg bestnye tu..masa dorang2 bedah aku..leh plak smpt ngumpat la..nyanyi2 la..pasang mp3 la...hihi aku yg menyerah diri ni layan la jugak ape yg dorg ngumpatkan tu..hahahah

    ReplyDelete
  20. whoa! mane hilang lagi sebelas komen ehh?? konfuse lah.


    mamaelly,
    hahahha. common lah tu. aku kalau operate pun, sambil operate sambil gosip dengar lagu semua. lain lah kalau emergency kes, mungkin stress sikit lah. lepas keluar baby baru boleh bertenang. kalau elective cases, boleh lah nak berlenggang-kangkung. ;)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...