passer by since 1st feb 2010

Monday, July 19, 2010

syg, mana you?





"If you obey all the rules you miss all the fun."
- Katharine Hepburn



assalamualaikum, hai semua :)



simbolik sungguh kata-kata dekat atas tu kan? heh ;)



woh, woh, cuba teka aku dekat mana sekarang? AKU DEKAT JASIN. hahahha. cik puan pun ada sekali ni aku angkut-kan. kewujudan kami di sini adalah semata-mata sebab syg oncall hari ni. sunyi lah dekat rumah tu bila syg takde. takde bunyi-bunyian orang main DOTA. macam tak lengkap je. so here we are :) errr, mungkin malam-malam kang, ataupun esok awal-awal pagi aku kena lah bergegas balik ke melaka balik. kerja maa esok. huhu. nasib baik ada cik puan merangkap co-pilot kenit ni ;)



anyway, weekend kitorang memang hambar tak ingat sebab; errr sebabnya BIARLAH RAHSIA. okeh, pehal pulak dokter faryn nak bber-biarlah-rahsia tak pasal-pasal ni? aku pun sedikit geli geleman mendengar konfius dengan diri sendiri. HAHHAH. but seriously. certain things are better left unspoken kan. bukan semua kita boleh war-war kan dekat dalam belog. walaupun ini memang personal belog. kamu, kamu, kawan-kawan sekelian alam of all the people in the world, mesti lagi memahami kan.



YA ALLAH bby aina, boleh tak duduk dengan sopan-santun sekejap.



di kala aku sedang menaip ni, cik puan mem besar tetapi kenit tak putus-putus asa nak panjat segala gunung-ganang dekat badan mama dia ni. macam adventure sangat lah tu ekk nak lenjan-kan badan mama. tahu lah banyak lekuk-lekuk. HAHHAHA.



korang tahu tak bby aina sekarang ni aktif nya bukan main. mungkin dia ingat dia dah besar kut. hehehhe.



pernah sekali tu, hTc aku bunyi. aku punya lah mencari mana hTc tu. rupa-rupanya ada pada cik puan. bukan main sedap lagi dia menggodek hTc tu. aku pelik jugak, sebab seingat aku, aku letak dekat atas sofa. bby aina main-main atas tilam dekat bawah. tiba-tiba boleh ada pada dia pulak. mula-mula aku ingatkan aku yang dah nyanyuk. mungkin aku just campak je dekat tilam lepas balik kerja kut. lepas tu, buat-buat lupa pulak.



tapi, rupa-rupanya jangkaan aku meleset ye kawan-kawan sekelian alam. itu pun, sampai lah "kejadian" ni terjadik dekat depan mata kepala aku.



suspen?




video




cik puan mem besar tetapi kenit dah boleh memanjat-manjat kau. serius terkejut aku. itu yang suara aku ala-ala mengilai puntia*ak di situ. sebab excited. aku siap kuit-kuit syg (yang tengah kusyuk main DOTA) dengan hujung kaki saja okeh. durhaka sungguhh. HAHAHAHHAHHA. tapi berbaloi lah sebab syg pun boleh join excited sama. kui,kui,kui.



aina, aina, angau-nya lah mama sebab kamu!



ni anak mama dah letih lah tu asyik tertonggeng-tonggeng nak cair-kan hati mama. dah selamat terlangkup pun dekat sebelah ni. hehehehhe.



nak tengok?



jap.







letih bebenar je nampaknya si kenit ni.



macam dah besar je kan dia?



:)




4 comments:

  1. wah..advancenya aina..faheem a bit slow..even lagi tua pada aina..

    p/s a'ah la..aina dah besar..so bila next?

    ReplyDelete
  2. yup,faryn..sometimes things better left unsaid..kdg kita smpikan lain dlm blog,org tertentu dgn kita,faham lain.pastu citer telah BERTUKAR penyampaiannya.(tu kes aku la..hehe)

    btw,aku suka quote ats tu..hehe.
    mwahhh to baby aina si kenit tu ye..

    ReplyDelete
  3. comel je aina dgn struktur bdn dia yg xstabil tu..
    cm gaya dia tgh goyang2 inul je..
    hihi :p

    ReplyDelete
  4. penat sunnguh gaya si aina tuh...

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...