passer by since 1st feb 2010

Friday, October 31, 2014

Jalan-jalan Legoland Malaysia




They succeed, because they they think they can.
- Virgil


assalamualaikum, hai semua :)


weekend hari tu berjaya jugak kitorang ke Legoland. syg balik from melaka hari jumaat malam tu, naik bus. siap post status dekat FB, last sekali naik bus balik kluang sebab nak jumpa gadis melayu terakhir. ecehhh tak menahaaaannnnn. *angau* 







tapi memang betul pun. that was back in 2006. masa tu, tengah zaman bercinta kut. baru first time nak beraya rumah GF. hahaha. wahhh, how fast the time flies. macam tak percaya sekarang dah kahwin for almost 6years. pergh. thank you syg for your patience being with me yang gila-gila kejap saiko ni. huhu.  saaaayaaaaaaaaaaaang u :)


ok, back to faryn's family trip punya cerita.







mula-mula plan nak angkut bibik sekali kan. tapi last-last tak jadi, sebab syg nak check in hotel. so alasan aku nak bawak bibik supaya kitorang pun boleh bersakan dekat legoland terpaksa di-cancel-kan.
sampai ke legoland memang just nice tengah hari sabtu. memang super duper panas gila dekat Legoland tu. kan konon-konon bajet cuaca redup-redup romantik gitu kan. tapi memang tak. dalam banyak-banyak hari, hari sabtu tu lah yang terpaling panas dan tak redup kut kat johor. hahahahha.


so, korang boleh bayangkan lah kemelekitan dan kelegaman kitorang. but the kids had so much fun. berbaloi-baloi la perasaan tu, walaupun dokter faryn dah fefeeling ala-ala dayang senandung dah ni. Grrr. tapi sebelum berpanasan tu, memang tu dokter faryn dah lumurkan sunblock nivea sepenuh perasaan dekat semua orang. damage control lah konon. tengok gambar, legam jugak hahahahha. 















ni sebelum kejadian. nampak suci lagi muka. hahahahha.


nasib baik lah ada payung. memang bijak aku sempat beli payung kat mydin masa stop lunch sebelum sampai legoland. sebab teringat payung tertinggal kat hospital.siap beli payung yang sebijik aku tertinggal tu. sebab suka sangat. so i got two identical umbrellas now. nice. haha.


boleh tahan ramai orang kat legoland. tapi takde lah sampai sesak bagai. okey okey lah. seperti biasa, kitorang memang melenjan dekat water park lah. tapi sebelum tu,sempat naik train pusing-pusing legoland theme park. budak-budak ni suka lah. memang kena queue panjang, tapi tunggu tak lama sebab train tu boleh naik sekali ramai. 















muka masing-masing masa ni dah macam pancit je.sebab memang super panas. *insaf kejap api neraka laaagi panas!*. pancit dan ngantuk kut. mama jek yang beriya sebab nak upload gambar dalam belog kan. hahahha.










ni antara view daripada train tu. and the things that we missed during our legoland trip. ada baaaaaaanyaaaaaakkkkk lagi games yang boleh main kat theme park, but we got to pass sebab nak bagi cik puans main puas-puas kat water park. next time nak dating berdua je pulak dengan syg kat legoland. cik puans tinggal kejap dengan nek yah ngn atok ali ok. haha.


waterpark of course lah tempat favourite cik puans. boleh dorang ni bersakan dalam keadaan yang sangat panas terik tu. 










my favourite photo! three stooges :)
 comel kannnnnn. hehehhe.










ni gambar masa kat yang ala-ala sea tu. ada ombak-ombak. yang gambar kat water park yang tempat main-main tu takde pun. huhu. gambar kat waterpark tak banyak sebab dokter faryn punye iphone tak waterproof. and i got no gopro. tengah terfikir nak beli. macam best kan. huhu. 


dah puas mandi manda, dayang senandung dan cik puans senandung dah penat, lama gila kut kitorang kat legoland tu. dari tengah hari sampai dekat pukul 6 lebih. pergh. mana tak jadik kerabat dayang senandung. kuikui.






kitorang check in kat Thistle, Johor Bahru. seperti biasa, booked through AGODA. aku dengan agoda dah macam best friend. hahaha. senang kerja. sampai je kat depan lobby hotel, nampak kereta TMJ. pergh. duduk satu hotel dengan TMJ okey. tapi nak bergambar dengan ferrari dia, aku takut kena lempang dengan sultan pulak. oops. 


tapi over all, apa aku boleh komen pasal thistle JB ni, dalam banyak-banyak 5stars hotel yang aku pernah check in, thistle JB ni yang paling tak up to my expectations. 








aku tak berapa gembira dengan bilik dia. tapi view memang cantik. facing yang jam besar kat JB tu. pool dia cantik. breakfast buffet superb. gym superb. jacuzzi best. cuma bilik, out. yang paling lawak, kitorang siap request tukar bilik sebab aircon first bilik kitorang macam kong ke apa. rasa macam fan je. haruuuu wei. frust pun ada. tapi takpe, kita tetap enjoy. hehe. 




view dari room kitorang.





aktiviti wajib cik puans kalau jumpa bath tub. hehehhe.


okey. dah maghrib. nanti sambung lagi. macam panjang melampau lah pulak entry ni. hahah.

tata!


writing @ 1907hrs.

1 comment:

  1. syok nya gi legoland...kitorang lum pernah jejak kaki kat sana lagi...insyaallah lepas bersalin next year...hihihi...

    ReplyDelete

Thanks for reading. come again!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...