passer by since 1st feb 2010

Friday, March 2, 2012

Dior, Dior, Dior :)





"Action is the foundational key to all success."



assalamualaikum, hai semua :)


seronok hari tu oncall masa 29hb februari sambil tengok baby-baby yang aku deliver-kan yang bakal menyambut next birthday empat tahun lagik. hahha. jahat dokter faryn gelakkan babies. kui,kui,kui. malam tu aku buat tiga cser in a row. boleh tahan mencabar jugak, sebab the last cser that i did was complicated with hemorrhage (pendarahan berlebihan) because of uterine atony (rahim tak kecut). aku dah sampai tengok rahim patient tu tak kecut, dah aku pulak yang kecut. aduh, memang lemah semangat. nasib baik, eventually, after specialist aku datang and save the day dengan membuat compression sutures, akhirnya kecut jugak sang rahim. so kureng lah sikit kecut hati dokter faryn ni.


jangan main-main, uterine atony ni boleh menyebabkan kematian tau kalau pendarahan tak dapat nak dihentikan. serius, scary. kadang-kadang memang nampak simple and manageable most of the time , but in the worst case scenario, it can lead to hysterectomy (buang rahim) and maternal death. takut kan. jadi, sila bayangkan perasaan dokter faryn ye kawan-kawan sekelian alam bila dapat case uterine atony. berderau je darah. nauzubillah, mintak dijauhkan.


tadi masa lunch hour, sempat lah aku dengan geng-geng O&G beronggeng dekat mahkota parade. mula-mula bergossip-gossipan dekat Breeks Cafe, lepas tu apa lagi, pergi melawat ke cosmetics counter. ohh, ini memang sudah menjadi lumrah kehidupan kitorang. kalau tak singgah, memang tak sah! konon-konon niat di hati just nak meng-usha lipstick Dior. yelah, dah kontot sangat dah koleksi lipstick aku. tak senonoh sangat dah, dah tak sesuai nak ditenyeh kat bibir-ku yang mungils ini. ecehhh. HAHAHA. usya punya usya, dah sampai ke benda lain pun ku hangkut sekali. yelah, kalau dah tiba-tiba muka kau dari ala-ala nenek kebayan tiba-tiba secara tak sengaja telah di-up-kan kepada muka anak dara (tak sedar diri) dengan hanya magical touch up dari sang promoter, tak ke kau pun terpengaruh nak beli segala jadah yang di-apply kat muka tu. kan? kann?? errr, ke aku je yang cepat terpengaruh?? mungkin. HAHHA.


anyway, end up aku beli SKINFLASH, dan of course lipstick from Dior. dan nasib baik, aku masih mampu mengawal nafsu serakah-ku daripada membeli eye cream and eye serum dia. tapi kawan-kawan sekelian alam, aku memang recommend Dior lipstick sebab best. memang best. konfem korang pun akan pakai sampai kontot sekontot-kontotnya. percayalah :)



dokter faryn macam dah slim sikit ek? HAHA perasan lagik. 


haa, glowing sangat kan aku. ya ALLAH, sungguh padat dengan ayat-ayat ber-baur perasaan perasan yang tidak dapat dibendung lagi dah entri aku kali ni. HAHA. ni muka excited lepas di-glowing-kan oleh SKINFLASH from Dior. serius, korang boleh try. sampai bila aku balik ke ward untuk rounds petang, nurse-nurse shift petang puji muka nampak berseri and nampak semakin slim. ehemm, ada rahsia di sebalik keduanya itu. *uhuk*uhuk* cehh, buat-buat batuk pulak. kui, kui, kui. 


dan finally, last but not least, my cik puan curly fries is growing beautifully (ehh, ber-baur perasan lagik!) and she's getting smarter each and everyday :)


video


and she's just TWO years old :)


haihs. cepatnye lah masa berlalu kan. petahnya masya ALLAH cik puan ni, kadang-kadang mama sampai tak ter-jawab dah soalan dia. hehhe. memang mengalahkan patient, bila bertanya itu ini. and very demanding! so cute anak mama :)


okay lah. i better stop before people get tired of my perasan-ness. *wink*


ciao. muahs!


 
*If you're looking for Premium Beautiful corset & interested to learn about the business opportunity with Premium Beautiful, Do contact me and book your appointments today! 012-7002164*


5 comments:

  1. Pandainyer Aina!!! Ni semua dia belajar kat school eyh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade jugak yg blaja kat skool. Tapi yg banyaknya belajar Dari YouTube hehehe

      Delete
  2. salam akak..saya ada email kat box facebook akak...mungkin dlm folder "option" kat message box fb :) thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err camne Tu eh? Tak berapa faham huhu

      Delete
  3. WOW just what I was looking for. Came here by searching for carribean
    My website :: grumpy cat

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...