passer by since 1st feb 2010

Saturday, September 25, 2010

aku tengah mood hyperactive. hear me out? :)



"Believe that life is worth living and your belief will help create the fact."
- William James




assalamualaikum, hai semua :)




cepat, cepat, cepat. CEPAT teruskan menaip sebelum mood nak ber-belogging lesap dengan sekelip mata. itu adalah ayat penyuntik semangat untuk aku meneruskan perjuangan ber-belogging. err, whatever. hehehhe.



sila lah fahami yang aku memang super busy masa raya dan selepas raya tempoh hari. punya lah kononnya sangat busy masa tu, sampaikan aku ghaib daripada dunia ber-belogging agak berkurun lamanya. mesti ada yang ingat dokter faryn dah tersampuk dengan penyakit "hangat-hangat tai* ayam, orang lain ber-belogging, dia pun nak ber-belogging. sudahnya tak ke mana". ewahhh, panjangnya nama syndrome aku ni. okey, berhenti mengarut sekarang. HAHAHA.



yang penting, kesimpulannya AKU MEMANG BUSY dan letih. sekaligus mood nak ber-belogging secara bersemangat hilang entah ke mana.



anyway, I AM BACK now.
happy? :)



okey, meh aku cerita apekehaljadah yang aku sibuk sangat tu.



aku dapat cuti raya memang LAMA GILA hari tu. semua orang jeles dengan aku. hehehhe. dan aku memang sangat ber-terima kasih yang teramat dengan geng-geng MO aku yang takde sorang pun duk mengungkit aku cuti lama. aku cuti lama pun kan ber-reason. dah adik ipar aku nak kahwin one week after raya, takkan lah aku nak suruh dorang kensel pulak sebab aku tak dapat cuti. ohh, mengarut. takkan aku redha takyah pergi pulak. ohh tidak, tidak. hehehhe ;)



kitorang akhirnya balik beraya ke kepong dulu. dalam pada adik-adik aku dengan sepupu-sepapat aku duk menghasut aku balik ke kluang dulu, aku yang merupakan isteri mithali ni telah beralah dengan syg untuk ikut balik ke kepong dulu. baik kan aku. tapi dah sound syg awal-awal yang next 2years kena balik beraya kluang dulu. evil, evil. HAHAHHAH. takde lah, aku tidak sekejam itu okeh. raya tahun lain, bincang masa lain. hehe.



so imbasan-imbasan di hari raya. orang dah berzaman cerita pasal raya, aku baru terkial-kial nak upload gambar dekat belog. kui, kui, kui.





























bezakan lah sendiri ek yang mana dekat kepong, yang mana dekat kluang. heheh. tapi beraya dekat dua-dua tempat pun best. sebab ramai berkumpul.(notis baju kami sekeluarga tetap maintain kaler biru. cik puan je yang hijau pulak tetiba. semua sebab last minit beli. hahha.) raya pertama sampai raya ke tiga dekat kepong. raya ke empat sampai raya ke tujuh kitorg dekat kluang. then pagi-pagi 17hb tu dah bergegas balik ke kepong sebab malam tu ada majlis nikah nisa, adik syg.



ingat tak yang aku mengada serba-salah nak pakai baju tunang aku untuk memenuhi tema kaler kuning masa malam nikah nisa-fahd tu?



akhirnya aku pakai jugak baju tu. hehehhe *gelak berangan*



the lovely couple, fahd & nisa :)


masa ni cik puan baru-baru nak memantap-kan kekudanya. at 8 and half months? cayalah anak mama! :D


cik puan dengan "a-shu", adik bongsu syg.





pengantin baru dan pengantin yang sudah suam-suam kuku. eheks.



bersama biras-biras yang vogue belaka. dapat biras lelaki pulak. tu yang muka excited terlebih. :)






majlis nikah yang sangat happening sebab for the first time in history (eh yeke?), anak beranak Datuk Idris Jauzi lengkap untuk majlis kahwin. dulu masa majlis ayie dengan kak iza, nisa takde sebab tengah study dekat mesir. aku (walaupun belum tunang/kahwin dgn syg) ada, sebab aku dijemput datang ke wedding tu. kui, kui, kui. seronok sangat bila tengok adik-beradik syg yang sebelas orang ni berkumpul :)



*tiba-tiba berangan nak anak sebelas orang jugak*



HAHAHA.



errrr, sorilah kali ni memang berlambak gila gambar. itu baru malam nikah, belum lagik aku lambak-kan gambar masa majlis sanding dengan majlis dekat Kelab Golf Shah Alam. erk, boleh pitam agaknya. hehehhe.



so untuk tidak mendatangkan marah, gambar seterusnya aku letak sikit-sikit je lah ek.



macam kembar kan? err, yang cik puan kenit dua orang tu ye. haha.





anuar ibrahim pun datang tau. bestfriend ayah syg ;)






beg yang syg sandang tu adalah beg "hasil pendapatan" hari itu ye. bukan beg untuk nampak stylish ke apa ehh. HAHA.



the next day, on the 18th night majlis belah fahd pulak dekat shah alam.























dengan manbai yang menyanyi malam tu. suprise daripada kakak fahd, farah deeba. ye, farah pengacara tu. so sweet :)















alamak, aku ter-syiok sendiri. lagi banyak pulak gambar yang aku letak. hahahhaha. layan kan je lah ek. kalau aku buat jadik part I dengan part II ke, alamatnya part II tu nanti entah zaman bila nak update balik nanti. jadi lebih afdal lah aku lambak-kan sekali. plis bear with me. alah, kata rindu nak tengok muka dokter faryn kan. hahha. *DUSH perasan*



anyway, kesimpulan-nya raya kali ni memang raya yang paling SANGAT BEST. walaupun aku mengada cakap aku penat letih dan sebagainya, tapi on top of that, i feel truly blessed. syukur alhamdulillah Ya ALLAH, aku dikurniakan keluarga dan keluarga mertua yang sebegini rupa.



okeh, cukup lah tu. nanti aku update berjela-jela pasal cik puan yang cerdik yang makin membesar bagai johan ni pulak. wahh, wahhh, wahhh nampaknya mood ber-belogging dokter faryn sudah kembali.



yes everybody. I'M BACK!!



:)



(sekarang masa untuk meng-qada' menjelajah belog kawan-kawan sekelian alam. rindunya nak baca cerita korang. tunggu komen dari saya ye!)



20 comments:

  1. "hangat-hangat tai* ayam, orang lain ber-belogging, dia pun nak ber-belogging. sudahnya tak ke mana"

    terasa berpenyakit la pulak. HAHA.

    ReplyDelete
  2. seronoknyer suya tgk dr faryn. n for most. lagi seronok since u back for good.. blogging and updating again :)

    ReplyDelete
  3. ohhh..kawen ngan adik farah deeba pengacara tv9 tu ek..=)

    nway, ceria jek gmbar aina..comel!!!n betulla, die n qaireen mcm kembar..gmbar first tu pon mula2 aku dh nak tersalah org dah..haha..

    aina msti cepat jalan nanti..sbb 8 bulan dh kuat berdiri sndiri..cam Zara dulu..=p

    ReplyDelete
  4. muahahhahahahah :D

    finally! terbersin kejap aku bukak blog ni tadi.ekekee.

    btw raya eko mmg TERBAEK lah.nampak aku tsaja hurupbesokan ni.sbb bukan takat raya tapi siap ade wedding besh gile.pastu family happening habes tuu..

    aina pulak ya rabbi cantiknyaa skrg! seb baek anak aku gal kalo tak dah suruh ngorat dahh.hahaa.pandai wat molot donald duck cam qies pulak tuu.eeee.gewam.

    eh pjg pulak komen,cam entry blog sendri plak.
    ok bai.

    ReplyDelete
  5. Pengantin kaler pink sangat sweet...lawa...korang semua memang nampak happy...aina pon tergelak besar...dah pandai pasang kekuda ye...hebat.

    ReplyDelete
  6. drfaryn

    lamanya x baca blog DR..sbb mmg lama giler DR x update..comelnya si cik puan kecik itu!!

    ReplyDelete
  7. lama betul menghilangkan diri :-) sweet nya aina, dah besar ye, baby girl cepat je jln kan..

    ReplyDelete
  8. hai purlish.pink,
    jaga-jaga tau. penyakit ni memang senang berjangkit. lambat pulak tu nak baik. hahahhah.

    ReplyDelete
  9. hai mesuya,
    glad to be back also! :D

    ReplyDelete
  10. lily,
    itulah, hopefully by 10months dah boleh berjalan. tak sabarnya. hehehhe.

    ReplyDelete
  11. yat,
    rilek yattt.. nanti aku updet lagik pasal cik puan bby aina. heheheh. tunggu!!

    ReplyDelete
  12. mama azra,
    aina sekarang dah terer berdiri dah. cepat betul masa berlalu kan...

    ReplyDelete
  13. hai littlehumblelyn,
    nanti kita updet lagi orait! :D

    ReplyDelete
  14. sue,
    dengar-dengar org ua kata kalau lambat tumbuh gigi cepat jalan. emm entah betul ke tak. heheh

    ReplyDelete
  15. aku taleh relax arrr sbb belog ko berantu aku gian nak baca selalu :P

    siyes ni bukan bodek, tapi qies nak duhet raya je.huwawawawawa wakakaka.

    ah siyes qies mmg cpt jalan tapi gigi lambat.okla tu kan :)

    ReplyDelete
  16. hii faryb..lama menghilang..nmpk u dah kurus byk...

    ReplyDelete
  17. wahhh..da meriahnya gambo raya..big happy family...hehe.
    aina pun makin comel da makin besar ni ye..tak nyempat2 lagi jumpa ko eh,faryn..tah bila la ye..
    =)

    ReplyDelete
  18. yatt,
    hehehhe ko anggap je lah bakal duit raya dari ko untuk cik puan bby aina sebagai duit raya dari aku untuk qies okey. HAHHA.

    ReplyDelete
  19. hai lindaaaa!!
    long time no see also :)
    THANKSSSSS. finally ada jugak orang yang komen i dah kurus (sikit). hehehhe. tq!tq! muahhss*

    ReplyDelete
  20. ashra,
    lepas ni kalau datang melaka lagi, ko roger-roger okeh. nak bersalin kat hospital melaka pun dialu-alukan. kamar bersalin kitorg mantap. hehehhe ;)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...