passer by since 1st feb 2010

Tuesday, August 17, 2010

you are the only exception.

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi)




assalamualaikum, hai semua :)



wah, long time no see. serius, aku busy dan keletihan. okeh, alasan. truth is, aku macam kehilangan mood untuk ber-belogging dalam dua-tiga hari yang lepas. entah apehal. but i am back now. kawan-kawan sekelian alam, mari berpelukan beramai-ramai. dokter farhana is back. hehehhehe :)



seriously, aku punya life memang sedikit hectic for the past few days. dengan oncall yang berback-to-back, being put in charged of the gynae ward and everything. and on top of that, all of a sudden, aku ni jadi "the chosen one" pulak yang terpaksa diletakkan back-to-back oncall sebab tak cukup dokter. boleh tak? dalam banyak-banyak dokter yang wujud dekat dalam department ni, boleh pulak dia letak aku. haihs. tapi kira okey jugak sebab aku TINGGAL SATU SAHAJA ONCALL lagi for this month. and it is not even half of the month yet. part yang ini memang aku suka. HAHAHHHHAAH. *gelak saiko*



dan aku jugak keletihan travel berulang-alik dari melaka ke kluang, kluang ke melaka sebab teraksa courier-kan cik puan mem besar yang cerdik tu bila aku dengan syg oncall on the same day. boleh tak korang bayangkan keletihan aku?



mungkin aku patut ambik maid.



but not now. not yet. nanti maid aku jadik mem besar mengalahkan bby aina pulak sebab terlampau jobless. *dengki* hehehhe.



anyway, cik puan mem besar dekat kluang sekarang. aku dah kerinduan tahap meroyan dah ni. padahal baru je sabtu lepas courier-kan ke sana. rindunya. tadi dah ternangis sebab syg usik-usik aku ajuk bby aina main panjat-panjat badan siap dengan ekspresi muka sekali. mula-mula aku mengekeh-ngekeh gelak, tiba-tiba termenangis sebab rindu gila dekat cik puan. sungguh saiko kan aku. huhu. tapi aku sure korang pun dua kali lima sama dengan sepuluh je dengan aku. well, mum is always a mum. plus, aku ni memang EXTRA 'mentel', 'kememe', 'cengeng' dan yang seangkatan dengan-nya. hehehhe.



mungkin esok kitorang akan travel balik ke kluang balik untuk jemput cik puan. tak boleh tahan lah hati yang parah kerinduan ni. syg pun dah asyik sebut-sebut je. syg rasa sedikit weird bila takde cik puan datang hanging around dekat sebelah bila dia sibuk main game. (padahal selama ni tak bagi kacau dia main game) hehehe :P



tengoklah macam mana.



ohh, aku ada satu cerita. aku baru dapat tahu pagi tadi ada satu kes. patient ni mengandung anak yang pertama, datang dengan contraction pain. sampai dekat kamar bersalin nampak jantung baby tak cantik. bila pecahkan air ketuban, tengok-tengok baby dah berak dekat dalam perut. memang kategori dah berak banyak lah. air ketuban memang dah likat dengan berak baby (thick meconium stained liquor). so patient was immediately pushed to OT for emergency csect. the csect went smoothly, baby was delivered without any difficulty within few minutes after the operation started. but unfortunately, the baby died at birth.



terkejut bila aku dengar berita tu. besarnya lah dugaan yang menimpa patient sekeluarga. aku betul-betul simpati. aku harap patient dan keluarga tabah dan terus kuat. bayangkan sembilan bulan lebih, hati berbunga-bunga tak sabar nak melihat zuriat pertama lahir ke dunia, tiba-tiba di-duga dengan sebegini rupa.



ALLAH itu maha kuasa kan.



aku selalu takut aku tak cukup kuat nak menghadapi ujian-ujian yang sehebat tu. tapi siapa lah kita nak mempersoalkan qada' dan qadar.



tapi aku percaya, setiap yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya.
insya ALLAH.



al-fatihah.




(dah beli baju kurung raya!btw, tajuk takde kena mengena. tadi baru terdengar lagu tu kat mtv. hehe)






3 comments:

  1. le faham ko rasa,bila tersangaattt rindukan aina.hehe..sabo k?drive ke kluang tu leklok..

    btw,sedihnya..mmg besar org yang hadapi ujian sebegitu.kalu gugur awal,lain gak rasanyakan.mgkn ada hikmah tu.pasti ada rezki yang lebih baik allah da tentukan tuk die.chewah..bertazkirah aku ramadan2 ni.keke

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Hye kak..kak, nk tnye..sy baru mengandung untk ank pertama..

    baru msuk 3 bln..tp baru cek td, uri sy kebawah..nape leh blaku mcm tu ye?

    ReplyDelete
  3. belasungkawa untuk keluarga ibu itu

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...