passer by since 1st feb 2010

Wednesday, February 16, 2011

memboyot sebelum nikah...isk!




"For every good reason there is to lie, there is a better reason to tell the truth."
- Bo Bennett



assalamualaikum, hai semua :)



seronoknya bila tengok gambar-gambar masa gathering geng-geng kembar dekat belog puan yatt & puan uda. terus kepingin nak ada anak kembar. ehh, ayah saya ada adik kembar tau. maknanya aku mesti ada saki baki genetik kembar tu. ecehhh, berangan :)



ingat senang ada anak kembar?



tak payah cerita pasal kepayahan nak meng-handle dua orang budak kiut masa dalam pantang. itu sudah semestinya sangat mencabar. masa mengandung pun sudah dua-tiga kali extra sengsara susah. loya-loya and muntah-muntah dua tiga empat kali lebih hebat dari biasa. nak mengendong perut yang sudah of course lebih berat dari biasa. nak kena buat antenatal follow up yang lebih frequent dari biasa. kalau 1st twin songsang, nak kena menanggung risiko kena csect pulak tu. dan yang paling besar dugaan-nya ialah, beranak kembar ni dikategorikan dalam kandungan yang berisiko.



yelah, everything akan di-kuasa-dua-kan. itu belum lagi untuk mereka-mereka yang disahkan mengandung triplet/quadriplet dan 'whatever'plet lagi. lagi berganda-ganda lah risiko dia.



ada orang melompat-lompat kegembiraan bila disahkan mengandung janin lebih dari satu (err, mungkin aku pun tergolong sama). truth is, you should be happy AND cautious at the same time. nampak je macam senang kan? :)



cakap pasal pregnant-pregnant ni aku teringat patient yang kitorang operate tadi. budak ni muda je. baru dua puluh tahun. single lagi. tapi perut dia makkk aihhh, macam dah membuyung 32weeks. tapi dia bukan pregnant. dia ada ketumbuhan pada kilang telur dia (ovarian cyst). cyst dia besarnya bukan main. siap bila specialist aku dah remove cyst tu, automatik perut dia jadik flat, se-flat-flat-nya macam perut seorang model. kalah perut dokter faryn wehh. hehhe.



aku cuba bayangkan stigma yang patient ni hadapi masa dia "bawak" cyst tu. dahlah belum kahwin lagi, perut dah macam orang pregnant 32minggu. rasa-rasa apa yang orang sekeliling akan cakap? kesian kan. tapi aku boleh gerenti orang-orang sekeliling yang bercakap tu akan senyap lepas tengok adik ni sudah slim dan ramping semula. silap-silap ada pulak yang tanya, BILA BERSALIN NYA NI?



hahah.





ini lah hasil pendapatan kami tadi. cyst seberat 8.5kilo. tu nampak je kecik, sebab dah masukkan dalam plastik. berat weh. kalah berat cik puan masa lahir dulu. kalau beranak twin pun belum tentu seberat ni. *kawan-kawan boleh bayangkan betapa besarnya cyst ni bila di-compare-kan dengan tangan aku (yang hitam manis) dekat sebelah tu.




kelakar jugak bila specialist aku cakap yang adik ni ingat dia dah gemuk. sebab tu dia tak datang ke hospital awal-awal. dia ingat sebab dia makan banyak so banyak lemak dan perut pun memboyot. lagipun, dia kata dia pernah gemuk dulu. aduh, adik ni. naive sungguh. tapi entahlah, maybe kalau aku pun, aku akan terfikir benda yang sama. sebab aku ni kan selalu in denial. ehh, tapi itu aku. aku memang penakut sikit bab-bab nak meng-diagnose penyakit kepada diri sendiri. hehhe.



anyway, cyst adik ni memang very suspicious looking. hopefully, the histo-pathology result will not come back as malignancy (cancer). kita sama-sama doakan yang terbaik untuk adik ni eh.



insya ALLAH.



specialist aku pun ada snap gambar cyst ni. esok dia nak tunjuk dekat adik ni. mesti adik tu happy tengok perut dia dah flat :)



(cik puan dekat kluang. rindunyaaa)



31 comments:

  1. masya allah ngerinyaaaaaaaaaa!

    haih semoga adik tu cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. doc, ya ALLAH....besarnye...tak sangka cyst boleh membesar sehingga besar tuh. semoga adik tuh sihat walafiat...ameen

    ReplyDelete
  3. yatt,

    ngeri ek. hope for the best untuk adikn tu. insya ALLAH.

    ReplyDelete
  4. hany,

    ada yang lebih besar daripada ni pun hany. mintak dijauhkan la kan. ameenn!

    ReplyDelete
  5. wee.. ngeri btul.. hope dijauhkan dari kita semua.. aina tak duduk umah bbsitter dah ke?

    ReplyDelete
  6. erkkkk..besarnya cyst tuh...8.5kg mmg kalahlah berat baby kan...mesti pedih adik tu menanggung dulu..huhu

    ReplyDelete
  7. sue,

    aina di-cuti-kan daripada babysitter. parents aku beriya nak tolong jagakan. kononnya nak bagi can aku study. hehhe.

    ReplyDelete
  8. lily,

    tulah. jenuh nak mengangkat keluar cyst tu tadi. tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kan.

    ReplyDelete
  9. MashaAllah.. besarnya...
    Nauzubillah...

    Moga adik tu pulih sepenuhnya.. Amin

    ReplyDelete
  10. uhhh...serammnya...8.5kg tu..ya'ALLAH..camne dia leh pikir dia gemuk sebab banyak makan..kalau ada benda ni kita tak rasa sakit ke doktor?sorry ya tanya soklan camni..

    ReplyDelete
  11. ya Allah...besonye..berat lak tu...kita yg bawa baby 3kg ni pun rasa dah berat sgt + xlarat nak bangun duduk..lagilah budak nih..huhuu

    ReplyDelete
  12. weh besar gilerrrrrrr!!!! ngeri tgk. konfem masa dia carry cyst ni lagi sengsara dari org pegnen kan. sampai 8.5 kg tuh. siannya dia. harap2 nya adik tuh terus ok la pas ni ye.

    ReplyDelete
  13. oo ko sambung study eh? buat pakar ke?? good luck!! tak pe,berkorban apa saje. aina ramai org syg, senang jaga dia:-)

    ReplyDelete
  14. giler beso cyst dia...

    ish2...dijauhkan kite sume dr penyakit2..

    =)

    ReplyDelete
  15. ya Allah.. besarnye.. mintak2 dijauhkan.. sian adik tuh..

    ReplyDelete
  16. he.aku baca post2 ko sebelum ni..ye la kan,ko kan gynae.skang aku akan ikut je crita2 keperitan orang bersalin ni..he.

    tapi ni baru nak komen..err.besar giler cyst tu.tak terbayang aku,cane keadaan budak tu.boleh tak suspicious.btw,da buang cyst tu,akan tumbuh balik or le pregnant tak nanti?

    eh..jap..aku pun suka anak kembar.sejak2 nur iman da takde,lagi la aku terasa nak anak kembar.tp takder gen la plak.hehe..
    senang anak kembar..da dapat 3-4 org,aku nak tutup je kilang.keke...bkn senang nak hadapi masalah2 ngandung n bersalin ni...bila da lalui yang sgt mencabar hati dan perasaan ni,lagi la aku ala2 cuak je.he

    ReplyDelete
  17. hye doc faryn,b4 ni pnh jmpe doc kat gh..sbb doc treat mak sy kanser ovari..tq so much..then once kakak sy kne admit pasl die pregnt,then jmpe juga doc..cume sy je xsmpat nk jmpe doc faryn lg mse dliver dlu..
    cik puan da besau~~

    ReplyDelete
  18. hai ena,

    salam kenal. adik tu so far ok tadi. takde masalah. hopefully dpt discharge dalam dua hari lagi. ameen.

    ReplyDelete
  19. cikmin,

    kadang-kadang bila cyst tu dah besar sgt, memang tak sakit. cuma boleh sebabkan some sort of abdominal discomfort je.

    kalau cyst yang sakit ni selalu nya cyst yang kecik/tak besar sgt, sebab boleh terpusing/terbelit ataupun pecah...

    ReplyDelete
  20. hai nurul azham, marini,

    salam kenal :)tulah. besar gila kan!

    ReplyDelete
  21. ash,

    aku tau ko follow celoteh2 aku :) no worries. hehhe.

    anyway, adik ni kitorg terpaksa buang sebelah tiub peranakan (fallopian tube) dan ovari dia. so tinggal lagi sebelah je ovari dia.


    should be no prob to get pregnant sebab perempuan boleh mengandung even dengan sebelah ovari je.


    cuma aku harap ketumbuhan dia bukan cancer... kalau cancer mungkin terpaksa hadapi operation lagi untuk buang semua, means, the other ovary and the uterus (rahim) as well.


    sama-sama doakan untuk adik ni k..

    ReplyDelete
  22. hai sarah,

    salam kenal :) alamak, pernah jumpa saye ke? kenapa tak tegur. tapi kalau nak tegur, tegur la personally, sebab staff/member saye taktau saye ni aktif ber-belogging. so macam sedikit segan.


    hehehhhe. nest time tegur ek :)

    ReplyDelete
  23. yg adik tu bagus la btoi2 ada cancer. ada sorang kenalan afni yg masih single (p&c), *pong *pang satu kg bgtau perut dia boyot sebab ada cancer. bwk berubat tradisional, tiba2 ada benda menendang tgn si tukang urut. mengucap panjang rasa bila dpt tau bdk tu preg rupa nye..haihh..

    ReplyDelete
  24. dah lama tak masuk ot room..hehe ngeri bila tngk balk..hehe


    follow blog best ni^^salam kenal^^

    ReplyDelete
  25. salam kenal,

    sungguh menakutkan ketumbuhan
    besaq macam gitu ye
    betapa azabnya adik tu membawa
    beban yang besar dan berat tu

    semoga adik tu cepat semboh

    p/s: kak ati dulu pun ada suspek
    kanser di dada...punyalah sedihhh
    rupa2nya hanyalah bengkak nanah
    yang biasa...harap2 terus tak ada
    apa2lah ...amin :)

    ReplyDelete
  26. masyaallah....takutnyer...mudah-mudahan dielakkan sebegitu..

    ReplyDelete
  27. Maaf saya ni pun jenis naive gak.3tahun kawin tp belum ada anak dan saya xpernah buat check doktor sb tiada masa.nak tahu bagaimana kita nak check cyst or yg sewaktu dgnnya sebab sejak dua tahun yang lepas saya period xnormal.setahun tiga-empat kali je.skrg perut membesar dan mengeras.harap dapat membantu saya.

    Apa jenis checking untuk check cyst and fibroid.tq kpd yg sudi.membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. why don't buat check-up sendiri kat rumah atau kat klinik , ikut tanda tu , mungkin kamu mengandung :)

      Delete
  28. Kalau nak operate cam ni..brape kosnya?

    ReplyDelete
  29. salam tumpang tanya sy baru kawen tp sy da 3 bln xperiod and tanda2 prgnant sume ada..upt and scan -ve..bile scan doc ckp rahim sy mngembang and besar..baru2 ni ad kua drah warna brownish dlm 3hari pastu da behenti..harap ada yang sudi membantu sy

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...