passer by since 1st feb 2010

Tuesday, October 26, 2010

ingat senang bersalin bayi pra-matang? lagi kecik, LAGI susah.





"All truth, in the long run, is only common sense clarified."
- Thomas Huxley



assalamualaikum, hai semua :)



okey, aku letih, penat, lelah dan sebagainya, tapi masih ada hati nak ber-belogging. huhuks. actually, it is not that bad. aku je yang exaggerating. HAHA. aku in charge labour room this week, itu yang perangai sedikit mengada-ngada. biasa lah bila jaga kamar bersalin ni, mood memang akan jadi bersimpang-siur sikit :)



so far, setakat yang dua hari aku duk mengawal lalu lintas dekat kamar bersalin ni, takde lagi kes-kes yang hebat-hebat ataupun kes-kes yang boleh buat jantung aku tercabut. nauzubillah, mintak dijauhkan. so far, it was ok. it was busy, though. hari isnin hari tu, labour room dah macam gaya tongkah pecah je aku tengok. SESAKK GILA. tapi memang expected lah. satu, sebab ada klinik antenatal. plus, entah ape hal, ramai pulak yang ditakdirkan nak bersalin hari isnin. suka betul ehh dengan hari isnin ni. hehhe.



oh cuma tadi, ada lah satu kes ni. patient baru 33weeks, kandungan pertama. ada masalah severe pre-eclampsia. maknanya; ada tekanan darah tinggi + ada albumin dalam urine, so memang after dah optimize-kan mother's condition, kami plan untuk csect-kan patient ni tadi. disebabkan baby dia pun dah ter-affected dengan darah tinggi mak-nya, pembesaran baby sudah sedikit terbantut (IUGR) plus, pengaliran darah dekat uri pun dah tak bagus (raised doppler). so memang lagi lah kena csect kan. no choice. no question of aiming for normal delivery here. kita tak nak stress kan lagi baby yang sudah sedia stress dalam kandungan tu.



disebabkan kes ni kes yang high risk, aku tak buat sorang-sorang. pakar aku yang buat csect dia. aku jadik first assistant je. tolong-tolong apa yang patut. yelah, dah baby yang bakal lahir pun punya lah cinonet je, better specialist yang handle. taknak lah aku memandai-mandai walaupun aku confident boleh buat kes ni. bukan nya aku tak pernah deliver baby yang ala-ala kecik macam tu. tapi still, lebih selamat bila specialist berada di persekitaran.



nak dijadikan cerita, memang eventful kau csect dia. baby kan kecik je, boleh pulak masa pakar aku nak deliver-kan baby tu, baby tu berpusing dekat dalam perut. dah huru-hara satu OT baby sangkut. tapi of course, pakar aku rilek je. nama pun pakar kan. slowly and gentle je dia attempt untuk keluarkan baby. semua orang dah suspen je. kau bayangkan, elok-elok nak tangkap kepala, sebelah tangan baby terkeluar. kepala dah terlepas berpusing ke atas. lepas tu, bila nak deliver-kan by breech extraction, kaki baby entah ke mana. bila dah dapat grab satu kaki, satu kaki lagi tak dapat nak kesan. baby memang dah totally impacted inside the uterus sebab membrane dah ruptured (air ketuban dah dipecahkan). orang-orang sekeliling dah kumat kamit baca segala ayat mintak dipermudahkan.



hahh, boleh imagine?



okey takpe. yang penting, daripada bait-bait ayat aku korang tahu lah betapa kecut nya hati perut jantung aku masa tu. memang suasana havoc lah. dalam hati aku sempat terfikir, nasib baik lah specialist yang buat kes ni. kalau aku yang buat tadi, mahu nya tak biru birat aku jadik hero dalam tu. hish, seriau, seriau. huhu.



alhamdulillah, finally after berhempas pulas, baby selamat dikeluarkan. masya ALLAH cumel halus je baby nya. tapi subhanallah, punya lah payah nak keluar. itu pun pakar aku terpaksa potong rahim lebih sikit ke atas (T-iversion incision). baru dapat keluarkan. memang dah takde pilihan lain. daripada baby lemas dekat dalam dengan potong rahim lebih sikit, baik lah selamatkan baby kan. rahim tu boleh dijahit semula. itu masalah kecik yang boleh diselesaikan.



tapi, satu jelah yang tak syiok nya.



kalau mengandung lagi lepas ni, patient tu MEMANG KENA REPEAT CSECT. tak boleh bersalin secara normal. sebab bila kita buat T-inversion incision pada rahim tu, risiko rahim pecah tinggi.



takpe lah kan, takde rezeki. tu lah namanya pengorbanan seorang ibu kan. ada hikmahnya.



baby tu? of course lah kena masuk NICU, intubated. kecik je, 1.28kg. baby tu memang tinggi lah risiko segala penyakit yang berkenaan dengan bayi yang pra-matang ni. kita sama-sama doakan yang terbaik untuk mereka okey. insya ALLAH, ameen.



cakap pasal baby ni, teringat dekat cik puan saya :) cik puan dah semakin meligat sekarang ni. ni baru boleh berjalan ni, bila dah boleh berlari nanti, memang konfem kurus lah dokter faryn nanti. mungkin aku patut ambik gambar aku sebelum dan selepas cik puan berlari. best jugak ek. HAHA.







ni cik puan tengah praktis berjalan dengan mama lepas makan. tu yang ada pakai bip lagi tu. sekali lagi, sila abaikan suara latar yang sedikit irritating tu. HAHA.



okey lah, it's time to read something. :)



muahs*



(dah mula nampak bayang satu batang gigi pada cik puan. tajam pulak tu. yey!)





10 comments:

  1. huhu..dpt bygkan suasana cemas mase tuh..harap bby tu ok n membesar ngan sihat nanti..=)

    ReplyDelete
  2. weeeeeeeeeeeyai ngeri siot haku baca..siap kumat sama lah ayat kursi :P

    haih syukur baby n mama selamat kan :)
    hope baby tu membesar macam baby lain.insya allah.

    btw aina comel bangat dah berjalan kedek-kedek.eee cheeky rase nak geget.jap lagi harus ko kurus snn penat weh kejar anak ni!

    ReplyDelete
  3. huhuh.. takut pegnen lg..
    2 org kwn kt opis ni anak die pra-matang gak, sorang kuo 820g-28wks, sorang 1.19kg-29wks..
    tp Alhamdulillah, so far takde masalah lg..
    takut sehhh... btul kate u, lg kecik.. lg payah. need care intention

    ReplyDelete
  4. seriaunya kes tu faryn. kita baca dok ketap2 gigi je ni. hehe.

    ReplyDelete
  5. owh..takutnya...
    alhamdulillah baby dan ibu selamat..

    masa dlm wad tggu nak bersalin last year, i was warded at 35weeks due to pp type3, so, sementara nak bersalin tu bykla dgr kisah2 bersalin ni, ada kakak sebilik dgn I tu, delivered at 27 weeks kot, due to pre-ecslampsia juga rasanya, baby dia 650g je, b4 this pun baby dia semua lahir prem, sblm ni 600g, tp, alhamdulillah yg tu dah besar dan sihat, kakak tu smpi ambil 3 months unpaid leave jaga baby dia kat hospital..

    baby I dah 11 bulan lebih, tp, lom berjalan lg..tp gigi dah ada 8 batang!

    ReplyDelete
  6. faryn...aq nak tnye kalo bersalin c-sect bole pakai iucd x? nk tnye doc kat cni asik lupa, tnye ko lg senang..rasenye no problem kan..(on behalf adik ipar yg tnye..)

    ReplyDelete
  7. huihhh..aku baca pun risaula..semuanya rezki allah kan.kalu boleh,kita nak yang sihat2 je masa ngandung n bersalin ni.

    hehe.sok kalu aina da berlari.lg syiok ko nak ngejar esp kat mall.keke

    ReplyDelete
  8. adusssshhhh.. negrinye baca... mcm kisah kak di green apple le ni...

    ReplyDelete
  9. sgt gerun baca pasal bb tu.. hopefully bb sihat walaupon pra-matang.. Amin

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...