passer by since 1st feb 2010

Wednesday, October 13, 2010

lets find out what's actually happen.

"Think wrongly, if you please, but in all cases think for yourself."
- Doris Lessing



assalamualaikum, hai semua :)



cuba teka aku dekat mana?


aku tengah curi-curi ber-belogging sekejap sementara menunggu ketibaan next patient aku untuk di-csect-kan. eheks. yep, aku in charge maternity OT hari ni, which means, kerja aku adalah mem-belah perut orang untuk mengeluarkan baby je lah hari ni. tak pun mengikat tiub fallopio orang supaya tidak boleh beranak lagi.


erk, bunyi nya macam begitu sadistik kan?
wth. HAHA.


tapi aku sungguh beruntung hari ni sebab aku ada tagger. okeh, tagger maksudnya; aku ada seorang geng MO jugak yang sedikit junior yang akan buat semua csect dan akan di-supervised-kan oleh aku (yang sudah senior sikit).


sekarang bunyi nya dah macam aku ni hebat sangat je kan. hehehhe. takde lah, biasalah tu. pada zaman dahulu kala, aku pun kena macam tu jugak. aku pun dah lalui semua ni. yelah, kalau tak practice buat csect banyak-banyak kali, macam mana nak perfect-kan csect kita kan. and we're talking about dealing with patient's life here. bukan untuk main-main kan.


semalam pun aku in-charge maternity OT. dan sungguh lah eventful csect-csect yang aku buat semalam. bleeding lah. rahim tak mengecut lah. baby keluar tak menangis lah. u tell me. macam-macam. haihs. dugaan betul. tapi alhamdulillah, semua nya end up okey.


nanti lah, ada masa aku cerita panjang-panjang.


anyway, jawapan kepada soalan teka teki aku dalam entri yang sebelum ni,


ialah;


aku tiba-tiba tergerak hati untuk VE patient tu, dan pangkal rahim baru je bukak dalam 4cm macam tu. tapi bila aku assess balik, dinding pintu rahim tu dah menipis. kepala baby pun alahai comel je dah toink-toink dekat situ. dalam hati sanubari aku rasa, boleh ni kalau nak cuba normal tapi aku kena bantu sikit lah.


so bermula lah dialog aku dengan si patient.


"puan, puan nak cuba bersalin normal tak?. kalau nak saya boleh bantu, kasi salin normal. tak payah ambik risiko operate."


semangat gila dah aku ni. suara pun dah sedikit high-pitched. kui,kui,kui.


"emm, ahh. err. taktau lah dokter. boleh ke? err, emm. ahh. emm, ikut dokter lah."


patient macam tak percaya je cakap aku.


"kita cuba bersalin normal lah puan. boleh ni. saya tolong. tapi puan kena kerjasama. kena ikut je arahan saya okeh. saya cakap teran, puan teran. kita kasi salin normal ok. buat apa nak risiko operate. baby kecik je ni"


patient tu setuju. semua orang dah suspen. 4cm ni. boleh ke? staff nurse aku pun muka cuak je.


"ok, puan mula teran sikit-sikit. bila sakit nak mula datang, puan teran sekuat hati ok. saya bantu dari bawah."


aku kalau tengah semangat kau faham-faham je lah. habis berjangkit dengan mereka-mereka di sekeliling. dengan dokter-dokter bius pun bukan main hebat meng-encourage patient untuk meneran. dah macam drama swasta je lah pulak aku tengok. semua dah bertukar menjadik pom-pom girls. hehhe.


sampai naik lenguh-lenguh jari jemari hamba cuba bantu kembangkan pangkal rahim dia. tak sampai 5minit macam tu, akhirnya pangkal rahim dah berjaya dibukak-penuh-kan oleh aku. cramp tangan okeh. dan syukur alhamdulillah, patient ni punya teknik meneran memang mantap nak mamp*s!


tup-tup baby dah keluar. syukur, syukur, syukur. kiut je baby dia. sihat walafiat. :)


tak berhenti-henti patient tu ucap syukur. aku pun sama. alhamdulillah, selamat satu patient daripada di-csect-kan.


tu lah kesudahan nya. so moral of the story, belajarlah meneran daripada patient aku ni okeh. HEHE. tapi serius, dia meneran memang hebat sangat-sangat. kalau bukan sebab dia meneran dengan 'power' tu, tak mungkin boleh berjaya. apa rahsianya? petua? sila ambik number telefon patient ni untuk kelas meneran. HAHHHA.


nampaknya, ramai gak yang dapat jawab dengan betul kan? eleh suka lah tu nak dapat cokelat free :Pp. nanti saya akan umumkan mereka-mereka yang terpilih untuk dapat cokelat okeh. siapa yang bagi jawapan yang paling tepat lah yang akan lagi tinggi chance untuk dapat cokelat ekk :)


dah, dah, jangan over-excited. tahu tak yang cokelat tu boleh menyebabkan obesiti dan sekaligus meng-predispose-kan diri untuk dapat pelbagai macam penyakit kronik?


hah, terus taknak cokelat dah.


*alasan taknak bagi cokelat*


HAHAHHAHA.


okeh kawan-kawan sekelian, time to work!
muahs*







3 comments:

  1. camana meneran yang bagus tu?? ko tlg la story/advice skit.. hehe

    ReplyDelete
  2. hi su, ko pun tgh preggy lg ker tuh nak blaja teran2 tuh? :P

    Faryyn, x kira obes tak obes, cokelat nak jugga (cess cam perasan jer terpilih :P )

    ReplyDelete
  3. tu ar...ko story ar skit...aku nak gak belajar cara meneran yg bagus.
    anyway aku da selamat bersalin..and this one alhamdulliah via normal delivery...

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...