passer by since 1st feb 2010

Thursday, March 17, 2011

perlu persediaan mental bila sudah tekena "buatan orang".





"Spread love everywhere you go. Let no one ever come to you without leaving happier."
- Mother Teresa



assalamualaikum, hai semua :)



aku beriya nak meng-update semalam, tapi hajat tak kesampaian sebab aku dah collapse kepenatan. konon-kononnya nak menidurkan cik puan mem besar, tapi tup-tup dengan aku, aku sekali beradu sama. lagipun letih sebab post-call kut.



aku semangat nak update sebab ada drama swasta masa aku oncall the other day. bila teringat balik, rasa macam kelakar pulak. hahahhaha. ceh dokter faryn ni. belum cerita dah gelak ekk. hahahha. tapi serius, aku memang tak henti-henti nak senyum bila teringat. suspen tak? hehehhe :)



ceritanya macam ni. ada satu patient ni. muda lah. 20 something. mengandung first baby. dipendekkan cerita, kami induce (masuk ubat kasi gesa salin) sebab dah terlebih due date tujuh hari. dekat hospital melaka, memang standard induce post date tujuh hari tu. sebab nak elak risk of IUD; intrauterine demise (baby meninggal dalam perut). kalau hospital lain, ada yang kasi tunggu sampai sepuluh hari pun.



ok dipendekkan cerita lagi, patient ni dah masuk satu prostin (ubat gesa salin). kalau ikut prosedur biasa, kita akan review patient every 6hours untuk check pangkal rahim. kalau contraction masih tak kuat, dan pangkal rahim still tak menarik, kita akan proceed dengan second prostin and maybe will need a 3rd prostin later. tapi dalam kes adik ni, after the first prostin, contraction dia dah kuat. masa aku nak check pangkal rahim dia, dia macam dah resah gelisah sebab sakit contraction. mengelak-elak jugak nak kasi aku check dia, sebab dia kata dah tak tahan. sakit sangat katanya dan sebagainya.



tapi disebabkan dokter faryn ni adalah seorang yang berlemah lembut apabila meng-VE orang (sebab aku tahu based on first hand experience betapa sakit and uncomfortable it can cause to some ppl), akhirnya adik tu redha lah untuk di-VE-kan. dah 4cm pun, so aku pecahkan air ketuban. dalam pada masa aku duk periksa pangkal rahim dia, adik ni dah mula merayu-rayu nak mintak operation sebab tak tahan sakit. aku cakap dengan dia, suruh bersabar. lepas check CTG aku akan bagi dia ubat tahan sakit. aku tinggalkan dia dengan staff nurse sebab nak attend satu patient lain.



tiba-tiba staff nurse tadi carik aku balik. cakap patient ni tak co-coperative. tak nak bagi langsung staff ni nak pasang ctg untuk check jantung baby. aku ingat dia just macam tak co-operative gitu-gitu je. sekali tu bila aku pergi jenguk dekat bilik dia, dia tengah berguling-guling dekat atas katil dia. lepas tu meraung-raung nak mintak operation.



astaghfirullah al'azim. mengucap aku sekejap. puas kitorang pujuk dia. tapi dia still jugak meronta-ronta. aku suruh staff nurse panggil husband masuk untuk bantu tenangkan dia. ingatkan boleh la pujuk dia kan. sekali tu bila husband dah masuk, lagi dia mem-buas-kan diri. tendang sana sini, meronta-ronta, meraung-raung mintak nak operation. habis dengan husband dia pun kena jerit dengan dia.



kau bayangkan lah kalau dah sampai dekat sepuluh orang staff berkumpul sekeliling katil cuba nak tenangkan dia. lepas tu dia asyik menendang sana sini, sampai tercabut palang penghadang katil tu. suami dia sampai dah menangis-nangis cuba nak tenangkan patient.



astaghfirullah al'azim.
astaghfirullah al'azim.
patient ni memang hysterical!



dalam pada ke-havoc-an tu, aku dapat lah jugak meng-VE dia. dah dekat 8cm. aku cuba terangkan dengan dia yang progress dia bagus. dia kena bersabar sikit je lagi. insya ALLAH bersalin sekejap lagi. tapi ada dia kesah? takde harapan wehh. tetap menjerit, meronta, menendang, berguling nak mintak operation. aku yang lemah lembut bersopan santun ni pun dah mula nak hangin. bayangkan kalau dah sampai aku punya Houseman (HO) boleh jerit ALLAHUAKBAR dekat telinga patient. boleh korang imagine betapa hysterical-nya keadaan patient tu. serius, macam kena rasuk hantu!



dia memang tak nak dengar langsung nasihat kitorg. yang dia tahu, jerit-jerit nak mintak operation. last-last aku consult specialist aku sebab aku memang dah taktau macam mana nak handle patient ni. dan patient ni memang TAK ADA LANGSUNG indication untuk csect. takkan lah aku nak csect-kan patient semata-mata sebab dia tak tahan sakit? kalau macam tu, baik aku csect-kan je semua orang dekat labour room. senang jugak, tak payah lah aku nak jaga labpur room. csect-kan semua orang, lepas tu tidur.



ya ALLAH. kenapa lah ada orang yang tak faham-faham risiko operation. ingat senang ke. nampak je macam senang. ohhh tiba-tiba baby dah keluar. ohh seronoknya tak sakit bersalin. ada yang ingat csect tu short cut untuk mudah bersalin. itu kalau kau nasib baik. kalau tak? haihs. ada satu patient yang lumpuh sampai sekarang sebab komplikasi bius. ada patient yang sampai sekarang hidup bergantung kepada beg yang tergantung dekat perut untuk salurkan najis sebab usus cedera. ada yang kencing pakai tiub sepanjang hidup. tak takut lagi? ada yang mati pun. collapse sebab pendarahan yang tidak terkawal. sanggup?



astaghfirullah al'azim.
itu yang aku mengucap panjang bila adik ni asyik nak mintak-mintak operation.



specialist aku cakap ok lah kalau dia nak sangat operation. tapi provided dia faham segala risiko. adik ni pulak siap boleh cakap, tak kesah lah dokter, asalkan operate. aku frust betul masa tu. sebab aku tahu adik ni boleh bersalin normal. tapi dalam pada masa tu aku terfikir jugak macam mana aku nak bersalinkan dia secara normal kalau dia hysterical macam ni. nak kangkang pun taknak, check jantung baby tak nak. semua tak nak. yang dia nak, operate, operate. tu yang dia duk jerit. satu bangunan pun boleh dengar aku rasa. aduh.



aku punya tahap kecewa dengan patient ni, sampai aku suruh dia mintak maaf dekat husband dia sebab aku taknak apa-apa jadik dekat dia masa operation nanti. yelah, kalau kau dah duk tengking-tengking husband kau, sampai menangis-nangis husband tu, macam mana ALLAH nak permudahkan?



tiba-tiba masa kitorang tengah nak prepare dia untuk operation (yang merupakan atas permintaan dia semata-mata), aku tengok dia macam dah ada ciri-ciri nak meneran. aku apa lagi, tak putus asa. terus panggil semua staff aku. dua orang pegang kaki kiri, dua orang pegang kaki kanan, dua orang pegang tangan kiri, dua orang pegang tangan kanan. husband dia jaga kepala dia. aku pulak dekat celah kelengkang dia. aku dah macam komander bagi arahan dekat batalion aku ni. aku tak kira wehhh, aku nak dia bersalin normal jugak. buat apa nak risikokan diri untuk operation. kepala baby dah tersengkang dekat situ!



sebab patient ni dah huruhara macam tu, aku tak fikir panjang untuk assist process delivery dia. sebab kepala baby dah tersengkang dekat situ. dia dok asyik menjerit. jantung baby entah apa cerita sebab dia tak nak kami check ctg. aku taknak baby dia lemas. aku buat keputusan vacuum baby dia untuk cepatkan proses bersalin.



alhamdulillah, baby selamat. ibu pun selamat. ALLAH memang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani kan. terima kasih ALLAH sebab permudahkan untuk aku meng-vacuum baby tu jugak. aku tau dia boleh bersalin normal. sebab bukaan jalan pangkal rahim dia memang bagus. adik ni elok je pulak dia lepas dah bersalin. tak ubah macam incredible hulk yang dah bertukar kepada manusia semula. tak habis-habis ucap terima kasih dekat aku. aku memang speechless. ambik masa jugak nak meng-compose diri aku. yelah lepas dah kena tendang dengan patient kan. hahha.



anyway, dokter faryn ni mulia hati nya. ecehhh. no hard feelings. aku masih tetap maintain menjahit luka (episiotomy repair) patient tu sambil berborak dengan dia. sempat lah aku nasihatkan dia untuk rehat 3tahun dulu, then baru fikir nak pregnant balik. dia pun muda lagi. biar dah betul-betul mentally prepared baru mula rancang nak pregnant lagi. biar lambat asal selamat, dan tidak menendang dokter lagi masa nak bersalin di kemudian hari nanti. adik tu senyum je dengar aku cakap. hehehhe. tapi betul kan? :)



tapi ya ALLAH, that was by far, the most difficult delivery i have ever encountered. macam tak percaya kesakitan semasa nak bersalin ni boleh mengubah personaliti seseorang sampai macam tu sekali. tapi lain orang lain kan. entah lah. benda-benda macam ni kena muhasabah diri. tengok balik apa silap kita. kut-kut ada yang terlepas pandang kan. paling penting, mintak maaf dekat husband sebelum jejak ke kamar bersalin. atau mungkin, itu adalah sebahagian daripada dugaan daripada ALLAH kepada hamba-hamba Nya yang terpilih. we never know :)



wahhh, panjang betul cerita dokter faryn. entri ni bukan untuk meng-aibkan patient tu, tapi just sebagai luahan hati seorang dokter, sekaligus merangkap sebagai peringatan kepada diri sendiri jugak. kepada kawan-kawan sekelian alam, sila jangan amik hati atau salah faham ek. kadang-kadang kesakitan memang boleh sebabkan kita berfikiran sedikit tidak waras dan tendency untuk membuat keputusan tanpa memikirkan consequences-nya tu lebih tinggi. itu yang asyik terjerit-jerit nak mintak operation. but please bear in mind, semua orang mengalami sakit yang sama. even dokter sakit puan pun merasa jugak sakit bersalin yang teramatnyalah sakit tu ya ALLAH.



so selebihnya antara kita dengan ALLAH lah ekk untuk dipermudahkan segalanya. insya ALLAH :)



oncall hari tu memang sangatlah meletihkan. tapi aku happy sebab ianya berakhir dengan happy ending. sebab aku selamat meng-deliver-kan baby kepada member se-MOZAC aku (classmate masa form 5), merangkap member se-hospital aku sekarang, Dr Sareena. special request tau daripada dia and hubby (Dr Wazid), nak dokter faryn bersalinkan :)



so inilah hasilnya,





memperkenalkan, cik puan ****** err, nama dorang belum decide lagi lah. hehhhe. nanti aku update nama bby ni kemudian eh. bagi suspen sikit. hehhe.





ha yang ni aku tau. baby *****, dokter sareena, dan dokter faryn. sori lah, dokter faryn nampak macam sedikit tidak semenggah sebab tak cukup tidur sebab kerja keras memberanak-kan orang semalam-nya. hehehhhe.



dan yang ini pulak,





"MAMA! nak ADIK satu!!!"



alamak! HAHAHHAH.



tata ;)



(tengah berkira-kira bila nak plan untuk second baby. hehehhhe)



20 comments:

  1. seronok baca kisah2 di bilik labour room dr. faryn... kisah dan tauladan buat kita semua para isteri...

    ReplyDelete
  2. ermm menakutkan entry dr faryn hari ni.
    harap2 masa turn kita suatu hari nanti boleh jadikan cerita ni sebagai satu pengajaran utk diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. faryn2..pagi2 ni nak teguling aku gelak..bkn nak gelak kan patient ko tu..tapi the way ko cite tu sgt la menarik hati..

    part doc seluk masa 4cm tu,ala2 gaya aku gak.aku sgtla tak tahan bila contraction,kena seluk.keke.siap suh doc 'jap jap' sakit ni..keke

    tapi tak la tahap patient tu..itu tahap gaban sungguh tak tahan sakit.sian hubby die...hehe.sian kat ko gak.aku faham perasaan ko.sbb aku pernah kena sound dgn nurse 'sila bagi kerjasama dgn doc ye'..masa tu aku rasa,nak jerit je kat nurse tu.tapi disebabkan muhasabah diri aku tinggi..keke.aku simpan dlm hati je.

    tapi sayangla..bukaan patient tu agak stabil.cuma die tak mampu bersabar je kan.ye lakan..aku ni nasib baik anak first kat swasta.wpun permintaan epidural aku gagal,tp aku dapat gas n painkiller.so,mamai aku tu wat aku rasional sket.keke

    masa bersalin kedua je..gov kan.aku punya serik kena seluk masuk prostin kedua,aku menahan sakit kat wad dgn jayanya,sbb seboleh2 tak nak panggil nurse/doc dtg check.haha..bila da thp gaban,doc dtg seluk,tau2 7-8cm da.masa tu aku punya la nak epidural.skali lagi digagalkan doctor.nasib baik baby 850g je.senang plak kuar.hehehehe..
    kira aku ok lagi la..mintak epi je..die mintak operate trus.hehehe.

    opss..sori terpanjang.

    ReplyDelete
  4. mudah-mudahhan su merasa pengalaman melahirkan zuriat dan menjaga zuriat sendiri...amin

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya beranak kt melaka :)
    sbb ada dokter faryn yg baik hati.
    sy branak kt slayang asyik kena marah dgn nurse huhu

    ReplyDelete
  6. well done Dr...
    alhamdulillah both baby & mom selamat..
    gelak guling2 baca pasal entry nih...

    tp horror betul bile baca pasal patient yg mcm nih... patut nyer bile dh nk bersalin kite ptt berzikir bnyk2.. bukan menjerit meroyan mcm tu... haisyhhh gerun....

    ReplyDelete
  7. sabar je la adik tu.. memalukan juga la.. tapi klu dah sakit sgt, mmg hilang rasa malu tu. mcm time aku dulu, aku tgh kat labor room, org sebelah mcm nak bergaduh dgn doc, igtkan apa, rupanya nak bersalin, saiko je :-p

    anyway, tahniah pd kawan ko tu.. kasi tips la cmna nk tmbh baby lagi, aku asyik tak lekat je, dah 5 bulan stop pil. berusaha smpi dah malas.. haha.. may be Allah nak aku relaks dulu kot :-p

    lagi satu kan faryn, leh tak cite pasal time subur. aku tak reti kira la, yela nak plan baik punya supaya lekat :-p

    ReplyDelete
  8. sangat suke entry ini!!, mmg betul kan..bile dah sakit ape ape pon luar kawalan..hm..bila semuanye dah ok, baru dok ingat ape dan ape yg terjadi sebelum itu..

    ReplyDelete
  9. salam dr faryn. masyaAllah. dahsyat sgguh la patient dr yg sorg ni. b4 this mmg sy baca entry dr tp yg ni tergerak pulak nak komen. ape pon, syukurrr baby tu slmt dilahirkan. risau sgt kalo2 entry ni sad ending td. mujur happy ending. both mummy & baby selamat. alhamdulillah :)

    p/s: kalo saya nak linkkan entry ni ke blog saya bleh? sbg panduan bakal2 ibu di luar sana :)

    ReplyDelete
  10. wow, sangat menarik kisahnya..terbayang2..tu la, saya pun tgh mengandung anak ke dua, anak 1st baru 1tahun 6 bulan. lain anak, lain ragam bersalinnya..mudah2an diberi kekuatan dan kesabaran utk menempuhnya..amin..
    thanks doc!

    ReplyDelete
  11. wahhhhhh takutnye faryn dgr cerita org beranak ni..lemah lutut segala sendi baca cerita ko ni. ye lah aku pun x lama lagi jugak ni. macam mana la agaknya kan. harap2 la boleh bertahan dan kuat semangat.
    tapi nasib baik entry ko ni berakhir ngan happy ending. boolat dah bersalin. yeay!! cakap kat boolat aku say congrats yek. no phone dia mcm x de je.seronok tgk muka2 ibu yg baru pas bersalin. aku kalau kat melaka harus lah nak mintak ko jugak yg bersalinkan. boleh ke dokter??? hehehhe

    ReplyDelete
  12. Cerita yang sangat menarik, nak gelak pon ada, tak dpt bayankan mcm mana pompuan yg dah nak bersalin berguling² atas katil ^_^

    Setuju sangat², persediaan mental & fizikal sgt penting. Bukan senang nak bersalin nih, ibarat bertarung nyawa.

    ReplyDelete
  13. Memang drama. Sepatutnya kalau dah tahu peknen, dah la tuhan kasi masa 9 bulan nak prepare, mestilah dah bersedia dengan kesakitannya. Memang sakit tapi janganlah sampai menyusahkan. Ni bela hantu ke hape. Ngehehe.

    Baby *** tu somel sangat.

    Azra kalau tunjuk satu tu siap cakap, "Tekca satu!!!", nak nenen.

    ReplyDelete
  14. Salam dokter faryn....Thanks a lot coz berkongsi pengalaman doktor semasa bertugas..saya sentiasa mengikuti cerita2 doktor..kadang2 tu bukan hanya sekadar cerita ia juga sbg nasihat kepada kami..teruskan menulis wpun doktor penat n sibuk hehehe...

    Sungguh tragis pengalaman yg diatas tuu..masih ada yg tidak tahu risiko pembedahan yer..
    Bila la agaknya giliran saya plak tuk melalui pengalaman bersalin tuu...xper dengan sabar saya tunggu..kalu diizikanNya..saya pun nak bersalin normal...insyaallah...:)

    K doktor faryn...Have a nice day ya..! luper plak saya ada terserempak ngan dokter faryn n cik puan besar dokter di Jusco bandaraya hik3..tp segan nak tegur sb suami doktor ada masa tuu...hehehe..

    ReplyDelete
  15. Salam..Hye kak..

    Mase kT bersalin aritu bharap dpt jmpe akak n hope akak jd dktr mse kT bersalin tue..tp xda rezki kT nk bjmpe kan..

    kT bersalin pd hari raya kedua raya cina aritu..

    ReplyDelete
  16. uuuih sampai begitu skali yea..alhamdulillah mase kite dulu masih boleh bertahan sakitnye..heheh

    neway, salam perkenalan dr faryn..im your silent reader..


    http://azhafi-83.blogspot.com/
    http://azzalea-boutique.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. adoiyaiiii memang giler lawak citer ko ni faryn..aq senyum dari mula baca sampai abes..kesian tul budak tu dah xleh control emo..ko lagi lah kesian kena terajang segala..alhamdulillah happy ending..huhu

    ReplyDelete
  18. faryn, entry yg sgt best.. tersangat2 best lagik + super-duper best giler biler baca last part tuh, ko bersalinkan ina.. hohhhh.. i'm speechless.. & last2 part cik puan aina "nak adik".. heeyahhh!!

    * kalo la aku kat melaka, nak gak request ko bsalinkan aku.. hukhuk..

    ** aku bangga sama kamu!!

    ReplyDelete
  19. entry yg memotivasikan diri daku faryn!!!..best2...

    cumil aje aina..chare..plan cpt2 faryn...

    bagi adik same aina..

    =)

    ReplyDelete
  20. wakakakakakakaka ku aleh tahan gelaaak.ko citer sgt lawaaak okay.

    tapi betul gak,bile dah sakit kita tak igt apa daah.cume time aku aritu teringat pesan mak aku,bilasakit soh aku sebut allah allah.lagi bising lagi sakit tu yg aku buat2 relax smpi sokter tye awak ni sakit ke taak? haha.

    eh 2nd baby aku nak kau jugaak lah deliverkan, bole? haha.

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...