passer by since 1st feb 2010

Friday, October 24, 2014

duit simpanan untuk anak. di mana sepatutnya?




You are never too old to set another dream or to dream a new dream.



Assalamualaikum, hai semua :)


Semalam tengah dok melepak-lepak memikirkan masa hadapan (ecehhh), aku ter fikir lah pasal cik puans. Biasa lah, kalau sebut pasal future, mesti kepala terus fokus dekat anak-anak punya kebajikan. Tu yang tetiba ter gerak hati nak consult kawan-kawan sekelian alam. Kut-kut boleh bertukar-tukar kongsi pendapat gitu gini. :)


Ingat tak dalam entri aku pada satu kurun dahulu. KLIK SINI utk lebih faham. Aku ada mention pasal aku bukak akaun Tabung Haji cik puan Aina masa dia umur lebih kurang dua bulan. Dengan cik puan Azalea pun aku dah bukak kan Tabung Haji jugak (but of course lah tak cerita, sebab tak update belog. huhu). Memang semua duit poket hasil kutipan dan tangkapan belas ikhsan kasih sayang cik puans aku bank in kan ke dalam Tabung haji dorang. dari zaman aqiqah plus annually duit raya semua masuk situ. Memang aku pun sekali sekala terkejut bila tengok amount yang dah ada dalam akaun dorang setiap kali aku update buku bank tu. Nenek Yah pulak tak pernah miss transfer in duit dekat cucu-cucu every month. Punya lah sayang :') tq nenekkkkk *syukurrrr sangat*


Tu lah rezeki untuk anak-anak ni memang ada je kann.
Alhamdulillah.
Kalau terus ditanamkan sifat suka menabung dari kecik ni, silap-silap dah besar nanti boleh beli cincin berlian super gendut. Kuikuikui. Uish, cakap tak ber-cover eh dokterfaryn ni sekarang ;)
aku sekarang ni tengah tunggu tabung-tabung cik puan Aina yang merata alam dekat rumah tu penuh, then nak bawak cik puan Aina gi bank, bagi dia excited tengok duit syiling dia kelentang kelentung masuk mesin bank in syiling tu. hari tu nampak ada sorang mak budak ni masuk kan duit tabung, anak dia terlompat-lompat excited dekat sebelah. so terus terbayangkan cik puan Aina. hehehhe. okey tiba-tiba aku teringat cik puan Azalea belum ada tabung sendiri. oooopppsssie!



cik puan Aina mengira hasil tangkapan. alhamdulillah... ni masa aidilfitri 2013. hihi.


Tapi bila aku fikir-fikir balik. Cukup ke dengan just menabung. Yelah, I mean just simpan dalam bank. Member-member kerja aku ramai yang simpan jugak dalam ASB, tapi tu lah, aku pulak jenis tak percaya dekat ASB. Was-was gitu orang cakap. So memang option ASB dah tolak tepi siap-siap.


Kalau public mutual okey ke?
Tak pernah betul-betul dengan presentation pasal public mutual ni. Ada sorang adik ipar aku jadik agent dia tak silap aku. Rasanya syg pernah dibentangkan sikit-sikit.


Ada yang suggest SSPN. Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Kut. Entah betul ke tak tu aku tulis, something like sijil pendidikan something something. Tak berapa sure. dan tak berapa faham. Nanti nak kena survey betul-betul kalau benda tu memang sangat ber manfaat.


Ha, kalau melabur dalam emas macam mana pulak?
Boleh ke macam tu.
Ehh penin lah pulak.


Masalahnya dengan dokter ni, especially yang kerja gomen, lepas tu dapat pulak mak Bapak yang buatkan almost everything for u, nanti end up macam aku ni lah. Sedikit blurrrrrrrr bila bab-bab nak mengatur cara hidup dan meng-manage kewangan sendiri. Tau nak carik duit jeeeeee, tapi tak tau macam mana nak manage duit. Or, kembangkan duit.


Awal-awal dulu memang tak kuasa den nak fikir Lebih-Lebih. Tapi sooner or later, kena lah buat something kut. Kena Ada slot untuk biarkan duit duit tu pulak yang bekerja untuk kita, so that we can generate more savings. Wahh, cakap dah macam Robert T. Kiyosaki la pulak. HAHAH.


Nanti Korang share eh, apa Korang buat/plan nak buat dengan duit anak-anak Korang yang berkoyan-koyan tu :)


Tata!



writing @ 1652hrs



6 comments:

  1. Hehehe, nak jugak menepek kat sini walopn xde pengalaman. Mcm husvand hany xbagi dkt ASB sbb katanya ada dah keluar yg dividen hasil dr sumber was was.makanya husband xbagi bukak asb. Huhu wallahualam la,depends pd individu lah.tp once dh was was tu baik xyah teruskan.

    Hany pn ada brminat dgn public mutual tp smpai skrg x dptkan lg info psl public mutual ni.nk kena tahu dgn detail jugak kan. Emas pun bagus doc sbb emas kan selalunya tak turun sgt kan,tp kena alert la utk keluarkan zakat bila dh capai gram trtentu(kalau emas fizikal). Tp better emas fizikal lg dr emas simpanan sbb xnampak fizikal nya tu. And takot jadi lain mcm pulak. Oppsss dah mcm hany buat entry kt sini lak ;)

    **hany ada xperience,dulu xcukup duit belajar,maka emas fizikal digadaikan.haha jahat kan,itulah guna nya....alhamdulillah**

    ReplyDelete
  2. Aku buat saving je faryn dlm tbg haji. Aku pn otak xbkembang sgt bab nak mengembangkan duit ni tp hasilnya aku nak. Haha.. Selain smpn kt th, aku amik insurans yg ada saving jg. Selain itu, aku beli mainan bdk2 ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula. Mentaliti org gomen mmg camni heheh

      Delete
  3. anak2 aku lom ada tabung haji ponnnnn..hukhuk..hasrat nak bukakkan tp smpai sudah tak bukak2..iskkkkk..buat masa ni tiga2 org baru ada akaun yippie maybnk..bukak time pntang sbb maybnk paling sng ada kat rengit tu kan..kekekeke..lain2 tuh husbnd aku belikan diorng insurans yg sekali ngan saving tu..yg tu konon standby utk diorng nye belajar lah konon2....ohhh ya..selain simpan dlm maybnk, lebih2 tak simpan tu habis wat beli mainan diorng jekkkkkk..haha

    ReplyDelete
  4. Salam dokter Faryn..apa khabar? maaf mengangu.. Sy Reen, sy terbaca komen dokter di blog namee.. Tersenyum simpul sy baca tntg cik puans dokter..hehe.. So Adorable.. =) Sy nk share dgn Dokter berkernaan di mana nk simpan duit..Sy bekerja sebagai consultant di CIMB Wealth Advisor (CWA).. Di sini kami menawarkan simpanan 100% patuh syariah dgn pulangan 10-15% per annum.. Boleh sy jumpa dan share lebih lanjut dgn dokter? Dokter blh cll atau whatsapp sy.. 0176969849. Thanks dokter.. Have a nice day. =)

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...