passer by since 1st feb 2010

Sunday, October 31, 2010

alamak! mama oncall, ayah oncall, cik puan nur aina?

"The one thing we can never get enough of is love. And the one thing we never give enough is love."
- Henry Miller



assalamualaikum, hai semua :)



cemburu dekat kamu, kamu, kamu semua sebab weekend kamu, kamu mesti best. aku oncall hari ni. syg pun oncall. cik puan? cik puan nur aina hana kami sudah hantar ke kelas tusyen tambahan. hehehhe.



tak lah, kali ni cik puan yang semakin cerdik pandai tu kami tak courier-kan ke kluang. satu, sebab nya, bibik nenek kluang sudah balik indon. sebab permit tak boleh renew. haihs. saat-saat kritikal macam ni lah pulak permit buat hal ek. dua, bila fikir nak berulang-alik ke kluang pada hari sebelum oncall tu memang lah sungguh meletihkan.



dan tidak, cik puan tidak dihantar ke kepong. tidak jugak ke sekolah/babysitter. jadi di manakah cik puan????



JENG,JENG,JENG...



cik puan sedang berbahagia dengan auntie marziah dengan uncle faizal!! :)


faizal tu cousin aku belah ayah. memang one of the cousin yang paling rapat dalam family ayah. kecik-kecik dulu memang bertepuk-tampar je lah dengan faizal ni. sampai dia dah kahwin pun kitorang still close. sampai dengan wife dia, kak marziah yang happening tu pun galak berhuha-huha dengan kitorang. HEHE. kebetulan, mereka free hari ni. so, tanpa berfikir panjang, kitorang pinjam-kan lah cik puan nur aina hana yang sudah bergigi sebatang dekat dia orang :)



*kak marziah dgn faizal belum ada rezeki cahaya mata lagi. saya akan investigate akak ye, jgn risau. saya doakan selalu*



satu pasal kak marziah ni, dia memang power/kreatif bab-bab photography ni. yelah, dah kata pun sekarang dah tukar profession jadik full time photographer. hah, dah alang-alang sebut pasal kak marziah, cuba korang usha dekat sini, marziahashim.wordpress.com. senang sikit. sangat cantik kan? jadi, kawan-kawan sekelian alam, sila jangan malu-malu carik dia bila ada kenduri kendara sebagai-nya ek. sekarang dia base dekat melaka. yang dekat-dekat tu, apa lagi sila terjah sekarang ;)



kepada yang ada meng/ter usya facebook saya, mesti dah nampak sikit hasil kerjatangan kak marziah/faizal yang bersungguh-sungguh nak tembak cik puan nur aina yang melasak masa kitorang melawat rumah dorang hari tu :)



let's see some of the pics.























dan di bawah ini adalah family photo yang paling saya suka sebab,




sebab saya nampak sedikit kuRRRrusss! HAHAHA.
ala, tak eh? ;)





dengan kak marziah dan faizal. terima kasih sangat-sangat sebab baby-sit kan cik puan. cik puan pun kedengaran nya macam sangat happy dengan korang :)



okey, time to go. aku sebenarnya ada BANYAK GILA benda nak cerita dekat kawan-kawan sekelian alam. ingat tak yang dalam last entry aku cakap sepanjang aku in charge labour room tenang je, rupanya tidak ye. hari khamis hari tu, memang sungguh menguji aku. nak tercabut jantung aku wehhh.



but not now. nanti aku cerita ok. tunggu!



doakan oncall kali ni aman damai tau :)



(syg kejap-kejap call nak tau perkembangan cik puan dekat kelas tusyen. she's doing great syg! do not worry. hehe)





5 comments:

  1. hugs and kisses to little aina..comelll!!

    adorable sgt..hehe

    ReplyDelete
  2. ala, comelnya dia.. dah pandai jln laju belum?? aina dah tak hantar umah pengasuh ke??

    ReplyDelete
  3. so cute,cik puan ye.. =)

    suka gak la gambo korang 3 orang..sbbnya?nmpknya tak samala reason kita.sbbnyaaa.... warna merah sedondon..hehehe...

    ReplyDelete
  4. Haha..musti bertmbah comel si Aina sengih nanti ngan gigi sebatangnye..=p

    ReplyDelete
  5. hehe... betul la... u nampak kurus kat gambar tu... ;)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...