passer by since 1st feb 2010

Sunday, September 5, 2010

minah terlampau tahun 2010, boleh?





"If you can find a path with no obstacles, it probably doesn't lead anywhere."
- Frank A. Clark



assalamualaikum, hai semua :)




sebelum terlupa, happy 1 year old to Erissa Qiestina, si comel bby girl kepada puan yatt. semoga membesar menjadi anak yg solehah dan diberkati ALLAH selalu ye :)



wow, lama GILA aku telah meng-ghaib-kan diri dari alam belog. ni pun sebenarnya takde input yang nak diceritakan. tapi tadi tiba-tiba macam TER-rindu nak menjengah ke belog. itu belum campur dengan rindu nak menjelajah ke belog-belog kawan-kawan sekelian alam lagik. tapi at the moment susah sikit nak buat aktiviti menjelajah sebab cik puan mem besar yang cerdik ni tengah asyik duk memanjat-manjat mama dia ni. mentang-mentang lah badan mama dia ni berketak-ketak dengan lemak muscle. cait, perasan! hahahha. bukan main aktif lagi cik puan ni sekarang Ya ALLAH. boleh kurus mama kalau asyik kerja nak mengejar dia je. tak padan dengan cinonet. hehe.



anyway, gambar yang syiok-syiok memang lah aku tak dapat nak tayang. satu, sebab DSLR dah tertinggal dekat kepong (hampehh kan aku). lepas tu, camera biasa ayah dah ambik bawak pergi umrah. ada lagik satu camera sony dalam simpanan aku. tapi serius, aku tak ingat dekat mana aku letak. nanti lah carik. kalau tak, berpuasalah kami daripada bergambar sakan sampai lah ke hari raya nanti. padan dengan muka aku. HAHAHA.



ehh lupa! masih ada hTc.



err, tapi tak syiok lah. gambar setakat 5megapixels je. apa kes? huhu.



tapi takpe, sebab aku tau korang rindu dekat cik puan, mari lah bersama-sama menghayati video ini.







aku suka sangat sakat cik puan main tepuk-geram ni. nanti bersungguh-sungguh cik puan nak meng-ekspresi-kan yang part geram tu. aku pun naik geram tengok. hehehhhe. bak kata ma, "sebijik macam along masa kecik-kecik dulu!" yang part geram tu lah. ma ckp aku dulu lagik hebat bila part meng-ekspresi-kan geram. sampai berselirat, bertegang urat leher segala. okeh, aku hanya menokok tambah di situ. sila jangan terpedaya. HAHHHAHA.




hari ni dalam banyak-banyak hari, aku dan syg off together-gether. suka sangat! sebab petang ni nak berjalan-jalan. misi mencari baju raya dah selesai, sekarang misi nak mencari baju untuk wedding dinner nisa&fahd pulak. (read: nisa ialah adik syg). tadi aku dah berjaya selesaikan masalah baju nak pakai masa malam nikah. dorang plan nak pakai kuning@cream@gold@brown.



so aku pun mengorek-ngorek di dalam almari.
terjumpa lah baju kurung moden lace kuning yang aku pakai masa tunang tahun 2008 dulu. aku pun tanpa segan silu terus cuba-cuba pakai balik. ada hati tu.



korang rasa aku muat lagi tak?
.
.
.




suprisingly, it still fits!!!



first of all, kalau tak muat takkan lah ak nak cerita dekat sini. kuang, kuang, kuang. okey, aku faham sangatlah kalau ada yang teka aku dah tak muat tu. aku pun terkejut aku muat. kira just nice la. dengan aku yang sudah ber"punggung" lepas beranak satu ni. ke dulu aku pakai longgar? YE KUT. entah, tak ingat. HAHAHAHA.



jom tengok balik.






ye kut longgar. tadi aku pakai macam sudah sedikit shaping. heheh. emmmm kurus nya lah aku di zaman itu. zaman masih ber-dagu runcing. nampak begitu suci sekali. erk, apsal tiba-tiba ayat aku berbaur luc*h. HAHA.



tapi tak macam minah terlampau/over/berangan/perasan ke kalau aku pakai baju ni ekk. baju tu memang cantik. dan syg memang ada baju melayu kuning yang match. actually tu sebabnya aku rasa macam nak recycle je balik baju ni. beras-beras biras-biras aku cakap boleh je. in fact, kak iza kata dia pun akan recycle baju hantaran dia. almaklumlah, kami kan 'pengantin baru'. heeheh.



tapi, tapi, tapi korang rasa macam mana?



kawan-kawan sekelian alam yang disayangi, sila lah bagi pendapat ye. kalau perlu, kamu-kamu zoom lah gambar baju tu untuk tengok dengan lebih detail. hehe.



kerjasama dari pihak kamu, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. :)



(kain lace kuning tu actually hadiah dari syg masa majlis merisik dulu. wahhh, masih angau bila teringat. *blush* )





7 comments:

  1. cantik! aku setuju gak..le imbau saat2 manis gtu..
    lagipun,simpan je wape kan..nak tggu aina pakai..mau 20 thn lg..hehe.

    ReplyDelete
  2. eh cantik la tu...can imagine u yg dah 'berpunggung' dan dah 'berlurah' sikit kot.. :P

    sayang la simpan...masa body tengah fit2 lagi ni pulun pakai la..nanti kalau dah xl tak bleh dah..

    ReplyDelete
  3. a ah dr faryn..chanteq lagi tu..dah supim raya pun manyak kan..so better recycle.. lagi pun..lau xmajlis meriah gitu..xde nyer nak pakai balik baju2 meriah chantik cam tu kan..amik jek peluang ni =)

    ReplyDelete
  4. cantik je.. pakai le selagi muat. klu tak skrg, bila lagi ko nak pakai.. kang dah beranak lagi, takut tak muat pulok.. hehe

    ReplyDelete
  5. weh aku pun setuju memang cantik plus lh jimat fulus kan. tapi tgk gak baju pengantinnya cemana. sat g takut tok imam salah org plak..hihihihi :)

    ReplyDelete
  6. eeeeeeeeee nama qies disebut2 laaah :D

    ma aceh antie farynn for da wish.qies likey!
    dah becau anak dara haku kann..tsskk.

    weeeyai syomelnya ainaa punye video tuuu..pandai buat muke geraaam.hahha kena sakat ngan mama je..kuikukui.aku pon suke sakat qies.
    alaaa rindunyeee!

    okla baju tuu,tantekk :)

    ReplyDelete
  7. yup..aku rase pon sesuai jek ko pakai..tantek baju tuh..nak komen psl aina, lom tgk lagi vid tu..tp kompem akan menggeramkan aku!!ehehehe

    p/s: cantik nye pelamin tunang ko..=p

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...