passer by since 1st feb 2010

Friday, August 20, 2010

beramai-ramai mencari bayi di dalam longgokan sampah.





"Mengapa didamba teman hidup sempurna MUHAMMAD..andai diri tak sehebat KHADIJAH.."
- Mutiara kata



assalamualaikum, hai semua :)



rasanya ramai yang dah mentelaah harian metro/the stars (dan berita tv?) dan ramai jugak yang dah tahu pasal kes buang bayi dekat hospital melaka the other day. dekat tempat aku kerja. can you believe that?



aku betul-betul frustrated dan sangat-sangat kesal benda macam ni boleh berlaku masa bulan ramadhan ni. dan kawan-kawan sekalian alam, BUDAK itu berada di dalam wad aku okeh. boleh percaya tak? bila aku buat ward rounds pagi tadi, nak pandang muka dia pun aku terasa berat hati. cepat-cepat je tanya "awak okey?" dan terus mem-blah-kan diri dari bilik tu. dengan ada dua orang kakak polis yang asyik duk pandang semacam, lagi lah aku tak ingin nak ber-lama-lama-an dekat situ.



aku macam tak percaya manusia boleh jadi sekejam tu. selama ni bila tengok dekat tv, baca dalam suratkhabar, takde lah terasa sangat. tapi bila dah berlaku dekat persekitaran sendiri, tempias dia tu terasa melampau bebenar. how can someone become that cruel? kau bayangkan, kau lahirkan anak, lepas tu kau bungkus-bungkus ala kadar dalam plastik, lepas tu kau buang je dekat dalam tong sampah yang pertama kau nampak. dan dalam keadaan kau berdarah-darah tu, kau boleh lagi taknak mengaku lagi yang kau baru lepas bersalin. taknak mengaku ada baby. (ingat dokter ni bod*h sangat ke?)



boleh? boleh tak?



salah berzina sudah satu hal. ini sudah satu hal lagi. dah tak takut tuhan ke? dah tak boleh nak bezakan dosa pahala? aku sedih bila fikir.



i am not perfect, i know. but still, aku takut dengan ALLAH. aku sayang gila dekat parents aku. bayangkan perasaan parents budak tu yang tak tau apa-apa. tak tahu anak mengandung, tak sangka boleh berlaku sampai macam ni. parents dia bukan lah penagih dadah ke, pelacur ke. mereka orang baik-baik. tup-tup, sampai jadik kes polis. masya ALLAH, hanya DIA je lah yang tahu betapa punah ranah-nya hati mereka.



nauzubillah.



lebih baik lah disedekahkan baby yang tidak bersalah tu dekat pasangan-pasangan yang bertahun-tahun kahwin tapi masih belum ada rezeki zuriat sendiri. aku sure dorang akan lebih dari terbuka tangan dan hati, redha terima macam anak sendiri.



entah lah, mungkin budak tu panik? mungkin dia tak waras? separa waras? kena rasuk? takut? malu? aku pun taktau. wallahualam.



aku cuma boleh doakan yang baik-baik untuk dia. dan semoga kita sama-sama dapat bermuhasabah diri dan mintak dijauhkan dari melakukan yang se-umpamanya.



insya ALLAH. insya ALLAH.






kalau aku nak buang pun, aku akan buang jauh-jauh dalam pelusuk hati aku. supaya takkan hilang dah. tersemat selamanya dekat dalam sanubari.



happy 8months old Nur 'Aina Hana sayang :)



(tak sabar esok. nak jumpa syg, nak makan together-gether bertiga)






13 comments:

  1. hai faryn..lama cikmin tak drop komen kat sini..selamat berpuasa ye...

    tak tahu nak cakap apa lagi..dah puas menyumpah seranah dalam hati pasal kes buang baby ni..geram sangat dengan manusia yang takde sifat belas kasihan ni.. :(

    ReplyDelete
  2. tu la faryn..aku pun da abes kata da pasal bayi2 ni.

    nak hamun remaja2 bezina ni pun da tak terhamun da,,haihhhhh...jahiliah sungguh.

    ReplyDelete
  3. kesian.. kalau aku pun tak pandang muka dia.. sanggup buat anak sendiri mcm tu.. apa nak jadi manusia akhir zaman ni, makin bertambah kejahilan nmpk nya, dah balik ke zaman jahiliah pulak..

    ReplyDelete
  4. tu la. rasanya macam tau faryn keje kat spital tu. sedih kan?

    :(

    ReplyDelete
  5. aku termiss kot berita psl kes ni..tp mmg sgt sedih, sejak masuk bulan ramadhan nih, dh beberapa kes buang bayi dh yg terbongkar..walhal baru jek kjaan umukan psl hukum gantung utk pesalah buang bayi tu kan..mmg tk paham psaan ibu2 yg membuang bayi sndiri tuh,..dh sakit2 nk kuarkan, sng2 nk bunag..huhu

    nway, happy 8th mold aina!!sudah mau pndai berdiri kah..chaiyok!!!!..=D

    ReplyDelete
  6. haih aku pon tak bleh blah sedey kalo tingat menjadik2 org buang bby skrg ni..rase apasal lah ai...tersiat2 hati ibu aku ni.sobss.kalo kasi kat aku,aku pon nak jaga.letak je dpn umah aku..sedih betul.kita yg nak patkan bby secara halal ni siap mabok 9 bulan,nak beranak bertarung nyawa siap kena belah perot.haih.emo aku.

    btw budak tu bersalin ko yg deliverkan kee farynn? sure ramai ko jupe kes beranak luar nikah ni kan.ko citer lah exp ko pasal ni nanti eyh..

    ReplyDelete
  7. salam dokter faryn ;)

    mmg sedih bila baca berita2 mcm ni..
    hopefully tidak terjadi dalam keturunan2 kita..naudzubillah..

    p/s: happy 8-month-year old baby aina..;)

    ReplyDelete
  8. salam.... btl tu ckp doc.. dh la dosa berzina, pahtu ditambah plak dosa buang anak... masyaAllah.. x takut TUHAN ker.. kalau la bby tu di bagi kat kakak sy yg dh 11 thn kawen tapi x de ank lagi, mesti melonjak kegembiraan diorang.. hrp2 lahir sedikir keinsafan dalam diri org yg melakukan kerja seperti ini.... AMIN

    ReplyDelete
  9. cik puan 'aina, makin comel,makin bijak.
    gerammmm nye =)

    ReplyDelete
  10. diorang tuh macam heartless kan. selamba je buang. tak fikir panjang. tak faham betol. isk emo jap.

    :)

    ReplyDelete
  11. Hmm..ape la nk jadi dgn org zaman skrg..xda prsaan tkut n simpati..makin kejam..

    kt nie nk beranak pn pk tkut mati..doraG bnuh n buang bebi lg ada..ank comel2 jer..

    ReplyDelete
  12. i pon don't know how ppl sanggup untuk buat benda ni tau. years ago i did a proposal paper on this and now, this matter dah alleviate out of control. tsk. mesti you sedih gila it is happening right bawah batang hidung you. if i maybe dah hilang sabar rasa nak hampuk je the girl.

    ReplyDelete
  13. yess, let's rage.

    http://mizzyn.blogspot.com/2010/08/baby-dumping-case-even-during-ramadan.html

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...