passer by since 1st feb 2010

Thursday, October 21, 2010

20102010, nice :)





"Being powerful is like being a lady. If you have to tell people you are, you aren't."
- Margaret Thatcher



assalamualaikum, hai semua :)



saya sedang berwangi-wangian menunggu kepulangan syg yang tercinta. cik puan nur aina hana yang semakin cerdik dah selamat dipaksatidurkan. eheks. kami ada plan besar ini malam. cik puan tidak terlibat. ewahh, bunyi macam sungguh suspen. HAHA. sudah, jangan difikirkan. cukup, cukup. cukup lah kontroversi yang melanda gara-gara status di fb. hehehhhe.


syg pergi join member-member dia main futsal. macam sudah agak berkurun jugak syg tak meng-futsal-kan diri. itu yang duk asyik potpetpotpet cakap dia dah tak fit macam dulu. rasa lembik lah. perut gelebeh lah. muscle dah kecut lah. syg kalau bab-bab kesihatan tubuh badan ni memang dia extra conscious. itu yang aku akan jadik sangat depress bila gemok. haihs. takpe, mari menyelimkan badan sedikit demi sedikit. huhu.


anyway, melaka cuti hari ni. tahu?
alah, cuti sebab melaka maju what-so-ever. aku bukan orang jati melaka, so aku memang a bit statetist sikit. wahh, wujud ke perkataan tu? HAHA. tapi wth, as long as aku pun dapat cuti, aku sudah sangat-sangat gembira. hehehhe. dasyat sungguh perangai. dah nama pun cuti, memang syiok lah aku bangun lambat pagi tadi. terjaga pun sebab cik puan dah panjat-panjat badan aku. kalau tak, mau nya sampai ke tengah hari. syg oncall semalam, so dia sampai rumah dalam pukul 9 macam tu. sempat lah jugak aku mengemas rumah bagi nampak suci sikit :)


tadi kitorg berjalan-jalan dekat mahkota parade. cuci-cuci mata je. dah kerajaan bagi setakat rm500 untuk bantuan khas, so takda maknanya lah kitorang nak berronggeng. huhu.


ehhh, lama korang tak tengok cik puan kan?
semalam bersamaan dengan 20hb 10, tahun 2010, cik puan sudah 10 bulan tau :)
*wahh, berapa banyak sepuluh daa??*


dah boleh melangkah sejak 9bulan setengah, maksimum lima langkah.
dah pandai marah bila tak suka.
dah pandai sebut ayyyaaahhh secara tak sengaja.
dah semakin kuat membebel.
dah semakin aktif.
dah boleh tidur malam straight sampai subuh baru bangun.
dah pandai baling-baling barang.
dah semakin mantap dalam bab-bab mengutip dengan jari jemari.
dah boleh babai-babai.
dah faham bila mama kata JANGAN or TAK BOLEH.


aduh, apa lagi ek. macam-macam lah. seronok kan bila dapat tengok anak sendiri membesar. dulu kecik je. sekarang dah besar gebu. cepat nya lah masa berlalu kan.












last, but not least, meh tengok aksi dua orang kesayangan hamba ni :)



video





comel kan mereka? :)



okeh, nanti gosip lagi kay. nite!



(esok oncall. lusa syg pulak oncall.)



11 comments:

  1. cute nye cik puan nur aina hehehe

    ReplyDelete
  2. hai akak.baru je follow blog akak.nice blog! :)
    sguh comel cik puan aina ;)

    ReplyDelete
  3. aina dah lain , mcm muka ko plak.. hehe

    ReplyDelete
  4. Ada sesape dokter kat sini?
    October 22, 2010

    http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/


    Aku nak mintak pandangan pada sesape yang tau pasal masalah aku ni.

    Cenggini....

    Aku tanya dokter uric acid yang increasing tu datangkan masalah pada baby tak?
    Dia jawab YES.

    So aku tanya sekarang ni uric acid reading aku dah 374.
    Dokter kata aku tak sepatutnya melebihi 350.

    So, now aku dah melebihi.
    Tadi dia kata kalau uric acid meningkat akan mudaratkan baby.
    So apesal dia taknak do sumthing?

    Balik-balik jawapan dia 'Nak monitor you'.
    Aku tak tau apabenda yang dia nak monitor.
    Dah jelas dah uric acid tu akan menyebabkan baby dalam keadaan bahaya, tapi lagiiiiiiiiii kau nak simpan dalam perut aku.

    Well, memang la, selagi boleh, baby tu nak dikekalkan dalam perut ibu.
    Tapi, kalau dalam perut ibu pun tak selamat, apa motif kau nak simpan? Baik kau letakkan je dalam ventilator.

    Bila aku tanya apa yang perlu I buat untuk reducekan uric acid and albumin dalam urine?
    Dia jawab nuthing. Sebab semuanya disebabkan uri.
    Uri keluarkan some sort of racun yang menyebakan aku dapat HPT.
    Disebabkan HPT tu la maka urine aku ada albumin.

    Ok, fine.
    Takat situ aku paham.
    Yang aku tak pahamnya, kau dah tau uri adelah penyebabnya, maka lojik akal adelahhhhhh.....kalau uri tu dikeluarkan, semua masalah ni akan hilang kan?
    Soooooooooooooo, keluarkan lah baby niiiiiiiii.

    Hari tu kata nak tunggu baby at least 1.2kg.
    Now baby dah cecah 1.2kg, dia kata selagi mak boleh bertahan, dia nak simpan baby dalam perut. Tunggu sampai 1.5kg pulak.
    Ok..ok...ok.

    Mak memang setakat ni boleh bertahan.
    Tapi kalau keadaan mak dah boleh memudaratkan baby, kau nak tunggu sampai baby lemas baru nak keluarkan????

    Sometimes aku tak paham apa masalah dorang ni.
    Sepatutnya kalau pesakit tanya soklan tu, bagitau biar jelas la.
    Nak pulak dapat pesakit yang bengap macam aku ni kan.
    Aku memang payah sikit la nak terima jawapan like 'Kita nak monitor'.

    Nak monitor apa???

    Sampai bila nak monitor??

    What's your plan now?

    Semua takde jawapan yang memuaskan hati aku.

    Paling hebat pun jawapan dia 'Kita kena tanya pakar'.

    Well, kalau hanya pakar yang boleh decision, sila bawak pakar tu tengok aku.
    Kalau kau takleh buat decision, tolong jangan menyemak kat katil aku tetiap pagi.

    Hangin gila dah aku ni.
    Esok genap 2 minggu aku melepak kat sini but all they did hanya monitor kencing aku hari-hari when they know kencing aku tu takkan clear sebab aku ada HPT.
    And in my case HPT tu hanya datang masa pregnant.
    Once baby dah keluar HPT hilang.
    So..???????????????????????


    Aku takut apa-apa jadik kat baby aku..

    http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/


    can dr faryn kindly help that blogger. i give you the blogger url for you, if you want to help her. TQ

    ReplyDelete
  5. http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/2010/10/ada-sesape-dokter-kat-sini.html#comments

    Dr faryn, i think this mommy needs ur help. maybe second opinion..saja membantu sbg kawan alam maya.. tQ

    ReplyDelete
  6. opsss..mommy bermasalah kat atas tu aku rase ialah wife kawah kerja aku..tp die tk kenal aku..silent reader jek..aku pon kenal ngan laki die jek..aku pon hrp ko leh bg 2nd opinion kat sis tuh..=)

    nway, for aina..Happy 10 mth dear!! congrats dh pndai jalan..suke sgt tgk budak kecit2 lom umur setahun dh pndai jln..sungguh comel aksi mereka kan..

    one more..nmpaknye mama aina sudah semakin kurusssss..jeles beb..=p

    ReplyDelete
  7. hai eja, hai fatin,
    salam kenal :) thanks! tapi cik puan dah kurus sikit sekarang sebab aktif bukan main. hehehe.

    ReplyDelete
  8. sue,
    whoaaaa! betul ke ikut muka aku??? bestnya. hehhe *suka*suka*
    ke ko saje je nak ambik hati aku ni. :Pp tapi serius, muka hubby aku masa kecik sejibik muka cik puan. huhu.

    ReplyDelete
  9. hai mesuya,
    dah pergi melawat dah blogger tu :)

    ReplyDelete
  10. lily,
    wah what a small world. itu lah, aku nak bagi sepatah dua kata dekat belog dia. hopefully can be helpful lah. aku pun bukan lah hebat sangat pun. hhehhe.

    mama aina dah kurus ekk??? YEYYEYYYYYY! kuikui. tapi sejak dua menjak ni dah start makan byk balik. tensen, tensen. huhu.

    ReplyDelete
  11. tenkiu dr for giving opinion at that blog. i m just the silent reader at this blog and that blog too. keep continue writing okay, i love to read all your entry

    the Anonymous that paste that lady entry

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...