passer by since 1st feb 2010

Wednesday, August 25, 2010

chinese panggil uri tu "bunga". tahu?




"I have a simple philosophy: Fill what's empty. Empty what's full. Scratch where it itches."
-Alice Roosevelt Longworth



assalamualaikum, hai semua :)



syg oncall hari ni. tadi ma, ayah dengan cik husna datang. berbuka dekat rumah aku. of course aku tidak memasak ye kawan-kawan sekelian alam. mereka datang mengejut, so aku memang tak berkesempatan nak ber-masak-masak segala. lagipun balik kerja tadi pun dah lambat. bila tahu je dorang nak datang, aku dengan extra rajin-nya mengangkut cik puan teman pergi shopping buah-buahan dekat jusco. seronok tengok cik puan terliuk-liuk kegembiraan kena sorong dalam trolley. hehehhe.



lupa pulak nak snap gambar cik puan tadi. sila lah bayangkan sendiri okey ;)



minggu ni aku memang takde oncall. kan aku dah mention kan aku just tinggal satu je lagik oncall for this month, which is on the 30th nanti. dan pada masa itu, syg pun oncall ye. jadi, sekarang aku dah pening ke mana pulak aku nak courier-kan cik puan mem besar ni.



ohh, lupa. aku dah bagitahu tak yang parents aku nak pergi umrah 28th ni?



adeih. pening. of course lah puan bibik ada di kluang. cik husna pun kebetulan tengah cuti semester. mungkin boleh mintak jasa baik cik husna berganding bahu dengan puan bibik untuk meng-baby-sit-kan cik puan mem besar masa 30hb tu. ataupun mungkin boleh mintak belas ehsan famili mertua di kepong untuk tengok-tengok kan cik puan?



hurm, tengok lah nanti big boss cakap macam mana. keputusan di tangan syg. nanti lah bincang balik.



kena bincang jugak pasal plan untuk berhari-raya di mana nanti. nak raya mana dulu dan sebagainya. yelah, aku kan anak sulung. ni kang parents aku takde, jadi anak-anak terbiar lah pulak adik-adik aku yang lain ni. memang lah semua akan berkumpul dekat rumah atuk kluang, but still? tapi tu lah, kena tunggu kata putus dari big boss jugak.



emmmmm, besok rasa macam nak masak. nak masak ape eh?
mee hailam puan suliana nampak macam menarik. ketam masak lemak cili padi puan lily pun nampak mengiurkan. harap-harap esok dapat balik awal. boleh lah buat aktiviti campak-mencampak ke dalam kuali lebih awal. so, jadi ke tak nak masak esok ni bergantung kepada esok balik pukul berapa. *cari alasan* hehhhe.



lama tak cerita pasal kerja ek. bukan apa, aku sekarang in charge gynae ward yang penuh dengan cancer-cancer patient je. sungguh depressing. tapi aku memang respect dekat certain-certain cancer patient yang sangat-sangat macho dan kuat. masih boleh tersenyum mengharungi segala hari-hari yang penuh dengan chemotherapy, radiotherapy, major surgery sebagainya. saya betul-betul tabik sama mereka.



terus buat aku macam terfikir. kenapa aku yang takde cancer ni pun boleh nak merungut-rungut setiap hari? haihs. insaf, insaf.



okey, di kesempatan ni, nak jawab sikit pasal persoalan uri bawah semasa mengandung. sebab tiba-tiba macam banyak pulak mereka yang tanya pasal ni. first of all, kalau masa awal-awal mengandung, dokter kata uri dekat bawah, JANGAN RISAU. sebab selalunya, uri akan naik bila dah nak dekat term. selalunya, kalau bawah dari 28weeks mengandung, kita just label it as "low-lying placenta". kalau takde pendarahan, tak perlu risau. boleh repeat balik scan masa 28weeks. after 28weeks, kalau uri masih dekat bawah, baru lah wujudnya term "placenta praevia" tu. rasanya aku dah pernah discuss pasal ni dekat entri INI.



after 28weeks, kalau takde pendarahan, takde masalah. masih boleh monitor. upto 32weeks, kalau uri masih dekat bawah, dan kalau tahap uri bawah tu ialah tahap 2 ke atas, close monitoring diperlukan. ini yang perlukan admission; tapi kadang-kadang ikut budi bicara pakar, sebab kadang-kadang patient TAKNAK MASUK WARD. kalau uri bawah, tak kesahlah tahap ke berapa pun dan ada berlaku pendarahan, MESTI MASUK WARD untuk observation. sebab jika perlu; kalau pendarahan tak berhenti, mungkin terpaksa kena csect.



macam mana uri boleh dekat bawah?
susah nak cakap. most of the time, kita memang taktau kenapa. tapi kalau patient pernah ada history of placenta previa in the previous pregnancy, memang ada risiko untuk dapat uri bawah untuk kandungan seterusnya. kalau patient yang pernah csect pun boleh ada risiko uri bawah.



macam mana nak bagi uri naik atas balik?
aku rasa soalan ni macam sedikit kelakar (sorry!), tapi ada yang tanya macam tu. jawapannya takde cara. semua ikut physiology. senang cakap, nasib-nasib lah. tapi selalunya kalau uri bawah yang tahap major (placenta previa type 11 posterior, type III dan type IV), chances untuk naik tu macam tipis lah. selalunya memang akan end up dengan csect.



macam mana? okey tak. boleh lah kut nak faham sikit-sikit pasal uri bawah. yang penting, kena ikut advise dokter. selalu kalau uri bawah kita advise patient untuk JANGAN BERSAMA SUAMI/have sex sampai lah bila dah scan balik dan confirm uri sudah naik. kalau berlaku pendarahan/sakit kontraksi kena cepat-cepat pergi hospital. jangan ambik mudah. sebab aku ada je patient yang berdarah gila-gila sampai collapse, dan kena buang rahim semua. takut kan?



okey lah. panjang sangat dah pulak. kang ada pulak yang collapse sebab pening baca. hehehhe. anything you want to know more, do not hesitate to ask me okeh.



tata :)



(tadi ayah kata, "along dah kurus sikit lah, buat apa?". suka!suka!HAHA)




8 comments:

  1. ee.. ada termasuk nama aku sekali?? hehe.. try la masak.. ko raya dpat cuti tak? lama cuti?

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Hye Kak Faryn ;)
    Thanks cuz persoalan kT da terjawab..hihi..

    almaklumlah, ank pertama..hope uri kT akan naik mse scan 28 minggu nnti..insyaallah..

    Thanks a lot for ur info kak ^_^

    ReplyDelete
  3. saya kena c-sect psl pp ni la..
    kena bedrest kat ward 3 weeks, uri naik x smpi 1 cm pn..
    hehe..
    tp, alhamdulillah semua selamat

    ReplyDelete
  4. salam dokter.. nak tanye, kalau AFI 10.8 tu kire normal x? saye dh 38 weeks dh.. lbh jadi kurang lagi ke kalau masuk 39 weeks nanti?

    ReplyDelete
  5. sue,
    itulah kang nak try. hehehhe.

    ReplyDelete
  6. hai @re_long,
    you are welcome dear :>

    ReplyDelete
  7. Ahai ANIEMZ,
    okey lah tu. selalu kalau dah term (more than 38wks), AFI more than 7 kira accetable. dont worry kay

    ReplyDelete
  8. hai noor,
    mungkin awak punya PP tu tahap major. hehehhe.

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...