passer by since 1st feb 2010

Wednesday, July 7, 2010

kejadian 3 hari lepas, pukul 11.30pm 4 julai.





"You cannot get ahead while you are getting even."
- Dick Armey



assalamualaikum, hai semua :)



sorrrryy kawan-kawan sekelian alam for the long silence.


aku sangat busy lah. ergh. i never thought being in charged of the gynae ward would have been this hectic. aduih. sungguh lah letih okeh. kerja-kerja untuk ambik cik puan balik sekolah memang seratus peratus sudah diambil-alih oleh syg sebab aku setiap hari pun akan balik lambat. the earliest pun dalam 545pm. huhu.



memang during workdays, confirm petang aku NO LIFE. aku akan masih berada dekat hospital, balik lambat sebab nak menyelesaikan segala masalah dekat ward. balik pun dah tak boleh nak ber-aktiviti secara rambang sebab sudah penat jiwa dan raga.


itu satu.



and then, ward penuh dengan cancer patient. bermacam-macam kategori ada. ada yang masih di tahap awal. ada jugak yang sudah kritikal. and for the latter group, the counselling sessions were endless and time consuming. dan kadang-kadang sangat lah menyayat hati. imagine all the heartbreaks and hopeless feelings they might have felt when they were told that they're having cancer. aku ckp kadang-kadang sebab aku dah sedikit immune dah dekat perasaan tengok pesakit kritikal sejak dah jadik dokter ni. huhu.



itu dua.



yang ketiga, aku rounds dengan boss okeh. my head of department. sebab dia consultant in charge dekat ward tu. so expectation dia for sure lah tinggi melambung. dan aku pulak takkan lah nak bagi impression yang aku ni hampppehhhh. walaupun aku mengaku aku memang sedikit hampehh, but still? who doesnt want to look knowledgable in front of your superior right? *mesti lah mahu bodek sikit* baru lah masyukk. HAHAHHA. so memang sedikit stress di situ. kena lah mula menjadik ulat buku kembali. *uhuk*uhuk*



padan lah colleque aku yang sebelum ni in charge gynae ward melompat-lompat kegembiraan bila dapat tahu aku akan take over ward tu. ada muslihat rupanya. dia sudah terlepas daripada kesengsaraan duniawi. huhu. takpe lah, bagus jugak aku jaga gynae ward ni. dapat lah brush up my scan skills and learn more about proper management of common gynae cases. *semangat*semangat*



jadinya, itu lah antara sebab-sebab kenapa aku missing in action.



tapi nasib baik aku tak miss ini.




PENGUMUMAN! PENGUMUMAN!



video



cik puan mem besar tetapi kenit iaitu bby aina sudah mula merangkak!



aku dengan syg excited gila. ni masa tiga hari lepas, so masih teragak-agak. sekarang cik puan sudah dapat merangkak dengan lebih mantap. tak payah dah nak umpan-umpan dekat toys, caya lah anak mama! masa mula-mula kitorg kantoikan cik puan tengah cuba-cuba merangkak, memang tak berhenti-henti kitorang gelak sebab TERRRrlampau excited. adegan yang itu takde lah pulak aku video-kan sebab terlampau 'high' tengok cik puan. lepas tu, baru aku ambik video yang dekat atas ni.



nasib baik bby aina tak stay dekat kluang. kalau tak, mesti mama dengan ayah akan ter-miss rangkakkan pertama bby aina. wahh, wujud ke term tu. whatever. yang penting aku sangat-sangat excited. mari lah excited bersama-sama saya. HAHAHHAHHA.



okeh kawan-kawan sekelian alam, mama aina kena roger out.



ayah aina memang dah selamat berbungkus sebab post-call.



aina pun dah terlangkup.



tata darlings!



(esok saye gynae oncall. doakan semua okeh. ameen)



19 comments:

  1. hohohoo...

    baby aina merangkak sambil angkat vontot...hohoho cumel cumel...pasni, habis la dia round 1umah tuh ye doc...

    ReplyDelete
  2. hahahahahhaa kelako lah kooo niee.baru tau kan how eksaitedd tgk anak dah merangkak.jap lagi siaplaaaaaaaaaaaaa die kemas serumah tuuu..masuk bilik air.ehehe..

    time nie lah dia gian nak crawling :)

    ReplyDelete
  3. hany,
    itu lah. rasa nak tepuk-tepuk bontot dia sampai penyek. hahahha.


    yatt,
    aku dengan hubby gelak non stop ko masa kantoikan first time tertonggeng-tonggeng nak ke depan tu. hahahhha. menjerit-jerit kasi support suruh gerak. hehehe. kalah tengok bola. :P

    ReplyDelete
  4. everything will be fine for u, even more fun, anak u dah boleh merangkak, penat yang segumpal gumpal kat ward, terus hilangkan..

    ReplyDelete
  5. hai em,
    salam kenal :)
    setuju sangat! pagi-pagi pun rasa ceria nak pergi kerja sebab bby aina akan bangun then bagi senyuman sangat manis untuk mama :)

    ReplyDelete
  6. yesss..melihat perkembangan anak dari satu step ke satu step mmg amat membahagiakan..itulah untungnye kite jaga anak sndiri..sume leh tgk depan mata..hihi..nway, congrats to little Aina yek ..=D


    nway, psl watermark..itu aku tempahla..mane reti wat sndiri..hehe..ko leh surf kat blog2 yg wat watermark ni..leh refer kat post aku jugak..nanti dlm blog owner tuh die akan ajar cmner cara nk tepek watermark..guna photoscape biasenye..=)

    http://zaranfamily.blogspot.com/2010/07/cumei-tak.html

    ReplyDelete
  7. tahniah..tahniah bb Aina dah merangkak tapi mak ayah dia yang over excitedkan

    ReplyDelete
  8. one step ahead!! bahagia rasanya tgk anak membesar depan mata.. sian ko pena keje, tapi, janji ada pulangan dunia & akhirat..hehe

    ReplyDelete
  9. comelnye baby aina..geram tngok..

    mule2 dlu arwah mak sy refer HSA gak mase bru2 dpt detect kanser servik..pas tu kna transfer ke HSI..mmg sdih sgt bile dpt tau mak kna kanser..n kwn2 tpi katil pn alami mslh yg same..

    ReplyDelete
  10. hehe dpt bayangkan camne gamatnye 1 rumah dgn sorakkan mama ngn ayah aina ms tu :p

    ReplyDelete
  11. ala chomelnya..da pandai merangkak yea, pasni mama dgn ayah aina kene standby kejer aina la..bil ada merangkak ni laju jek pergerakkannya..alih2, da sampai dapur...bertamabh slim la mama aina mcm ni..heheh..
    faryn, nak tanya skit ar, kat gomen punya hospital ada buat untuk MRI punya scan x?kalau ada kat mana and mcmn prosedurnya..
    tq..

    ReplyDelete
  12. tu la..dr ko cite,nmpk ko bz incharge bahagian bersalin ni kan..emm,tak pe..aina penenang jiwa.. =)

    ReplyDelete
  13. haha..sgt comel angkat montot rangkak skit pas2 tgolek..comel comell..hii

    ReplyDelete
  14. terima kasih semua :)

    aina dah merangkak mantap sekarang. tak terkejar mama. hehehehhe :D

    ReplyDelete
  15. faryn, nak tanya skit ar, kat gomen punya hospital ada buat untuk MRI punya scan x?kalau ada kat mana and mcmn prosedurnya..
    tq..

    ReplyDelete
  16. hawa,
    memang ada MRI tu. tapi kena ada proper indication la. means, kena seen by specialist and specialist akan decide lah whether indicated ke tak. sebab nak buat MRI kena ada sign pakar. certain-certain kes je selalunya.


    apsal ko nak MRI ek?

    ReplyDelete
  17. xde mcm ni..kan aku tgh pregnant no 2 ni..da 31 weeks..

    masa pregnant fatin dulu,
    since aku punya heigh is below 145cm, so doktor advice aku untuk operationla, takut aku punya ruang bawah tu x cukup nak deliver baby normal..so masa tu dorg referkan aku kat hospital putrajaya and masa assessment tu, dia kata cukup, base on baby masa tu 2.6-2.8kg la..as aku pun insist nak bersalin normal, so dia doktor bg aku for 6 hours short trial, meaning if after 6 hours masuk labour room, jalan x bukak or x deliver juga, terus direct operation..so masa fatin tu..jalan bukak da lamost 6-7cm la tp sbb da fetal distress, so direct operate la..

    so, untuk 2nd baby ni, aku kalau bleh nak deliver normal..aku ada jumpa satu doktor ni dia advice aku utk buat MRI scan ni nak kira ckp x ruang kat bawah tu, kalau exactly x ckp, baik aku terus plan utk c-ser so x payah nak tggu lama2..tu yg aku tanya pasal MRI scan tu..

    kat spital putrajaya ada ker?or hosp melaka maybe?heheh

    sbb by hook or crook, cser is the last choice la, so sementara masih bleh berusaha untuk deliver normal tu, better aku try kan..

    ReplyDelete
  18. hawa,

    tak pernah pulak dekat hospital melaka guna MRI as a tool untuk indicate pelvic adequate ke tak untuk salin normal. tak pernah dibuat orang kot. aku taktau lah hospital lain. selalunya the best indicator untuk tahu ko boleh salin normal ke tak, ialah after ko bersalin normal. so tengok baby ko paling besar lahir bape kilo. then the next pregnancy tu kalau less than bby yang paling besar tu, means konfem cukup lah pelvic ko. tapi dlm kes ko ni, sebab ko csect dah lain kira. kalau ko kata jalan bukak sampai 6-7cm je, boleh jadik sebab tak cukup ruang. sebab selalu tak cukup ruang ni, jadi bila jalan dah bukak 7cm ke atas macam tu.


    kalau ko still nak proceed dgn MRI dekat mana-mana hospital besar pun ada. cuma indication untuk MRI sebab nak assess pelvic tu macam aku tak pernah dgr la pulak. tapi tak tau la kan. hospital lain aku tak tau camne.


    kalau kitorg, selalu pakar yang akan assess clinically, and dorang yang akan decide whether nak bagi options untuk csect ke tak...

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...