passer by since 1st feb 2010

Sunday, October 19, 2014

Air mata lelaki




Your HEART is where your FAMILY is.



Assalamualaikum, hai semua :)


Berkejaran aku balik dari melaka pagi tadi, but no worries sbb kira sekarang macam dah ala-ala "kerja sendiri" kannnn. Wellllll.... Hehehe. Tak payah nak kelam kelibut berlari-larik carik mesin punch card lagik. Kuikui. Lagi pun memang nak gerak ke kluang saing saing dengan syg nak gerak oncall kat Jasin. Nak ber-babai babai lagi.


Sebenarnya takde plan pun nak balik melaka kelmarin. Ni memang plan last minute sbb tiba-tiba rasa nak balik melaka tengok syg. So tak menyempat-nyempat balik dari klinik, terus solat asar, mandi kerbau touch and go, terus angkut aina azalea dan Bibik naik kereta terus zassssss ke melaka. Sebelum tu, dari masa aku kat klinik lagi aku dah call pesan kat Bibik suruh siap-siap kan pape yang patut. Bibik pulak jenis cemerlang, aku balik, dah settle semua.


Aku tak bagi tau syg pun yang kitorang nak balik. Memang nak bagi surprise kat syg. Tapi dalam nak dok surprise bagai tu, aku risau jugak bila sampai kat melaka aku pulak yang terkujat syg takde. Tengok-tengok syg pulak yang nak surprise kat kitorang tiba-tiba muncul kat kluang. Itu memang trademark dia. Macam the other day, beriya cakap tak dapat balik, tapi tiba-tiba dah ada kat rumah kluang tengah bukak fridge nak minum air. Siap masuk senyap-senyap. Terkesima cik puans dua orang tu. Menjerit-jerit ayah balik. Hehehe.


So, aku punya lah suruh cik puan aina berlakon call rumah melaka banyak kali nak pastikan ayah ada kat rumah. Cik puan pulak asyik nak terrrrrrrrlepas ckp. Punya lah aku dok kaver line. CIS!


Sampai melaka, just nice syg tengah rest dekat bilik. Aku bawak cik puans naik senyap-senyap, dah gaya perompak je masuk ni oi huhu. Pintu bilik pulak elok je ternganga luas. Nampak syg tengah lepak kat katil, cik puan aina terus jerit....


"Ayahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!"


Yang si kecik cik puan azalea pun taknak kalah. Menggedik-gedik, terkedek-kedek ikut kakak dia.


"Aya...aya...ayah..."


Syg memang obvious gila kut terkujat. Pastu sembam muka kat bantal sambil kena henyak dengan cik puans. Aku ingat dah Kenapa syg ni. pengsan ke apa. Rupanya syg sebak. Macam dapat hadiah yang tak disangka-sangka. Bergenang air mata. cover ler tu. Dah sudahhhh, laki bini menangis. *sebak*


Syg ni memang emo kalau bab anak-anak. Haih lah laki aku ni. Bini pulak jenis tak leh tengok orang sedih, confirm join sekali. Hehehhe. Happy sangat sebab rasa macam jejak kasih pulak. Padahal baru je jumpa. Kuikuikui. Tapi sekarang ni memang musim emo satu famili. Segala benda pun nak emo. sikit-sikit emo. sikit-sikit emo. Wallahualam.


Selepas bersedihan, kita melantak pulak. Musim musim emo ni, memang confirm berat badan naik. Sebab cycle dia memang gitu, emo-Makan-emo-Makan. HAHAH. Parah wehh kalau selalu macam ni.









Syg muka emo (eh emo lagik) sbb layan cik puans yang tak tentu arah ke sana sini. bagi can anak-anak bermanja dengan ayah. Hehehhe.





Mama yang sembam, dan sembab :) aaaaaaaa...... bila nak diet ni?


esok-esoknya (iaitu semalam) ronggeng-ronggeng survey barang rumah. lepas tu jenjalan jusco besar. boleh pulak ada tempat main. memang sakan la cik puans dua orang tu. nasib baik sampai masa balik, dua dua keredhaan mengikut. kalau tak, maunya aksi-aksi terlarang semua keluar. hehehhe.







cik mek molek sorang ni memang takde perasaan. muka rilekkkkk je. expressionless. hahahah. nak ambik gambar azalea memang kena bergaduh-gaduh lah dulu baru dapat snap. ni pun dah kira a few lucky shots yang not so lucky sebab muka takde perasaan. hahahahha.







cik puan curly fries of course full of energy. loveeeeesssssss attention. hehehhe. bab-bab posing memang tak payah coach. kadang tu ada jek pose baru. pelik jugak mama. ada yang mama approve, ada yang NO-NO. not too sexyyyy sayang. dah nak anak dara ni jangan nak melentik overrr sangat. hahaha.












hah. ada pun gambar azalea tengah senyum.ini pun korang tak payah bayangkan keadaan photographer nye yang bertungkus lumus nak snap gambar ni. hehehhe. 



cik puans dah pancit main


malamnye, 
dating time. weeeeeee 
*sengihhhhhhh lebarrrrr*





takde hebat-hebat pun. yang penting, a dose of coffee for me. and my day was complete. hehhe. 
anyways, we had a really good time. kitorang ni jarang dapat bawak anak-anak main bergembira sakan ni. memang takde makna lah dengan berselang seli oncall, jumpa laki bini pun tak tentu masa. 
so, 
dengan memulakan hidup baru ni, hopefully more quality time with family. after all, that is what really matters kan. boleh di-improvekan lagi insya ALLAH ;)


family first!


writing @ 1608hrs.


9 comments:

  1. Azalea dah besar la.cepatttt je dah besar.

    Hany dah 2minggu ni xjumpa husband. Patutnya time dkt2 nk brsalin ni lah kena slalu jumpa kan..rembeskan oxcitoxin (betol ke eja ni) tp nak buat cmno dah gatal nk balik kampong awal sgt.hadap je lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prostaglandin kut Hany. Hehehhe. Dah cukup Bulan ni memang elok sgt kalau nak bercinta Lebih Lebih sikit hehehehhe.

      Delete
  2. waaa faryn ku pun bergenang air mata terharu baca.. tetiba miss my hubby.. berangan tetiba en hubby wt surprise muncul dpn pintu kn.. tp xdenye... hepi kan dpt bwk anak jln2.. diorg hepi kt pun hepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naneyyyyyyyyy kan!!!
      Ko lagi la. Strong gile kut jauh jauh dengan laki. Respect Giles!!

      Delete
  3. syahdunya post. can't imagine duduk jauh2 dengan suami. kalau itu terjadi aku harap bila anak dah masuk sekolah la at least.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Semoga dipermudahkan. Kejap je ni. Insya Allah :)

      Delete
  4. wahwah...seronoknya anak beranak dpt reunion yek..apasal laki aku dulu cam takde perasaan eh..tk pernah tgk die nangis rindu kitorng anak beranak..aagagagaga

    ReplyDelete
  5. Hahahaha. Lain orang lain kan cara ekspresi kan perasaan dorang. Tak tunjuk je tu. Tapi orang laki bila jarang jarang sebak ni, bila Jadik rasa sedihhhh sangat huhu. Nampak je mcm gagah dlm hati fragile jugak

    ReplyDelete
  6. Phewitt cantik la shawl dokter faryn!! ;)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...